KehidupanTelekomunikasi

Masalah LOS Menyala Pada Modem Unifi

Masalah LOS Menyala Pada Modem Unifi

Pernah atau tidak anda mengalami masalah LOS menyala pada modem Unifi anda ? Ya, keadaan dimana lampu berwarna merah berkelip-kelip atau menyala pada indikator LOS modem anda. Pada kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya menangani masalah ini dengan lebih terperinci.

Pada awalnya, saya telah mengalami masalah lampu LOS menyala pada modem Unifi ini sejak hari pertama pemasangan Unifi 100Mbps lagi dimana selepas 2 jam pemasangan dan penggunaan, lampu LOS menyala dan internet serta panggilan tidak dapat digunakan. Tanpa berlengah saya terus hubungi kontraktor yang membuat pemasangan tersebut, tetapi masalah tersebut selesai sendirinya setelah hampir 4 jam masalah lampu LOS tersebut menyala.

Pelik. Tetapi disebabkan ini kali pertama saya membuat pemasangan Unifi fibre, saya beranggapan mungkin ini adalah proses ‘upgrade’ sistem memandangkan saya sebenarnya dalam status upgrade daripada 10Mbps Unifi Lite kepada 100Mbps Unifi plan. Masalah LOS menyala ini jarang berlaku, sehinggalah pada minggu yang berikutnya.

asktm livechat

Pada minggu yang berikutnya, saya alami masalah ini berkali-kali sehingga 2-3 kali dalam sehari dengan downtime yang sangat tidak menentu. Dengan hati yang panas, minda yang barai, dan pada waktu itu saya assume Unifi di kawasan saya masih baru dan tidak stabil, saya terus menghubungi  AskTM Livechat pada pautan : https://livechat.tm.com.my dan membuat report berkenaan masalah ini.

Setelah saya terima report ID number, keesokannya kontraktor pemasangan TM hubungi saya untuk mengenalpasti masalah yang saya alami dan menetapkan masa untuk mereka datang ke rumah saya untuk memeriksa modem serta prosedur yang selanjutnya. Setelah mereka membuat semakan, tiada masalah yang dapat mereka kenalpasti memandangkan masalah ini berlaku secara random atau rawak.

unifi sms

Untuk pengetahuan umum, masalah LOS menyala pada modem ini berlaku disebabkan oleh berkemungkinan wayar fibre putus atau tidak berada pada port yang sepatutnya di tiang Unifi yang menyebabkan modem tidak menerima apa-apa signal atau sambungan daripada kabel tersebut. Walau bagaimanapun, dalam kes saya ini, mereka membersihkan kabel Unifi pada port di tiang Unifi dan masalah tersebut tidak lagi saya alami sehingga kini.

Diharap post kali ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini sekiranya berlaku pada modem Unifi anda. Sebelum ini, saya juga pernah kongsikan bagaimana cara untuk mendapatkan kelajuan terbaik Unifi dan pengalaman pemasangan Unifi pada pautan yang akan saya sertakan dibawah.

Speed Unifi Tidak Seperti Dijanjikan?

Pengalaman Pemasangan Unifi

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau pengalaman yang ingin anda kongsikan, anda boleh nyatakan pada ruangan komen dibawah. Selamat menjalani ibadah pada bulan Ramadhan serta dipermudahkan urusan harian anda.