Duit OnlineKehidupanTeknologi

Masalah Transaksi DuitNow Bank Islam

Dalam beberapa hari lepas, saya ada terbaca di group Programming berkenaan masalah transaksi DuitNow Bank Islam yang berlaku dan rasa sepertinya jarang jugalah isu ‘perbankan online’ sebegini berlaku. Agak common bila berlaku di ATM/CDM sebagai contoh resit tak keluar, duit tak keluar atau sebagainya, tetapi isu transaksi yang ‘pending’ terlalu lama ini dan agak kurang berminat dengan sistem Bank Islam yang terkini ‘memaksa’ pengguna menggunakan ‘DuitNow’.

instant transfer duitnow

Pada awalnya, saya kurang gemar dengan interface redirect DuitNow sahaja kerana bagi saya, ianya membazirkan masa walaupun hanya beberapa saat ‘redirect’ page. Tetapi rupa-rupanya isu transaksi pending ini lagi membuatkan saya sangat tidak berpuas hati dengan sistem yang digunakan. Jika terdapat ramai pengguna yang mengalami isu yang sama, rasanya isu ni patut diselesaikan dengan segera berbanding tempoh masa selama 14 hari (seperti yang diberitahu oleh servis pengguna Bank Islam).

masalah duitnow bankislam

Saya bagi contoh mudah.

Saya ingin buat Instant Transfer ke bank lain. Instant transfer maksudnya transaksi tersebut sepatutnya instant (segera). Tetapi ‘dijamu’ pula dengan masalah transaction yang pending ini dimana telah berlaku lebih kurang seminggu dan dikatakan akan selesai dalam tempoh masa 14 hari.

Daripada nak buat transaksi pantas, dah nak kena tunggu 14 hari. Lebih lambat daripada Interbank Giro (IBG). IBG pun lagi laju ambil masa 1-3 hari bekerja. Daripada well versed Instant Transfer dah jadi Slowmo Transfer.

Bayangkan bayaran tersebut adalah untuk promosi dan sebagainya. Lepas 14 hari entah ada ke tidak promosi tu lagi. Tapi duit ‘terpaksa’ masuk selepas 14 hari.

programming laman web

Ronda-ronda di facebook Bank Islam, terjumpa agak ramai juga yang jadi isu transaksi pending ini.

facebook bank islam duitnowtransfer bank islam pendingduit now bank islammasalah duitnow bank islam
 

Jika ditanya kepada saya, saya kurang pasti adakah sistem Bank Islam atau DuitNow ini sudah selamat dan ‘reliable’ untuk digunakan sepenuhnya atau tidak buat masa ini memandangkan transaksi pada 28 Ogos yang lalu masih lagi pending sehingga kini.

transaksi bank islam masalahSaya akan kemaskini post masalah DuitNow dari Bank Islam ini apabila masalah ini sudah selesai nanti.

Kemaskini 10 September 2020 :

Transaksi ini agak menyukarkan kerana melibatkan dua pihak bank dengan sistem DuitNow. Setelah buat panggilan pada pagi ini mengenai masalah ini pada Bank Islam, Bank Islam menyarankan untuk penerima membuat panggilan kepada Maybank untuk membuat semakan, dan ya jumlah tersebut telah sampai kepada penerima.

*** CIMB Bank juga boleh tahan juga minggu ini hampir hari-hari pada waktu puncak (peak time) pun dilakukan maintenance.

Cara Guna Touch N GO Ewallet di Shopee : https://amirazman.my/cara-guna-ewallet-di-shopee.

Cara Membuat Semakan Blacklist Telco : https://topupniaga.com/cara-membuat-semakan-blacklist-telco.