KehidupanSosial

Proses Pengundian PRU-15

Proses Pengundian PRU-15

Dalam masa beberapa hari lagi, kita akan menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk membuang undi dan proses pengundian pada PRU-15 pada kali ini sedikit berbeza berbanding pada tahun sebelumnya. Terdapat beberapa negeri yang tidak diadakan pilihan raya DUN iaitu Dewan Undangan Negeri bagi beberapa negeri dan terdapat sedikit perubahan dalam proses pengundian pada kali ini.

semak daftar pemilih pru15

Sekiranya anda ingin membuat semakan dimanakah tempat pengundian untuk anda, anda boleh layari https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih dan masukkan nombor kad pengenalan serta CAPTCHA yang tertera dan klik pada butang Semak.

Maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk memudahkan proses pengundian seperti pusat mengundi, saluran, bilangan, masa mengundi yang digalakkan serta hari pengundian.

maklumat pengundian pru15

Untuk anda ketahui calon pengundian, anda boleh klik pada https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/calon/paparPilihanraya dan pilih negeri serta pilihan PARLIMEN atau DUN lokaliti anda dan senarai calon akan dipaparkan.

senarai calon pengundian pru15

Seperti yang saya nyatakan diatas, terdapat sedikit perubahan pada proses pengundian PRU-15 pada kali ini, dimana penggunaan telefon bimbit tidak lagi dibenarkan dan perlu ditinggalkan pada ruangan yang disediakan sebelum proses membuang undi dilakukan dan boleh diambil semula selepas proses membuang undi selesai.

Anda boleh lihat gambar dibawah untuk memahami dengan lebih baik langkah proses pengundian pada PRU-15 pada kali ini.

langkah proses pengundian pru15

Sehubungan dengan PRU-15 yang bakal menjelang tiba, Perdana Menteri kita juga telah mengumumkan secara rasminya pemberian cuti khas bagi tarikh 18 November dan 19 November ini kepada rakyat Malaysia untuk memudahkan perjalanan rakyat Malaysia untuk pulang mengundi di lokasi pengundian. Selain itu, gaji bagi penjawat awam juga diawalkan iaitu pada 17 November 2022 manakala bagi pesara pula, pembayaran pencen diawalkan pada 14 November 2022.

Kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, marilah kita beramai-ramai mengundi pada PRU-15 pada kali ini untuk melunaskan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Setiap undian yang anda lakukan akan memberi impak dan kesan dalam mewujudkan kerajaan demokrasi yang stabil, bersih daripada korupsi dan peduli kepada masyarakat serta menjadi tunjang kepada kemajuan dan pembangunan Malaysia kelak.

Elakkan diri daripada terjebak dengan Scam Task Ecommerce . Rujuk disini : https://amirazman.my/scam-task-ecommerce-shopee-lazada.

Leave a Comment