SosialTeknologiTelekomunikasi

Masalah Sambungan Unifi Ke OVH Hosting

Masalah Sambungan Unifi Ke OVH Hosting

Memandangkan masalah sambungan Unifi ke OVH Hosting ini melarat sudah berbulan-bulan dan hampir setahun, saya rasa sudah sampai masa untuk saya ‘compile’ isu ini sehinggalah masalah ini selesai sama ada dari pihak Unifi atau OVH Hosting sendiri. Saya merupakan pengendali kepada Hosting Malaya, penyedia servis web hosting serta game hosting yang bertapak di Malaysia.

Mereka yang arif dengan sambungan internet khasnya pemain game online semestinya mengetahui berkenaan kadar latency dan ping yang rendah membantu untuk mendapatkan pengalaman penggunaan internet serta gaming yang terbaik. Server OVH Hosting yang saya gunakan berada di Singapura, lokasi yang paling hampir dengan Malaysia serta sangat sesuai untuk pengguna di Asia Tenggara.

Isu ini bukan sahaja dialami oleh saya sendiri, tetapi ramai juga pengguna Unifi yang lain membuat laporan yang sama walaupun tidak banyak yang ambil kesah dan perasan berkenaan isu ini melainkan mereka memang monitor status sambungan ini dari semasa ke semasa. Tujuan saya membuat posting ini adalah untuk mengemaskini berkenaan isu masalah sambungan Unifi ke sesetengah server sehinggalah isu ini selesai.

Memang kita sebagai pengguna boleh menggunakan pilihan lain seperti menggunakan VPN atau proxy server sebagai penyelesaian masalah ‘temporary’, tetapi sampai bila ? Terdapat juga sesetengah servis perkhidmatan yang terhad dimana mereka tidak dapat menggunakan VPN atau proxy server dan seperti yang anda maklum, VPN dan proxy server yang berkualiti juga memerlukan kos dan agak leceh.

Saya sangat berharap pihak teknikal Telekom Malaysia boleh membuat diagnostik atau menganalisis sambungan telco anda lebih-lebih lagi pada waktu 8 malam sehingga 11 malam dimana masalah sambungan ini berlaku dengan sangat teruk sehinggakan latency atau ping ke server Singapura sahaja boleh mencecah sehingga 400ms (normalnya, sambungan Unifi akan memberikan latency atau ping setinggi 8-15ms sahaja).

Saya sertakan latency atau ping normal ke salah satu IP OVH Hosting secara normal sama ada melalui command prompt dan juga ping plotter.

ovh hosting ping normal

Ada kalanya juga terdapat sedikit ‘request time out’ (garisan merah pada graph dibawah) seperti yang dipaparkan pada pingplotter dibawah walaupun pada latency atau ping yang rendah.

pingplotter ovh hosting unifi

Saya pernah menggunakan carian Google pada awal tahun 2020 untuk melihat adakah masalah saya ini dialami oleh orang lain, rupa-rupanya memang ada yang mengalami masalah yang sama. Saya ada jumpa pengguna ‘leang97’ yang mengutarakan isu yang sama. Saya sediakan pautan tersebut dibawah.

Post daripada ‘leang97’ ditaip pada 12 Januari 2020 : Unifi AS4788 is SLOW at NIGHT.

community unifi leang97

Disebabkan masalah ini sering terjadi, saya pernah membuat laporan kepada pihak Unifi dan laporan pertama saya ditutup walaupun masalah ini masih berlaku dari hari ke hari. Saya sediakan Smokeping daripada OVH Hosting dari 28 April 2020 sehingga 7 Mei 2020 dan anda boleh lihat pada graph tersebut ada waktunya latency atau ping boleh mencecah 400ms (pada waktu post ini ditaip : 8 Mei 2020).

smokeping ovh hosting

Contoh rekod pingplotter pada waktu masalah ini terjadi :

unifi delay at night masalah unifi lag masalah unifi delay

Seperti biasa, follow up laporan yang diberikan oleh OVH Hosting lebih terperinci berbanding dengan Unifi pada email follow up atau phone call follow up. Saya lampirkan balasan follow up daripada pihak OVH seperti dibawah :

ovh tm overloadedovh support unifi 10g link

unifi problem international server

ovh traceroute

Dan balasan email daripada pihak Unifi (TM) pula kebanyakannya hanyalah autoreply seperti dibawah :

tm autoreply email

unifi simple reply email

Tidak berhenti disitu sahaja, memandangkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, isu ini menjadi semakin serius dan teruk, saya mula membuat posting di group-group berkaitan IT dan Programming Laman Web untuk mendapatkan pengesahan pengguna serta pemilik hosting lain.

TM bandwith international server

Facebook Group ‘Kedai Kopi WordPress’ : https://www.facebook.com/groups/kedaikopiwordpress/permalink/3276247122385793.

Facebook Group ‘Programming Laman Web + UI/UX : https://www.facebook.com/groups/jomweb/permalink/3729942367077405.

Kemaskini 8 Mei 2020 :

Pada jam 8.30 pagi tadi, pihak Unifi ada hubungi saya berkenaan isu latency yang tinggi pada waktu-waktu tertentu. Mereka mengatakan itu adalah ‘best effort’ yang mereka boleh bagi memandangkan IP pengguna adalah ‘dynamic’ iaitu berubah-ubah. Nampak ‘pelik’ sedangkan TIME sendiri tidak mempunyai masalah seperti apa yang berlaku kepada Unifi, telco-telco lain juga sedangkan kalau guna hospot/broadband, confirm-confirm IP terus berubah.

Saya juga ada memberitahu khidmat pelanggan mereka bahawa mereka boleh hubungi saya secara terus dengan technical team atau department level yang lebih tinggi dan saya boleh tunjukkan isu ini juga berlaku pada group2 IT serta programming yang lain.

Saya akan cuba terus mendapatkan follow up mengenai isu ini sehinggalah masalah ini betul-betul selesai. Sekiranya mereka ‘auto close’ report seperti yang berlaku pada saya sebelum ini, nampak gaya pilihan terakhir saya ialah membuat aduan secara terus kepada SKMM.

Pada pagi ini juga, saya ada membuat carian di Google dan terjumpa satu lagi laporan dari Community Unifi berkaitan dengan masalah ini daripada pengguna ‘darkskies’ yang juga melaporkan perkara yang hampir sama. Saya yakin masalah ini bukan sahaja berlaku untuk sambungan kepada OVH Hosting, malah berkemungkinan besar untuk sesetengah server international yang lain juga.

Post daripada ‘darkskies’ ditaip pada 21 Mac 2020 : Slow Internet to International.

community unifi darkskies

Pada malam 8 Mei 2020 dalam jam 9 malam sehingga 10 malam, saya ada rekod data menggunakan PingPlotter daripada Unifi ke OVH Hosting.

Video PingPlotter 9.00pm to 9.30pm : https://youtu.be/3N2Iwb67ehE
Video PingPlotter 9.30pm to 10.00pm : https://youtu.be/iuMpvpAOe6E

Kemaskini 9 Mei 2020 :

Pagi ini Unifi hubungi saya lagi untuk follow up dan minta untuk saya reboot segala equipments memandangkan mereka lihat modem saya sudah lebih 7 hari tidak direboot.

Ini agak kontradik dengan apa yang mereka laporkan semalam berkenaan dynamic IP yang selalu berubah-ubah membuatkan isu latensi tinggi terjadi. Tak reboot, tak bertukarlah Public IP tu.

Semalam saya ada hantar video PingPlotter penuh dari jam 9 malam sehinggalah 10 malam kepada melalui email dan katanya akan dihantar kepada technical team.

Malam ini saya ada reboot modem selama beberapa minit, dan keputusannya lebih kurang sama sahaja, latency/ping masih tinggi.

modem uptime

latency ping ovh

Kemaskini 11 Mei 2020 :

Macam biasa pada hari bekerja, Unifi akan call saya pada waktu pagi untuk kemaskini laporan isu latency tinggi pada waktu tertentu (9-11 malam).

Saya diberitahu oleh servis khidmat pelanggan dimana pihak Unifi tidak boleh membuat apa-apa sebab saya menggunakan Dynamic IP, bukan Fixed IP.

Jadi pihak mereka suggest saya gunakan telco lain untuk akses website tersebut. WHAT ?

Hmm. Memang kebanyakan pengguna Unifi akan guna Dynamic IP, bukan Fixed IP. Yang pelik, kenapa telco lain yang confirm-confirm Dynamic IP boleh sahaja akses tanpa masalah ?

Jangan close report, biar open sampai isu ni selesai.

Kemaskini 12 Mei 2020 :

Unifi hubungi saya pada beberapa minit lepas berkenaan isu latency/ping ke server-server tertentu.

Kali ini yang membuat panggilan tidak bernada seperti customer service biasa, dan kedengaran seperti risau untuk forward lagi isu ini ke hadapan.

Katanya pihak Network team dari TM mengatakan jika saya tidak berpuas hati dengan routing diberi, dicadangkan saya untuk menggunakan VPN. Saya juga ada memberitahu keadaan semalam dimana latency/ping ini agak baik pada malam 11 Mei 2020 berbanding malam-malam sebelum ini.

Saya ada bertanyakan adakah perlu untuk saya membuat aduan kepada SKMM jika mereka mendesak untuk close case ini, dan mereka ingin forward isu ini kepada network team semula dahulu sebelum berbuat apa-apa tindakan susulan.

Jika dapat kekal seperti 11 Mei 2020 atau lebih baik pun sudah saya kira baik dan boleh diterima.

unifi tm ovh hosting

Manakala saya ada terima follow up daripada OVH Hosting :

ovh hosting 11 mei 2020

Pada jam 2.30 petang, sekali lagi Unifi 2nd Level Department buat panggilan hari ini untuk kemaskini berkenaan masalah latency/ping ke certain server.

Memang dah nampak yang mereka ingin close report ini tanpa tindakan (dikatakan oleh customer service Unifi). Saya pun dah terima SMS berkenaan report ini sudah ditutup semasa menaip post ini.

Kata daripada Network Department, connection mereka ke beberapa nama ISP yang disebutkan (saya ada dengar dan confirmkan dengan customer service mereka lebih daripada 2 kali, EQUINIX termasuk dalam list tersebut) adalah baik dan tiada masalah.

Dalam banyak-banyak screenshot Pingplotter saya pun, memang nampak jelas latency/ping naik tinggi start pada EQUINIX.

Unifi juga meminta saya untuk forward email daripada OVH Hosting kepada pihak Unifi memandangkan katanya terdapat maklumat yang tidak tepat yang diberikan oleh pihak OVH Hosting, mungkin untuk tindakan atau sebagainya.

Jika masalah ini berkurang seperti malam tadi untuk hari-hari seterusnya, itu pun sudah cukup untuk memberikan pengalaman yang sehabis baik untuk pengguna.

Jika semakin teruk..

Malam ini memandangkan ticket pun TM dah force close, kita collect sahaja data yang boleh sambil-sambil berdiskusi di Group IT Facebook. Untuk test sama ada Digital Ocean ada yang terkesan juga atau tidak, saya ada gunakan PingPlotter untuk lihat IP Digital Ocean yang terkesan.

digital ocean pingplotter

Ini pula usage droplet Digital Ocean tersebut :

usage digital ocean tm problem

Tidaklah semua IP Address Digital Ocean yang terkesan apabila saya cuba, tetapi memang ada yang mengalami isu ini lebih kurang sama dan waktunya dengan OVH Hosting. Ini menguatkan lagi bukan OVH Hosting sahaja yang alami masalah ini, terdapat server lain yang sering digunakan seperti Digital Ocean juga mengalami perkara yang sama.

ip lookup digital ocean tm issue

Kemaskini 14 Mei 2020 :

Saya masih belum membuat aduan kepada SKMM memandangkan masalah ini kelihatan semakin baik dan ‘boleh diterima’ selama 2 hingga 3 hari ini. Saya tidak pasti sama ada ianya disebabkan oleh ‘peak usage’ yang semakin menurun semenjak PKPB atau ada langkah proaktif dari TM Unifi atau OVH Hosting.

unifi tm ping latency issue

Kemaskini 16 Mei 2020 :

Sejak dari semalam, 15 Mei 2020 latency/ping ke server OVH Hosting dan segelintir server Digital Ocean menjadi semakin teruk. Saya rasa saya memang perlu panjangkan aduan ini untuk dihantar ke SKMM. Saya sediakan pingplotter untuk OVH Hosting dan Digital Ocean seperti dibawah :

Ping Plotter IP Digital Ocean (Singapore).
16 may digital ocean

Ping Plotter OVH Hosting (Singapore).16 may ovh hosting

Kemaskini 18 Mei 2020 :

Pada jam 8 malam, saya ada membuat cubaan untuk menyemak latency/ping digital ocean disebabkan saya perasan ada sedikit delay semasa menggunakannya.

Lihat gambar dibawah. Latency/ping Digital Ocean mencecah 100ms.

latency digital ocean tinggi tm problem

Saya ada cuba menyemak ping/latency untuk OVH Hosting dan ianya normal dan baik. Kebiasaannya OVH Hosting hanya mengalami isu ini dari jam 9 lebih sehingga 11 lebih setiap malam sahaja. Jika sebelum ini TM mengatakan OVH Hosting memberikan info yang salah serta rangkaian mereka tiada masalah, tetapi mengapa sambungan mereka ke Digital Ocean juga terganggu ?

digital ocean routing 18 may
 

Kemaskini 20 Mei 2020 :

Saya ada membuat pingplotter ke server Digital Ocean yang saya ada dan memang kita boleh lihat latency/ping sangatlah tidak stabil sehinggakan ada yang mencecah lebih 100ms sedangkan server berada di Singapura (kebiasaannya Unifi Fibre akan dapat latency/ping dalam 10-30ms sahaja).

Yang lagi mengecewakan, saya buat test ini pada jam 5 petang, bukanlah pada waktu malam (9 malam sehingga 11 malam) seperti yang berlaku pada OVH Hosting. Saya baru perasan masalah ini dalam 2-4 hari kebelakangan ini.

digital ocean routing 20 may

Disebabkan masih tak selesai lagi sehinggalah hari ini, atas suggestion rakan-rakan dalam bidang IT, saya telah membuka aduan baru kepada pihak SKMM berkenaan masalah ini.

aduan unifi skmm

Saya faham ramai yang mungkin tidak kesah atau cakna tetapi bagi saya yang menyediakan servis hosting, saya rasa adalah tidak patut jika masalah ini dibiarkan begitu sahaja.

Mungkin ada yang berfikiran, line saya sendiri yang tidak stabil, sebab itu terkesan dengan server-server tertentu.

Saya sediakan screenshot result pingplotter IP range Digital Ocean yang saya gunakan (boleh cuba IP lain dalam range yang sama kalau rasa ianya isu server usage) pada malam ini dibawah termasuklah pingplotter google.com sebagai penanda aras kestabilan internet saya.

*Garisan vertical merah pada graf dibawah menunjukkan request time out berlaku.

pingplotter digital ocean tm pingplotter digital ocean tm problem digital ocean unifi problem tm problem singapore server

Kemaskini 21 Mei 2020 :

Pada lebih kurang jam 12 tengahari, saya ada menerima panggilan berkenaan aduan kepada SKMM yang saya laporkan semalam. Pihak TM meminta saya memberikan maklumat PingPlotter terkini dan maklumat berkenaan server OVH dan Digital Ocean melalui aplikasi Whatsapp.

whatsapp TM Unifi

Akhirnya, dapat direct contact dengan pihak mereka. Harap masalah ini dapat selesai dengan segera. Saya kurang pasti berkenaan dengan server luar lain, tetapi yang sering digunakan seperti Digital Ocean dan OVH Hosting telah saya laporkan.

Sebenarnya saya perasan linode memang dah lama latency/ping 50ms ke atas. Kurang pasti memang begitu atau sepatutnya lebih baik.

Latency/ping ke server Singapore jika gunakan fibre sepatutnya boleh capai bawah daripada 20ms (sebelum ini memang normal capai bawah 20ms).

Video dibawah saya rekod untuk memudahkan pemahaman TM/Unifi terhadap masalah ini. Saya buat perbandingan latency/ping IP Digital Ocean dan juga google.com sebagai penanda aras kestabilan internet saya.

Disebabkan dekat ruangan komen ‘tiba-tiba’ ada yang ingat kita nak latency/ping bawah 10, bukan itu objektifnya. Dapat bawah 100ms pun kira okay dah, itu pun dah macam taraf ‘broadband’, bukan fibre dah. Isunya sekarang, latency ni mencanak naik lebih daripada 100ms. Server Singapore.

Pada jam 11.20 PM, saya ada cuba membuka laman web UNIFI iaitu https://unifi.com.my disebabkan ada rakan saya tanya pelan apakah yang saya langgan pada Unifi, tetapi yang berlaku hanyalah loading terlalu lama. Jadi saya pun gunalah PingPlotter untuk membuat semakan kenapa loading je ni berminit-minit, jikalau dibuka pun jadi page error seperti dibawah :

unifi website problem

unifi website problem pingplotter

Tak tahulah apa yang sudah jadi. Jarang bukak website Unifi kecuali jika nak buat pembayaran sahaja. Tak pastilah jika memang intentionally tak boleh ping website Unifi. Terperasan pun sebab ada rakan tanya dan nak bagi link dari Unifi dan memang loading berminit-minit pun.

Selain itu, pengalaman gaming juga akan terkesan jika latency/ping ini berlaku. Saya sediakan 1 link daripada Community Unifi, beliau menggunakan plan Unifi lebih tinggi daripada saya, iaitu 300 Mbps. Boleh lihat disini post tersebut yang ditaip pada 12 Mei 2020 : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Ping-Issue/td-p/36701.

300mbps unifi latency issue

Setelah saya perhati betul-betul report orang lain yang terkini, ramai report perkara yang sama. Saya listkan dibawah. Thanks to Unifi Community, saya boleh search isu ini dengan mudah.

Arena of valor baratayuda server – dipost pada 21 Mei 2020.

Totally unstable connection for the past 6 days or so – dipost pada 17 Mei 2020.

High ping/latency in game servers – dipost pada 1 Mei 2020.

Delay in gaming – dipost pada 16 April 2020.

Kemaskini 22 Mei 2020 :

Beberapa hari ini, daripada data Smokeping di OVH Hosting, kelihatan isu ini sudah semakin baik. Tapi tidaklah boleh terlalu gembira dulu, sebab biasanya jumaat malam dia start untuk spike semula kalau ikut trend minggu lepas.

smokeping ovh 22 may 2020

 

Result pada jam 12.15 tengahari lebih kurang saya letakkan screenshot pingplotter untuk sample IP Digital Ocean 1, IP Digital Ocean 2 dan IP OVH Hosting.

IP Digital Ocean macam dilaporkan sebelum ini, latency dia boleh naik mencecah 140ms (ini yang direkodkan pada screenshot diatas) iaitu lebih 2 kali ganda daripada yang stabil (sejujurnya, kalau disemak latency ke digital ocean dalam bulan lepas, ianya boleh mencecah bawah dari 20ms). Kita bukanlah nak monitor 24jam sehari untuk betul-betul dapat result total, hanya cuba guna Pingplotter sewaktu masa terluang sahaja.

ip ovh hosting 22 mei

Connection ke OVH Hosting menggunakan Unifi pula seperti biasa kalau waktu tengahari memang agak baik. Lagi baik daripada latency/ping Digital Ocean diatas, ni memang seperti normal iaitu bawah 20ms.

Untuk malam ni dalam jam 9-10 malam, terdapat sedikit spike pada OVH Hosting (Singapore), tetapi bagi saya isu ini tidaklah masalah kerana sangat minimum. Saya boleh katakan ianya boleh diterima. Semakin hari sambungan ke OVH Hosting (Singapore) adalah semakin baik. Mungkin terdapat langkah proaktif diantara ISP OVH Hosting ataupun Unifi. Namun masih perlu diperhatikan selama beberapa hari kehadapan untuk melihat adakah isu ini telah stabil atau tidak.

22 mei ovh

Sambungan ke Digital Ocean (Singapore) masih lagi kurang stabil dari latency/ping serendah 50ms sehinggakan ada yang mencecah 150-300ms keatas pada jam 9-10 malam. Namun, bermula pada jam 10 malam dilihat latency/ping sudah kurang yang melepasi 100ms.

22 mei do1 22 mei do2

Saya juga ada create ticket kepada pihak Digital Ocean untuk semakan dimana berkemungkinan masalah ini datang daripada mereka.

Kemaskini 23 Mei 2020 :

Kelihatan pada malam ini juga sambungan ke OVH Hosting semakin baik. Masih tiada apa-apa balasan daripada pihak Digital Ocean, tetapi yang saya perasan, sebelum ini semasa latency ke Digital Ocean boleh capai bawah 20ms, laluan route adalah melalui Equinix. Tetapi sejak beberapa hari lepas, route ke Digital Ocean melalui Testraglobal.

Kemaskini 25 Mei 2020 :

Sehingga hari ini, Digital Ocean masih lagi menggunakan routing testraglobal jadi latency/ping masih lagi dalam 40~50ms. Bagi saya walaupun tidaklah sebaik beberapa minggu lepas, tetapi ini agak baik. OVH Hosting pula mencatatkan latency/ping yang agak baik semenjak report kepada SKMM ini dibuat (semenjak 20 Mei 2020). Tidak pasti adakah penambahbaikan dari mana-mana pihak telah dilakukan atapun sekadar disebabkan oleh penggunaan yang agak kurang berbanding biasa dimusim perayaan ini.

tm ke ovh semakin baik

Saya akan terus monitor sepanjang minggu ini untuk melihat perkembangan mengenai isu ini.

Kemaskini 27 Mei 2020 :

Dalam jam 10.10 pagi tadi, pihak TM ada hubungi saya untuk kemaskini aduan SKMM yang saya laporkan pada 20 Mei 2020. Pihak TM ada menanyakan berkenaan masalah ini masih terjadi atau tidak dan saya mengatakan ianya semakin baik semenjak aduan dibuat.

Sebenarnya Digital Ocean masih lagi mengguna routing yang tidak berapa baik (testraglobal) berbanding sebelum ini yang boleh mencapai latency/ping yang lebih baik (equinix).

Walaupun begitu, saya minta untuk ‘hold’ sehingga akhir minggu ini untuk teruskan monitoring, sama ada disebabkan oleh tiada penggunaan yang tinggi semasa musim perayaan atau sebagainya.

Nampaknya, pihak TM rushing untuk close report SKMM tersebut dan mengatakan update untuk monitoring selepas ini akan dikemaskini melalui aduan di TM.

Kemaskini 28 Mei 2020 : 

Pada hari ini saya ada buat post pada group IT related untuk kemaskini maklumat ini kepada umum dan terdapat beberapa balasan daripada posting saya yang saya rasa boleh dimasukkan dalam post blog saya ini.

lee sam reply

Lee Sam, founder kepada ServerFreak ada mengakui bahawa sememangnya Digital Ocean mengalami congestion pada waktu malam. Walaupun isu OVH yang melalui route equinix nampaknya sudah semakin baik berkemungkinan ada langkah proaktif daripada pihak TM atau OVH Hosting, tetapi Digital Ocean masih lagi struggle dengan high latency/ping yang mencecah lebih daripada 100ms pada waktu-waktu tertentu.

latency digital ocean 28 may 2020

Beliau juga ada mengatakan terdapat kemungkinan fix yang berlaku ini tidak akan kekal lama dan disebabkan oleh isu route optimization yang kurang baik pada sesetengah waktu serta memerlukan ‘right person’ untuk menyelesaikan isu ini.

tm pipe big enough

Saya juga ada menceritakan keadaan dimana sewaktu isu ini berlaku, ianya hanya berlaku kepada Unifi sahaja, tidak kepada TIME, Digi dan sebagainya. Dan beliau juga mengakuinya bahawa perkara ini sememangnya berlaku.

unifi sahaja issue

Saya pun tidak pasti, adakah perlu saya ketengahkan lagi isu ini kehadapan jika berlaku pada masa akan datang, memandangkan guarantee yang difokuskan hanyalah kepada connection kepada dalam negara sahaja (sumber daripada komen dan juga founder ServerFreak).

Kemaskini 29 Mei 2020 :

Sudah hampir seminggu sambungan ke OVH agak baik sekali, tetapi berbeza dengan Digital Ocean. Digital Ocean masih struggle dengan route ‘testraglobal’ yang dilalui menggunakan Unifi.

digital ocean congested

Buat masa ini saya belum lagi terima secara ‘official’ statement mengatakan bahawa Unifi memfokuskan sambungan ke dalam negara sahaja dan Digital Ocean pula terletak di Singapura yang paling hampir. Saya akan membuat keputusan pada beberapa hari akan datang untuk melihat bagaimana perkembangan isu ini adakah masih tiada inisiatif dari mana-mana pihak.

Saya juga telah menghantar laporan susulan kepada Digital Ocean Support dan ingin melihat adakah isu ini berpunca daripada mereka.

digital ocean support

Kemaskini  3 Jun 2020 :

Masalah untuk sambungan Unifi ke OVH Hosting saya boleh katakan sudah selesai setelah report kepada SKMM dibuat. Saya sertakan smokeping daripada OVH Hosting seperti dibawah :

unifi ovh hosting 3 jun

Memandangkan tajuk post blog ini berkaitan dengan OVH Hosting, saya boleh katakan isu title post blog ini sudah pun selesai. Walaupun begitu, sambungan Unifi ke Digital Ocean masih lagi tidak sebaik sebelum ini dan pihak Digital Ocean juga agak lewat membalas support ticket mereka. Saya akan akhiri post ini disini kerana tiada lagi isu dengan OVH Hosting buat masa sekarang.

Kemaskini 7 Jun 2020 : 

Setelah berhari-hari kurang menyemak sambungan ke Digital Ocean, malam ini saya semak sambungan ke Digital Ocean sudah kembali melalui Equinix pada route seperti yang sepatutnya, tetapi masih lagi spike atau congestion berlaku sehingga mencecah 200ms.

connection digital ocean 7 jun

Saya tidak rasa untuk membuat laporan ini memandangkan Digital Ocean bukanlah server utama yang saya gunakan dan mungkin pengguna Digital Ocean juga tidak kesah dengan isu ini.

Status sambungan Unifi ke OVH Hosting: SELESAI.

Semakan Akhir : 21 Mei 2020 – 3 Jun 2020.

*Post ini akan sentiasa dikemaskini sehinggalah terdapat apa-apa langkah proaktif daripada pihak Unifi (Telekom Malaysia), Digital Ocean atau OVH Hosting untuk menyelesaikan masalah ini atau kelihatan ‘boleh diterima’ lebih daripada seminggu berturut-turut.

Masalah Penggunaan Unifi 2020 (laporan pertama) : https://amirazman.my/masalah-penggunaan-unifi-2020.

Cara Mengenal Pasti Punca Lag Ketika Bermain Game : https://hostingmalaya.com/cara-mengenal-pasti-punca-lag-ketika-bermain-game.

39 Comments

  1. Shah
      • Shah
        • Shah
          • Shah
          • Shah
          • Shah
          • Shah
          • Shah
          • Shah
          • Shah
          • Shah
          • Shah
          • Shah
  2. leang97
      • leang97
  3. Ajax

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23