KehidupanTeknologi

Scam Iklan Facebook COD Website

Scam Iklan Facebook COD Website

Pernahkah anda melihat sponsored post scam COD iklan facebook dari page fake Siakap Keli, Apple Store, GShock dan yang hampir serupa ? Refresh sahaja Facebook, jumpa. Refresh lagi, jumpa.

Terfikir untuk buat 1 post mengenai perkara ini memandangkan ada rakan di Facebook saya yang baru-baru ini terkena beli promosi jam GShock sedangkan apabila terima, jamnya adalah fake/tiruan. Yang saya pasti, beliau ada hantar semula ke courier tetapi saya tidak pasti dia terima refund atau tidak. Saya akan update sekiranya dapat info lebih lanjut.

Saya kategorikan ini sebagai scam kerana walaupun pembeli dapat barang yang ditempah, akan tetapi iklan produk yang ditawarkan tidak sama seperti yang dihantar.

Sebagai contoh, iklan Apple Watch tetapi produk yang sampai hanyalah smart watch tiruan sahaja. Begitu juga dengan jam, dan sebagainya.

Terdapat banyak page iklan scam sebegini walaupun mereka bayar Facebook Ads, tetapi kemungkinan besar maklumat pelanggan akan disalahgunakan. Untuk lebih mudah mengenali iklan sebegini, anda boleh lihat contoh-contoh yang saya sediakan dibawah.

galaxy global fb scam

apple store fb scam

apple authorized store fb scam

gshock store fb scam

scam bag coach facebook iklan

Daripada pemerhatian saya pada page-page sebegini, terdapat beberapa perkara yang hampir sama yang akan saya kongsikan dibawah.

  • Setiap page sebegini akan minta anda klik ke website mereka dan website itu bukanlah website official produk tersebut dan jika disemak, website baru sahaja wujud tidak sampai setahun. Mereka menggunakan website fake/tiruan itu untuk mengumpul ‘database’ maklumat pembeli dan menghantar produk secara COD.promosi scam facebook iklan
  • Orang yang mengisi maklumat sudah semestinya orang yang mudah terpedaya, mereka memang suka maklumat pembeli sebegini. Mudah mereka hantar barang lain jika pembeli dengan mudah membayar sahaja semasa COD walaupun tidak membuat pembelian.
  • Pada ruangan komen di post tersebut akan ada yang review produk tetapi kebanyakannya jika kita lihat profile mereka dari luar negara.
    komen scam facebook iklan
  • Jika lihat follower atau likers page tersebut, sangat sikit kadang-kala tidak sampai 10 orang.
  • Domain website yang biasa digunakan ada perkataan ‘store, ‘site’ dan Asia.

Lebih malang lagi, sekiranya ‘seller scammer’ ini sentiasa hantar bermacam-macam produk di rumah anda. Lebih-lebih lagi jenis yang tidak aware dengan pembelian, pasti akan terus bayar dan ambil barang.

Anda boleh lihat video di bawah contoh saya membuat semakan salah satu iklan sebegini dan juga semakan tempoh website tersebut wujud.

Scam secara COD ini semakin menjadi-jadi dan sebagai pembeli, ini tips yang boleh saya kongsikan sekiranya anda membeli barang secara COD.

    1. Sentiasa menyemak maklumat terkini mengenai taktik scammer dan bagaimana scam dilakukan untuk elakkan daripada terkena.
    2. Sentiasa menyemak dahulu parcel yang diterima dan juga penghantar sebelum menerimanya dan membuat pembayaran.
    3. Jangan bayar parcel yang anda tidak order atau beli.
    4. Jangan respond pada SMS atau notifikasi mengenai pembelian produk yang anda tidak order atau beli.

Diharap perkongsian ini dapat mengelakkan diri anda, ahli keluarga dan rakan-rakan daripada terkena dengan produk fake/tiruan sebegini dan kongsikan kepada orang lain supaya tidak mudah tertipu. Apabila anda terkena scam iklan facebook COD sebegini, barang dapat, tapi tidak seperti yang diiklankan.

Semoga bermanfaat.

Baca mengenai Scam Task Ecommerce disini : https://amirazman.my/scam-task-ecommerce-shopee-lazada.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting dari Hosting Malaya : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment