Dah ramai yang claim ePENJANA kan ? Jadi mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk guna kredit Ewallet tersebut di platform Ecommerce seperti Shopee dan Lazada kan ? Selepas berlakunya pandemik COVID-19 ini, saya lihat kesedaran pengguna dengan pembelian melalui online juga sudah semakin meningkat dan kerajaan juga memberi pelbagai inisiatif termasuklah ePENJANA, iaitu pemberian RM50 ke dalam Ewallet kepada mereka yang layak sebagai bantuan kepada rakyat serta merancakkan lagi ekonomi di Malaysia.
Untuk post pada kali ini, saya akan fokuskan bagaimana cara untuk menggunakan Ewallet di Shopee sahaja. Walaupun begitu, cara ini amat mudah untuk diaplikasikan untuk platform Ecommerce lain juga seperti Lazada yang mempunyai sistem Ewallet kredit tersendiri dan disokong menggunakan pembayaran melalui 7 Eleven Cash Payment.
- Pastikan anda telah mempunyai akaun Shopee dan ShopeePay telah diaktifkan. Login dan klik pada menu ‘Me’, kemudian klik ‘ShopeePay’.
- Klik Top Up untuk menambah kredit Shopee Pay menggunakan Ewallet seperti Touch N Go Ewallet.
- Kemudian, pilih amaun yang anda ingin kreditkan ke ShopeePay dan pilihan pembayaran sila pilih Cash Payment at 7-Eleven serta klik ‘PAY NOW’.
- Anda akan menerima Transaction ID, dan pergi ke 7 Eleven terdekat. Di kaunter, katakan anda ingin membuat pembayaran ShopeePay menggunakan Ewallet Touch N Go. Tunjukkan Transaction ID dan QR Code pada ShopeePay tersebut untuk discan oleh penjaga kaunter.
- Selepas itu, buka aplikasi Ewallet anda kemudian klik pada bahagian ‘Pay’.
- QR Code akan dipaparkan dan tunjukkan kepada penjaga kaunter 7-Eleven tersebut. Dengan kata lain, anda menggantikan pembayaran secara cash atau tunai kepada pembayaran menggunakan Ewallet. Resit akan diberikan kepada anda dan kredit ShopeePay anda akan bertambah.
Diharap post cara guna ewallet di Shopee pada kali ini dapat membantu anda untuk membelanjakan kredit Ewallet anda di platform-platform Ecommerce di Malaysia untuk membuat pembelian produk atau barangan yang memberi manfaat kepada anda memandangkan penggunaan secara langsung daripada aplikasi Ewallet itu sendiri agak terhad dan tiada pilihan yang pelbagai. Berbelanjalah dengan bijak !
*** Kredit pada ShopeePay boleh digunakan untuk transfer/dipindahkan ke pengguna Shopee yang lain atau ke akaun bank yang telah diverifikasi untuk pengeluaran wang.
Cara Menebus RM50 ePENJANA : https://amirazman.my/cara-menebus-rm50-epenjana.
Inginkan laman web professional untuk perniagaan anda ? Klik disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.