Post ‘Speed Unifi Tidak Seperti Dijanjikan’ ini saya harap dapat membantu pengguna Unifi atau Internet Service Provider lain untuk mendapatkan maksimum speed seperti yang dijanjikan. Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas, saya upgrade pelan Unifi Lite (10Mbps/5Mbps) saya kepada pelan Turbo Unifi 100Mbps (100Mbps/50Mbps). Dalam masa halangan dan cabaran untuk upgrade kepada Unifi 100Mbps, ada beberapa rakan-rakan saya yang memberi komen di Facebook dimana mereka tidak mendapat speed penuh seperti yang dijanjikan oleh Unifi.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor mengapa pengguna tidak dapat speed seperti yang dijanjikan oleh syarikat telekomunikasi antaranya disebabkan oleh faktor infastruktur itu sendiri. Ada juga isu yang sebenarnya disebabkan oleh peralatan seperti modem, kabel dan sebagainya. Tetapi untuk post kali ini saya ingin jelaskan berkenaan penggunaan jenis Wi-Fi yang sememangnya memberikan perbezaan yang besar kepada pengguna Unifi.
Anda perasan tak modem Unifi terdapat 2 jenis Wi-Fi, iaitu 2.4GHz dan 5GHz ?
Sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara antara 2.4GHz dan 5GHz. Wi-Fi 2.4GHz mempunyai speed atau kelajuan yang lebih rendah daripada 5GHz tetapi mempunyai range Wi-Fi yang lebih besar dan jauh berbanding 5GHz. Namun begitu, tidak semua device support 5GHz, jadi kebanyakan telefon pintar dan device lama masih perlu gunakan 2.4GHz untuk membuat sambungan kepada Wi-Fi. Malah, masih banyak lagi telefon pintar terkini yang masih tidak support 5GHz Wifi.
Anda akan lebih mudah faham dan jelas perbezaan 2.4GHz dan 5GHz Wi-Fi sekiranya anda menonton video dibawah :
Dibawah saya sertakan speedtest saya menggunakan TM SpeedTest dan juga Speedtest.net menggunakan 2.4GHz dan 5GHz.
Saya akan kongsikan pengalaman saya daripada pemasangan Unifi Lite sehingga kepada Unifi Turbo 100Mbps pada post yang akan datang. Ada tips dan tricks untuk mempercepatkan proses pemasangan mereka.
Jom baca ‘Tips Buat Duit Online’ disini : https://amirazman.my/tips-buat-duit-online.
Jom baca ‘Pengalaman Menjalankan Perniagaan Topup’ disini : https://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup.