KehidupanTeknologi

Penggunaan VPN Untuk Netflix

Penggunaan VPN Untuk Netflix

Apakah gunanya VPN untuk streaming servis seperti Netflix ?

Saya tertarik untuk mengulas sedikit mengenai penggunaan VPN ini memandangkan tidak ramai yang tahu dan menggunakannya.

Jika anda ingin ketahui maklumat asas apa itu VPN, mungkin boleh rujuk di post ini : Apa Itu VPN & Kegunaannya ?

Atau dengan kata mudahnya, VPN iaitu Virtual Private Network akan menggunakan network yang telah disulitkan atau diencrypt jadi apa yang anda akses sukar dan leceh untuk dicuri atau diketahui oleh orang luar atau penggodam.

Disebabkan VPN ini terdapat server dari pelbagai negara, apabila anda menggunakan sesuatu server contohnya US, IP anda juga akan menggunakan IP negara tersebut iaitu US walaupun sebenarnya anda berada di Malaysia.

Dan disinilah kegunaan VPN untuk streaming servis seperti Netflix memandangkan kebanyakan streaming servis mengehadkan akses kandungan mereka berdasarkan negara. Kandungan konten pengguna Netflix di US tidak sama dengan apa yang dipaparkan untuk anda di Malaysia, begitu juga dengan negara-negara lain seperti Korea, UK dan sebagainya.

the flash netflix

Sebagai contoh di Netflix US, ada konten The Flash, tetapi di Malaysia konten itu berada di HBO GO. Mungkin ada ‘trade exclusive’ atau sebagainya yang menyebabkan ianya tidak ditawarkan lebih daripada 1 platform dalam sesebuah rantau atau negara.

Untuk melanggan VPN juga, perlulah bijak memilih VPN yang sesuai dengan platform yang kita gunakan. Contohnya dapatkah ianya dimuat turun di telefon pintar, TV atau sebagainya mengikut penggunaan kita. Selain itu, kelajuan VPN juga memainkan peranan yang penting kerana streaming platform seperti Netflix sudah semestinya memerlukan internet yang berkelajuan tinggi untuk memaparkan resolusi sehingga 4K.

vpn untuk netflix

Saya galakkan untuk anda mencuba NordVPN dengan bayaran sekitar RM41/bulan atau RM23/bulan secara tahunan, anda boleh menggunakan VPN ini di platform Windows, macOS, Linux, Android dan iOS serta menyokong sehingga 6 device pada 1 akaun. Bermaksud anda boleh berkongsi penggunaan ini untuk 6 device. Dengan harga tahunan serendah RM23/bulan, saya boleh katakan tawaran ini sangatlah murah.

Jika berminat, boleh membuat langganan NordVPN serta ketahui maklumat lanjut disini : https://billing.hostingmalaya.com/index.php?rp=/store/nordvpn.

Jana pendapatan sebagai agen Unifi atau Maxis Fibre disini : https://amirazman.my/pendaftaran-agen-unifi-maxis-fibre.

2 Comments

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23