Pada tahun 2022 ini, terdapat pelbagai scam alaf baru muncul dan modus operandi scam task ecommerce seperti Shopee, Lazada dan Ezbuy ini hampir-hampir sama dengan scam pada tahun 2020 iaitu iShareFans. Anda boleh baca modus operandi iShareFans disini : https://amirazman.my/kenapa-saya-tidak-join-isharefans.
Jika iShareFans meminta untuk mangsa mereka like Instagram, Tiktok, Youtube dan Facebook, scam task ecommerce ini pula meminta anda like produk-produk di laman ecommerce seperti Shopee, Lazada, Ezbuy dan sebagainya.
Saya kurang pasti dari mana mereka dapat contact mangsa, tetapi mungkin dari group telegram public atau dari mana-mana data privasi yang dijual oleh sumber terlarang.
Saya akan sediakan beberapa screenshot contoh bagaimana modus operandi mereka ini berjalan.
Pada pendapat saya, ini adalah cara mereka filter anda mudah untuk ditipu atau tidak. Kemudian, mereka akan proceed memberikan bayaran pertama untuk ‘beli’ kepercayaan anda dan teruskan invite lebih ramai orang untuk join sama dan lakukan task-task yang mereka sediakan.
Daripada screenshot saya berikan diatas juga, kita boleh nampak bahasa melayu mereka 100% google translate dan kedengaran hampir ke arah bahasa indonesia juga. Ramai yang berjaya terima pembayaran pertama tetapi daripada akaun personal, berkemungkinan daripada salah satu akaun keldai yang mereka gunakan.
Mereka juga minta anda akses aplikasi yang dimuat turun daripada link yang tidak dipercayai, berkemungkinan telah diletakkan malware atau spyware. Berhati-hati apabila memuat turun aplikasi selain daripada Google Playstore dan IOS App Store.
Modus Operandi Scam Task Ecommerce (Shopee, Lazada, Ezbuy dan sebagainya).
- Mangsa akan diminta buat task melalui link Shopee. Ini untuk mereka filter sama ada kita mudah discam atau tidak.
- Mangsa akan diminta untuk download aplikasi untuk teruskan task dalam apps. Ini part bahaya, jangan install apps yang diberikan. Kemungkinan besar telah diinstall spyware/malware.
- Mangsa akan diminta untuk bank in certain amaun untuk cashout/withdraw profit dari task dibuat. Mungkin pelbagai alasan akan diberikan utk verify account atau sebagainya.
- Terdapat butang recharge dalam apps. Akan ada pilihan bank dan diminta isi username dan password.
Jika anda isi akses online banking anda, maksudnya anda telah beri mereka akses tersebut dan kemungkinan besar akaun bank anda mereka berjaya login.
Atau mereka akan minta mangsa bankin ke akaun keldai, apabila mangsa bank in, atau gunakan apps tersebut untuk bank in, mungkin mereka akan minta anda bank in lagi untuk scam lebih banyak.
Hampir serupa juga dengan scam iShareFans seperti yang berlaku beberapa tahun terdahulu memandangkan apps mereka ini juga ada sistem upgrade level dengan bayaran sehingga RM10k untuk naikkan bilangan task dan profit.
Sila jangan klik link dibawah. Saya sediakan link dengan harapan mereka yang search link ini terjumpa post ini supaya tidak terjebak dengan scam sebegini. Saya akan kemaskini maklumat dibawah dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat yang saya perolehi.
Yang pernah inform saya mengenai apps dan web yang mereka terkena scam :
1. SlickTech (Web : slicktech8.com, Apps : https://www.slicktech8.com/app).
2. Esmall (Web : grapmall.com, Apps : https://rhgjel.xyz/areh0).
3. Task Communication Group (Group Telegram : https://t.me/+VECpdSuyqwlhYTll).
4. Ezbuy (Web : ezbuymvp.com, Tiktok : @moneycri8tor).
Kemaskini terakhir : 20 August 2022.
Mungkin banyak lagi yang hampir serupa sebab mereka boleh rename sahaja apps ini berkali2. Nampak sahaja pattern sebegini, 100% scam dan jangan download apps mereka.
Yang dah terkena ? Buat laporan polis. Kalau first step ini pun malas kita nak buat, tak boleh buat apa la.
Ada sahaja yang berjaya dapat duit balik walaupun peluang rendah. Rujuk post ini : https://www.facebook.com/groups/627346144454419/posts/1344781572710869.
Sekurang-kurangnya dengan laporan polis, dapat mengurangkan peluang untuk orang lain terkena dengan scammer yang sama. Data CCID pun polis dapat terima dan update di website mereka.