Senarai Scammer Tech di Malaysia.
Kenapa saya buat post ini ? Sebab rasa kesian dekat mereka yang kena scam, lebih-lebih lagi apabila discam oleh orang yang sama.
Dengan harapan pembeli akan buat carian Google terlebih dahulu maklumat berkenaan seller dan jika tersenarai dalam senarai dibawah, mohon berhati-hatilah dalam membuat transaksi.
Saya agak geram dan kecewa kerana ada scammer yang sudah ‘terkenal’ tetapi apabila saya Google, langsung tak keluar apa-apa berkenaan dengan scammer. Saya harap dengan wujudnya post ini, dapatlah membantu sedikit sebanyak mereka yang ada inisiatif untuk cari maklumat berkenaan seller untuk tidak terjebak sekali menjadi mangsa scam.
Memandangkan saya ada sedikit ilmu berkenaan laman web dan enjin carian, diharap post ini dapat membantu anda. Tinggalkan komen pada ruangan komen dibawah sekiranya post ini berjaya menyelamatkan anda daripada teraniaya.
Berminat untuk membantu saya dan orang lain dengan penambahan listing senarai scammer tech di Malaysia ? Anda boleh bantu saya dengan cara :
- Pastikan scam telah terjadi atau telah dibuktikan oleh mangsa. Bukan cubaan scam. Barulah maklumat ini akan dikira sebagai maklumat yang sah.
- Berikan maklumat berkaitan seperti link profile, link maklumat scam, maklumat perbankan yang digunakan, no telefon/whatsapp/telegram atau sebagainya.
- Proof dan bukti scam serta bagaimana modus operandi scam dilakukan.
- Hantarkan maklumat lengkap tersebut ke email : admin@amirazman.my atau PM ke page Facebook : AmirAzman.MY.
Saya akan cuba untuk kemaskini maklumat yang lengkap dan sahih secepat yang mungkin untuk mengurangkan berlakunya scam ini daripada berulang. Saya mohon kepada pembeli, sila ‘vouch’ atau dapatkan informasi daripada orang lain terlebih dahulu mengenai pembeli untuk memastikan wang anda tidak hangus sia-sia dan gunakan platform yang selamat sekiranya ada untuk memastikan proses jual beli lebih terjamin.
SENARAI SCAMMER TECH DI MALAYSIA.
- Scammer barangan komputer, kereta dan barangan rumah & tempat tinggal melalui Facebook Page.
Modus operandi melalui Whatsapp Phone No : 011-1205 5620 atau 01112055620. Menggunakan alamat palsu yang dimiliki oleh perniagaan orang lain. Maklumat perbankan yang digunakan juga berubah-ubah, berkemungkinan besar scammer ini menggunakan akaun orang lain (3rd party scam).
Page Facebook Scammer : S-Shock Tech, Dine Concept Inc, Superb Solution PC, Sun Solution PC & Electronics (renamed daripada S-Shock Tech).
Page ANZ Customs Accessories ini telah ditukar nama kepada Dine Concept Inc. Link ada disediakan diatas.
S-Shock Tech telah ditukar nama kepada Superb Solution PC pada 16 September 2020 dan kemudian ditukar kepada Sun Solution PC & Electronics pada 4 Oktober 2020. Link ada disediakan diatas.
Pada pertengahan Oktober 2020, page scam diatas telah didelete oleh Facebook, dan dilaporkan scammer ini menggunakan page baru iaitu Gladiator GameStop.
Page Facebook Scammer : Gladiator GameStop dan telah mula menggunakan FB Ads bermula 15 Oktober 2020. Modus operandi melalui Whatsapp Phone No : 017-925 5260 atau 0179255260.
Pada 17 Oktober 2020, saya terjumpa beberapa page yang berkemungkinan didalangi oleh orang yang sama memandangkan harga jualan yang tidak masuk akal dan copywriting sangat serupa dengan page scam diatas.
Daripada post tersebut, saya dapati terdapat no Whatsapp lain yang digunakan iaitu 01112055380 atau 011-1205 5380. Facebook page yang terlibat dengan nombor Whatsapp ini ialah King of Gaming – DU dan Garage Crazy Cart Supply.
Instagram : https://www.instagram.com/gladiator_gamestop.
Talian Whatsapp : 0135474109 atau 013-547 4109.
Pada 3 Februari 2021, terdapat seseorang yang terkena dengan scammer ini email saya mengenai scammer ini yang menggunakan nombor whatsapp yang sama, tetapi nama page telah ditukar kepada ‘Super Empire Electronics’.
Facebook Page : Super Empire Electronics.
Talian Whatsapp : 01140135720 atau 011-4013 5720.
Pada 16 Mei 2021, Asraff Jeffery iaitu Youtuber terkenal Monaliza telah membuat post berkenaan scammer yang menggunakan alamat kedai Monaliza Mastura KB Mall untuk membuat penipuan.
Facebook Page : Dota Gadget.
Talian Whatsapp : 01140135893 atau 011-4013 5893
Pada 2 Jun 2021, terdapat satu page yang baru dibuat dan copywritingnya hampir sama seperti Dota Gadget. Nama page baru tersebut Gadget Gaming yang baru dibuat pada 31 May 2021. Nombor telefon yang digunakan pada page tersebut ialah 01114918376 atau 011-1491 8376.
Pada 28 Mei 2021, terdapat seseorang email saya untuk kenalpasti IG shop yang menggunakan nama gaming_itgarage_store dan talian Whatsapp 0162469745 atau 016 246 9745 adakah scam atau tidak. Dari info diberi memang agak tidak munasabah harga jualannya dan beliau telah selidik dengan pemilik kedai sebenar dan mereka mengatakan IG shop itu adalah scam.
Pada 17 September 2021 yang lepas, terdapat seseorang yang hubungi saya dan mengatakan beliau terkena scam dengan instagram : shout_store. Ramai juga yang melaporkan pada saya dan baru-baru ini terdapat juga pengguna yang diperdaya oleh page instagram ini. Maklumat scammer adalah seperti berikut :
Instagram Page : shout_store.
Talian Whatsapp : 01117872237 atau 011-1787 2237.
Pada 29 November 2021 pula ada yang PM saya untuk membuat semakan mengenai kedai.techresources di Instagram. Apabila saya buat semakan, ada screenshot yang ditulis ‘terima kasih mempercayai @laptop_amanah’. Apabila saya search sahaja laptop amanah, banyak page instagram scam yang telah dibuat sebagai ‘warning’ kepada pengguna daripada terpedaya.
Instagram Page : kedai.techsources, laptop_sejahtera.
Talian Whatsapp : 01139843897 atau 011-3984 3897, 01128082542 atau 011-2808 2542.
Instagram Page : digital.word_laptop.
Talian Whatsapp : 01124229491 atau 011-2422 9491.
Mudah sahaja nak ketahui adakah mereka scam, mereka ada highlight payment dan anda boleh lihat beneficiary account penerima kebanyakannya berbeza-beza. Terdapat kemungkinan besar akaun tersebut akaun keldai atau 3rd party scam yang diperdaya.
- Scammer Forex dan menggunakan hasil scam membeli barangan komputer.
Modus Operandi scammer ini meminta mangsa membuat bayaran forex menggunakan akaun bank syarikat OMG Tech, iaitu syarikat jualan barangan komputer tetapi telah digunakan oleh scammer ini untuk claim barangan komputer daripada OMG Tech. Dengan kata mudah, ini ialah 3rd party scam. Mangsa tertipu, OMG Tech dianggap sebagai scammer (kerana menerima duit) dan scammer yang sebenar dapat barangan komputer.
Saya ada terbaca semalam daripada salah seorang staff OMG Tech, scammer ini telah menukar profile picture akaunnya dengan gambar staff OMG Tech (mungkin untuk penyamaran akan datang). Mungkin scammer ini telah dilepaskan oleh pihak polis dan ingin aktif semula membuat penipuan dengan menggunakan nama OMG Tech.
Facebook Scammer : Md Syeman (dilihat telah ditukar nama profile kepada Shah Ri)
Phone No : 012-506 2240 atau 0125062240 dan 01159065649
Bank : Bank Rakyat
Nama : Muhd Shahriman
No Akaun : 220961154783
- Scammer barangan komputer melalui Facebook Page.
Modus operandi scammer ini menyamar sebagai kedai komputer Epicenter untuk membuat jualan komputer. Juga menggunakan 3rd party scam jadi bank yang digunakan adalah berbeza dari semasa ke semasa.
Seperti yang tertera diatas, scammer menggunakan Facebook page Imperial Cafe dan juga CC Live untuk membuat penipuan. Daripada screenshot-screenshot yang ada, terdapat kemungkinan scammer berbangsa cina kerana kebanyakan akaun bank yang disediakan serta iklan yang dibuat targetnya ‘menjurus’ kepada crowd berkaitan bangsa/bahasa cina.
Facebook Page Scammer :
Imperial Cafe : Link tidak dapat dikesan.
CC Live : https://www.facebook.com/cclivesoldout12.
Whatsapp : 01172448021 , 0178254297 .
Pada 21 Mac 2021, terdapat satu post dari pengasas Darul Ar Ridwan yang mengatakan beliau telah discam oleh Facebook page E-Sports Gaming – J Max dimana beliau ingin gunakan PC tersebut untuk tujuan mengaji secara live. Boleh lihat post tersebut dibawah.
Facebook Page Scammer :
E-Sports Gaming – J Max : https://www.facebook.com/ESgamingGGs.
Hari ini juga saya ada terima PM di Facebook untuk confirmation berkenaan pembelian laptop student beliau dan apabila saya lakukan carian, ya memang student beliau telah discam memandangkan terdapat orang lain yang post berkaitan page tersebut.
Facebook Page Scammer :
168 Store : https://www.facebook.com/168STORE168.
Terdapat beberapa juga page yang berkemungkinan besar merupakan page scammer juga.
PC-Garage : https://www.facebook.com/GAMINGPCMALAYSIA.
PC Garage : https://www.facebook.com/PCGARAGE2000.
PC Garage : https://www.facebook.com/PC-Garage-107840801875608 Whatsapp No : 0178164639 (high chance scam, page baru terus run ads dan tak terima COD + phishing apps).
- Scammer Nintendo Switch and Playstation Console.
Diantara Facebook page yang digunakan ialah : GameCity dan menggunakan Phone No : 012-873 6992 atau 0128736992. Terlalu banyak testimonial serta post fake yang direka menggunakan akaun fake Facebook. Nama Facebook page pun bertukar berkali-kali, hanya scammer yang ingin tukar nama berkali-kali sebegini. Jangan mudah percaya walaupun followers/likers page melebihi 30 ribu followers.
Terdapat laporan mangsa dari forum Lowyat : https://forum.lowyat.net/topic/5046782.
Post daripada group berkaitan PS4 : https://www.facebook.com/groups/433085370188390/permalink/1503792713117645.
Post dari KenaScam : https://kenascam.com/2020/scammer-ps4-edit-fake-ic.
- Scam 3rd Party COD
Scam sebegini biasanya dilakukan secara COD. Orang tengah yang scam kedua-dua belah pihak iaitu pihak seller dan pihak buyer. Contoh mudah nak faham, boleh lihat gambar dibawah.
Phone No Scammer : 0176469568 . Scammer ini gunakan akaun Hong Leong Bank atas nama LZC Mordern Walk Trading 14101011169 . Kemungkinan besar akaun tersebut adalah akaun keldai yang juga merupakan mangsa dalam scam ini.
Berhati-hati juga dengan nombor ini : 0173076297 dan 0148297468. Mengaku sebagai ibu dan anak dan cubaan untuk scam COD tetapi bagi fake resit dan lari semasa COD. Post berkenaan : https://www.facebook.com/groups/Malaysiagamingidea/posts/2297961027040415.
Kemaskini akhir : 3 Ogos 2022.
Saya akan kemaskini post ini dengan maklumat-maklumat scammer terkini. Kepada yang telah ditipu, sila buat laporan polis serta tindakan selanjutnya supaya scammer tersebut menerima hukuman yang setimpal.
Sumber :-
Group Facebook : PC Gaming Community MALAYSIA, Malaysia PC Gaming Community, Blogger Malaysia.
Tips Membeli Secara Online : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.
Kelebihan Memiliki Laman Web : https://hostingmalaya.com/kelebihan-memiliki-laman-web.
Maaf Admin Saya yang buat prank tu 😓 saya mintak maaf sangat sangat 😓😓🤯 tu tidak berkenaan dengan scammer dadah semua maaf banyak banyak
Saya ada satu ig scammer ni, kedai.techsources. Saya ada whatsapp mereka bertanyakan hal kondisi laptop, 2nd hand atau mcm mana. Tapi dia kata ianya baru. Dengan harga 900-1000 itu tidak masuk akal.
Yang saya betul² yakin bila saya perasan dekat highlight dia ada letak feedback cust, perbualan antara dia dan cust itu sebenarnya dgn diri sendiri. Sebab nombor yang dia reply tu adalah nombor yang tertera di ig tu jugak.
Terima kasih atas perkongsian ini ya.
Salam nak tanya ada ig seller nama kedai laptop murah Malaysia@kedai laptop elektronik@ laptop sejahtera. Dia menjual laptop ala2 scammer.. Sukar jawab soalan dan terlampau berahsia berkaitan seller.. Menggunakan alasan Muslim dan tag line amanah inshaallah sebagai bukti legit nya.. Ruang komen page juga dimatikan dan harga jual laptop sangat murah. Boleh tuan tolong checkkan tak?
Wslm, ya tu scammer.
Serius scammer. Tolong sebarkan kepada ramai org n ig.
Ya silakan.
Boleh tolong sy tak detect psl business laptop satu ni Nama ig:@digital.word_laptop mcmna nak tahu yg dia ni btul² trusted seller?🙏🥺tapi no.whtsappnya 01124229491
Kalau awak search nombor tu result semua pasal scam. Jadi chance besar ianya scammer.
Scammer ke tu
Ini scammer ke?
Sebelum membuat apa-apa transaksi kalau rasa macam sesuatu tak kena check dulu kat SCAM.MY atau KENASCAM.COM, boleh jugak check kat CCID page
ya betul buat semakan terlebih dahulu, jika memang scammer yang dah banyak scam, inshaAllah ada info di internet/google.
scammer ke tu
yang mana ? yang dalam list ni memang scammer.
Ada lgi
@PlasaKomputerBatam
Dorng ada acc d tiktok and acc insta..
Pergg Ps5 rm300 tekejut aku 😂
Iphone 14 pro max 1tb rm250 mai g m*ti
#thepriceitstogoodtobetue
memang makin banyak scammer berleluasa, lagi2 ni eMADANI dah masuk, lagi banyak.