KehidupanTelekomunikasi

Tips Menjimatkan Data Internet

tips menjimatkan data internet

Tips menjimatkan data internet kali ini saya tekankan kepada penggunaan data internet aplikasi laman sosial dan kemaskini aplikasi. Tips ini sesuai untuk diaplikasikan oleh mereka yang mempunyai pelan internet yang terhad untuk membuat perancangan penggunaan internet supaya tidak menerima sekatan penggunaan sebelum tempoh penggunaan berakhir.

Disebabkan oleh majoriti pengguna menggunakan telefon bimbit untuk bersosial, jadi tips menjimatkan data internet kali ini akan ditekankan untuk penggunaan aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram dan Google Playstore. Ini adalah antara aplikasi yang banyak menggunakan data internet serta ruang storan sekiranya tidak dikawal dan diuruskan dengan baik.

  • Whatsapp

tips jimat internet whatsapp

Untuk menjimatkan penggunaan data internet dan ruang storan daripada digunakan oleh Whatsapp dengan tidak terkawal, cara termudah untuk menguruskannya adalah menukar tetapan Media Auto-Download kepada yang sesuai. Sekiranya anda ingin mendownload semasa menggunakan Wifi, anda boleh aktifkan fungsi tersebut.

Sekiranya anda sememangnya bergantung dengan data internet yang terhad, saya sarankan anda untick (Photos/Audio/Videos/Documents) untuk mengelakkan Whatsapp mendownload fail tersebut tanpa pengetahuan anda. Apabila tiada fail yang dimuat turun secara automatik selain daripada fail yang anda mahu sahaja, maka penggunaan data internet anda juga akan berkurang.

  • Facebook

tips jimat internet facebook

Untuk aplikasi Facebook pula, kebanyakan data sebenarnya digunakan kebiasaanya disebabkan oleh video atau iklan yang dimainkan secara automatik. Untuk pengetahuan anda, antara penggunaan data internet tertinggi yang digunakan oleh aplikasi laman sosial ialah daripada sumber video. Semakin panjang dan besar saiz video tersebut, semakin banyak data internet anda yang akan digunakan.

Dengan cara seperti diatas, anda boleh mengelakkan video yang terpapar pada aplikasi Facebook anda daripada dimainkan secara automatik. Jadi, anda boleh memilih untuk memainkan video yang anda perlu lihat sahaja.

  • Telegram

tips jimat internet telegram

Walaupun masih ramai pengguna yang masih tidak menggunakan Telegram, tetapi aplikasi ini sebenarnya antara aplikasi yang agak kehadapan dari segi penggunaan sosial berbanding dengan Whatsapp. Saya menyaran supaya lebih ramai beralih kepada Instagram oleh kerana penggunaannya yang menggunakan cloud storage yang mana tidak menggunakan storan yang tinggi seperti Whatsapp kerana Whatsapp menyimpan data di dalam telefon bimbit itu sendiri.

Untuk menjimatkan data internet aplikasi telegram hampir sama seperti Whatsapp, untuk mengelakkan Media Auto-download berlaku. Selain itu, Telegram juga mempunyai pilihan sama ada untuk mendownload imej/video/gambar/fail atau sebagainya untuk disimpan di dalam telefon bimbit atau hanya berada dalam cloud storage sahaja. Jimat dah storan telefon bimbit anda kan ?

  • Google Playstore

tips jimat internet google playstore

Tips terakhir untuk kali ini adalah tips untuk menjimatkan data internet Google Playstore. Google Playstore juga antara aplikasi yang menggunakan data internet yang tinggi sekiranya anda memuat turun aplikasi baru atau mengemaskini aplikasi yang sedia ada. Saiz muat turun aplikasi pula pelbagai, ada yang serendah 5Mb sehinggalah kepada lebih daripada 200Mb. Ini sudah pasti menggunakan data internet yang sangat banyak lagi-lagi bagi mereka yang menggunakan pelan data internet yang sangat terhad.

Dengan pilihan auto-update apps menggunakan wifi sahaja, ini dapat mengelakkan daripada data internet telefon bimbit anda digunakan untuk mengemaskini aplikasi-aplikasi sedia ada tanpa kerelaan data internet anda. Haha !

Sekian sahaja untuk tips menjimatkan data internet secara ringkas untuk kali ini, InshaAllah saya akan kemaskini tips-tips terbaru pada masa yang akan datang. Saya dalam misi ‘1 hari 1 konten’ sehinggalah akhir 2018. Doakan saya berjaya.

Sekiranya anda berminat untuk ketahui ‘Cara Buat Duit Online Percuma’, anda boleh baca post tersebut disini : https://amirazman.my/cara-buat-duit-online-percuma.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga Network ? Baca disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23