Pengalaman pemasangan Unifi ini adalah sambungan daripada post saya sebelum ini ‘Speed Unifi Tidak Seperti Dijanjikan?‘ berkenaan perbezaan 2.4GHz dan 5GHz terhadap speed atau kelajuan yang mampu device anda capai. Tips ini saya gunakan untuk mempercepatkan proses pemasangan atau maintenance daripada pihak Unifi yang mana saya gunakan daripada pemasangan Unifi Lite 10Mbps sehinggalah yang terkini iaitu Unifi 100Mbps.
Untuk makluman anda, Unifi menggunakan sistem khas untuk memastikan setiap daripada report yang dibuat tidak terlepas pandang. Setiap daripada order dan report yang dicipta akan generate ‘order no’ atau ‘report no’ untuk memudahkan urusan untuk dirujuk semula melalui sistem sekiranya terdapat masalah atau follow up daripada pelanggan.
Disebabkan pengalaman pemasangan Unifi Lite 10Mbps merupakan pertama kalinya saya berurusan dengan Unifi, ambil masa hampir 2 minggu juga disebabkan oleh masalah teknikal dan sebagainya (ini jawapan kebiasaan yang diberi). Hal ini kerana sistem support mereka akan mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk memberi respond kepada isu atau report baru.
Pada kali pertama saya membuat panggilan untuk membuat pemasangan, mereka memberikan tarikh seminggu selepas dari tarikh panggilan, yang mana saya assume mungkin ramai yang buat pemasangan disini, jadi agak mengambil masa. Sehari sebelum tarikh pemasangan, saya terima SMS mengatakan pemasangan tersebut dibatalkan dan mereka akan menghubungi saya dalam masa 3 hari untuk penetapan tarikh pemasangan baru.
Dah tunggu seminggu, tambah 3 hari, tambah tarikh baru lagi ? Mana tak lambat prosesnya kan. Saya terus hubungi Unifi untuk mengetahui status pemasangan yang mereka batalkan dan saya terus minta tarikh baru untuk pemasangan, iaitu keesokan harinya. Alhamdulillah keesokan harinya mereka dapat pasang dengan sempurna.
Daripada pengalaman saya, kedua-dua kali pemasangan Unifi yang saya lakukan, tidak pernah lagi saya dapat pemasangan secara percuma. Tidak silap saya, kontraktor pemasangan disini akan mendapatkan bayaran sebanyak RM60 mungkin disebabkan pemasangan pada tingkat atas, tetapi tidaklah lebih daripada 20meter kabelnya. Tak mengapalah, sebab disini memang sukar untuk mendapatkan internet berkelajuan tinggi. I’m fine with that.
Kesimpulannya, untuk mempercepatkan proses pemasangan ini, kita sebagai pelanggan perlu rajin follow up pihak Unifi secepatnya sekiranya ada cancellation atau sebagainya untuk mempercepatkan proses pemasangan di kawasan anda. Sekiranya anda ingin menyemak coverage dikawasan anda atau ingin meminta Unifi untuk cover kawasan anda, anda cuba request menggunakan AskTM Livechat disini : https://livechat.tm.com.my dan jangan lupa meminta mereka untuk create order atau report id untuk memudahkan pengurusan kedua-dua belah pihak.
Sekian sahaja post ‘Pengalaman Pemasangan Unifi’ untuk kali ini. Pernah atau tidak anda mengalami modem Unifi anda tiada internet dan lamput LOS pada modem menyala ? Saya akan kongsikan pengalaman saya menangani masalah ini pada post yang akan datang.
Ingin mendaftar Unifi Home atau Business ? Klik disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.
Sudah apply dgn penjual TM …Hampir 2 minggu belum dapat keputusan dari TM.
Kalau tak approve… saya nak batal kan je..
Semoga dipermudahkan urusan.
Hari ni betulkan esok rosak balik ..macam tu laa selama sebulan .dan malam tadi rosak lagi baru elok sehari .seminggu 4,5 kali rosak.lepastu nak tunggu orang datang betulkan 3,4hari baru datang.
Apa yang rosak tu ya?