Tips buat duit online pada kali ini adalah kesinambungan daripada post saya sebelum ini ‘Cara Buat Duit Online Percuma’ yang mana lebih menekankan cara membuat duit online secara percuma daripada pengalaman saya sebelum ini. Untuk post pada kali ini, saya akan berikan tips buat duit online yang juga daripada pengalaman saya berbisnes secara online sehingga kini.
Pertama sekali, anda perlu tahu apakah produk atau servis yang anda ingin jual. Anda juga harus faham, sekiranya anda ada produk, tidak semestinya anda mampu menjual kesemua produk anda melainkan anda tahu dimana majoriti prospek sasaran anda berada. Post kali ini saya sasarkan kepada mereka yang baru mahu menjalankan perniagaan dan ingin menjalankan perniagaan mereka secara online.
Saya menyarankan mereka yang ingin bermula menjual produk atau servis menggunakan Shopee kerana disini memang dipenuhi dengan pembeli, dan transaksi pembelian disini lebih terjamin kerana Shopee akan menggunakan payment gateway mereka. Dengan cara ini, secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya penipuan daripada penjual atau pembeli.
Untuk mendaftar Shopee, anda boleh klik link ini : https://shp.ee/dhqdz43 atau gunakan referral code ‘REUNI222‘ untuk menerima potongan sebanyak RM7 untuk pembelian kali pertama anda di Shopee.
Kemudian, anda boleh add produk atau servis anda dengan menjadi seller shopee. Saya pilih Shopee untuk tutorial kali ini kerana pendaftarannya sangat mudah berbanding dengan 11Street atau Lazada yang memerlukan dokumen pelbagai untuk mendaftar sebagai penjual di laman web mereka.
Shopee juga ada menyediakan ads marketing dengan kos yang sangat rendah dimana bagi saya sangat berbaloi berbanding dengan kos iklan di Facebook pada hari ini. Sekiranya produk anda mempunyai permintaan yang tinggi, sangat mudah produk anda dapat terjual. Saya akan terangkan lebih lanjut berkenaan ads di Shopee ini pada post yang akan datang.
Selain itu, Shopee juga boleh diakses melalui aplikasi sahaja dimana memudahkan pengguna serta pelbagai promosi dan tawaran diberikan kepada pengguna aplikasi Shopee. Jadi, jangan lepaskan peluang dan download Shopee disini : https://shp.ee/dhqdz43.
- BLOG/ WEBSITE
Untuk mereka yang ingin memulakan bisnes secara online, saya galakkan untuk mula bina blog ataupun website untuk diri anda ataupun untuk produk dan servis tersebut. Dengan cara ini, customer akan lebih mudah untuk mengetahui informasi berkaitan servis atau produk anda dengan lebih jelas dan memudahkan interaksi anda dengan prospek.
Bagi yang merasakan untuk membuat blog ataupun website adalah susah dan terlalu teknikal, anda boleh mulakan menggunakan blogger.com ataupun wordpress.com. Sangat mudah, seperti menggunakan microsoft word sahaja. Anda harus cuba kerana maklumat dan informasi yang anda masukkan ini akan kekal di internet dan dengan teknik yang betul seperti SEO, website anda akan mudah dicapai oleh prospek.
Selain itu, anda juga boleh meletakkan link profile ataupun page media sosial anda untuk memudahkan lagi perhubungan anda dengan prospek secara tak langsung mereka dapat informasi secara direct dengan anda disamping meningkatkan kepercayaan prospek kepada produk atau servis anda. Dengan pelbagai fungsi terbaru yang ditawarkan oleh media sosial seperti Facebook, anda boleh gunakan ads marketing dengan lebih baik dimana pelawat laman web anda akan disajikan dengan iklan yang anda siarkan sekiranya mereka melayari Facebook.
Memerlukan Web Designer untuk kelihatan professional dan mesra SEO ? Anda boleh Whatsapp 0177860670 untuk maklumat lanjut berkenaan laman web ataupun sistem yang anda inginkan.
- IKLAN/MARKETING
Untuk mendapatkan jualan, sudah semestinya bahagian yang paling penting adalah pengiklanan dan marketing untuk produk atau servis anda. Ada pelbagai cara daripada percuma dan berbayar. Sebagai contoh Facebook Ads, Google Ads, Shopee Ads, Twitter Ads dan sebagainya.
Fiverr merupakan salah satu laman web yang bertaraf international dan sesuai untuk anda iklan servis anda dengan harga serendah 5usd, iaitu dalam RM20 dan keatas. Anda juga boleh mendapatkan servis daripada orang lain dengan harga yang berpatutan disana. Jangan bazirkan masa, boleh terus mendaftar disini : http://www.fiverr.com/s2/531e2034d2 dan dapatkan 20% potongan daripada pembelian pertama.
Disamping itu, Social Media Influencer seperti Instafamous, Blogger atau sebagainya juga kebiasaanya menyediakan servis untuk pengiklanan dengan harga yang berpatutan. Anda boleh cuba approach mereka untuk ketahui berapa rate pengiklanan yang mereka tawarkan. Perlukan contoh ke ? Cari sendirilah ya. Haha.
Tambahan lagi sekiranya anda mempunyai laman web anda sendiri, anda juga boleh menyediakan ruang iklan untuk sewaan individu atau syarikat luar dan menerima pembayaran daripada sewaan iklan tersebut. Sebagai contoh yang mudah, anda boleh gunakan Nuffnang atau Google Adsense untuk Publisher Monetization. Saya akan ulas berkenaan ini dengan lebih lanjut pada post yang akan datang.
Diatas saya sediakan beberapa tips buat duit online untuk anda baca dan aplikasikan sekiranya anda masih belum mencuba platform ataupun cara-cara yang saya senaraikan diatas. Diharap post ‘Tips Buat Duit Online’ ini dapat membantu anda dan memberikan anda idea untuk lebih berjaya dalam perniagaan online.
Sekiranya anda berminat untuk ketahui ‘Cara Buat Duit Online Percuma’, anda boleh baca post tersebut disini : https://amirazman.my/cara-buat-duit-online-percuma.