KehidupanTeknologi

Storan Pendrive Lebih Rendah ?

storage pendrive lebih rendah

Pernah atau tidak anda beli pendrive atau disk drive tetapi storan yang anda terima lebih rendah daripada yang sepatutnya seperti yang diiklankan ? Jangan khuatir, kerana ini adalah normal untuk produk flash memory.  Yang anda harus khuatir ialah membuat pembelian pendrive dengan saiz yang besar tetapi dengan harga yang teramat murah daripada seller yang tidak bertanggungjawab. Yang lebih malang lagi apabila dipaparkan maklumat seperti ‘original’ dan sebagainya sedangkan produk itu adalah tiruan ataupun fake.


Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan storan pendrive atau disk lebih rendah daripada yang diiklankan diantaranya ialah perbezaan sistem perkiraan.

Sistem perkiraan yang dilabelkan oleh syarikat storan komputer menggunakan sistem decimal manakala Windows pula memaparkan sistem binary. Paparan ini berbeza bergantung pada sistem operasi , algorithm dan format yang digunakan.

kiraan storage pendrive

Selain itu, terdapat juga sebahagian memori storan yang digunakan oleh sistem file sebagai ‘reserved’ untuk prestasi penggunaan yang lebih baik dan sekiranya format yang digunakan ialah NTFS, sebahagian storan digunakan sebagai memory allocation.

Dibawah saya tunjukkan contoh SSD, HDD, External Hard Disk dan Pendrive sebagai contoh mudah.

storage pendrive berkurang

Senarai Disk (seperti yang diiklankan) :

  • Local Disk (C:) = 250GB PNY CS900 SSD . Total Available : 237 GB .
  • New Volume (D:) = 1TB Toshiba PC P300 . Total Available : 931 GB .
  • KINGSTONE (E:) = 64GB Kingston DataTraveler SWIVL . Total Available : 57.6 GB .
  • AMIR-DISK (F:) = 1TB ADATA HV620 . Total Available : 931 GB .

Secara ringkasnya, anggaran storage yang anda akan terima adalah seperti dibawah :

anggaran storan pendrive ssd hard disk

Dan paparan dibawah pula adalah contoh perbezaan output yang dipaparkan pada MAC OS X dan juga Windows disebabkan oleh sistem perkiraan mereka yang berbeza, decimal dan binary.

decimal system vs binary system

Sekiranya anda ingin transfer fail-fail yang besar, sila gunakan format NTFS kerana secara ‘default’ masih terdapat lagi pendrive yang menggunakan format FAT32, iaitu format file system yang lama dan hanya menyokong fail dengan saiz lebih kurang 4GB sahaja. Abe cerah pernah memberikan penerangan yang ringkas dan mudah untuk difahami pada Channel Youtube : Monaliza seperti dibawah.

Diharap post ini dapat menjelaskan mengapa storan disk yang dipaparkan lebih rendah daripada yang diiklankan dan saya sangat berharap anda dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam ‘fake pendrive’ ini kerana kapasiti storannya yang rendah, bermasalah dan lebih malang lagi jika fail yang disimpan rosak dan tidak dapat dikembalikan semula.

Hati-hati dengan review atau rating yang diberikan di Lazada/Shopee walaupun kebanyakannya tinggi, berkemungkinan besar pembeli tersebut tidak mencuba sepenuhnya terlebih dahulu sebelum memberikan rating dan review tersebut. Lakukan transaksi pembelian melalui penjual yang sah dan authorized seller untuk mengelakkan kekecewaan dikemudian hari.

Tips Membeli Secara Online : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Mari Mengenali Storan USB Tiruan : https://amanz.my/201356802.

 

Leave a Comment