Memandangkan baru-baru ini, ePENJANA sudah boleh ditebus, jadi kali ini saya akan terangkan bagaimana cara untuk menebus RM50 ePENJANA menggunakan aplikasi Touch N Go Ewallet, Boost ataupun Grab. Untuk menebus RM50 ePENJANA ini sangatlah mudah dan agak pantas juga dan saya berjaya menebus RM50 ini menggunakan Touch N Go Ewallet pada musim perayaan kurang daripada 24 jam tempoh masa saya melakukan permohonan.
Terdapat beberapa syarat yang melayakkan anda untuk menerima ePENJANA iaitu :
- Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.
- Pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000.
- Telah mendaftar sebagai pengguna di aplikasi MySejahtera
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat diatas, anda boleh menebus RM50 ePENJANA ini menggunakan mana-mana aplikasi dibawah :
- Touch N Go Ewallet.
- Boost.
- Grab.
Dan akaun aplikasi diatas perlulah menjalani proses verifikasi sebelum membolehkan anda membuat penebusan RM50 ePENJANA ini.
Touch N Go Ewallet
- Login aplikasi Touch N Go Ewallet dan klik butang Claim Now pada bahagian ePENJANA.
- Tandakan setuju dengan terma dan syarat kemudian klik ‘Dapatkan Sekarang’.
- Pastikan nama dan nombor Mykad adalah betul dan tepat, kemudian klik ‘Ya, Hantar Sekarang’.
- Permohonan akan diproses dalam masa 5 hari bekerja dan RM50 akan dimasukkan pada baki Ewallet setelah permohonan tersebut diluluskan.
Anda boleh lihat video dibawah :
– Pembayaran tol menggunakan Touch N Go Ewallet sangat terhad. Sila semak dahulu tol yang boleh digunakan : https://www.tngdigital.com.my/features/paydirect.
Boost
- Login aplikasi Boost dan klik butang berkaitan ePENJANA. Kemudian, klik .Claim Now..
- Pastikan akaun Boost anda sudah diverifikasi dan klik ‘Submit’.
- Permohonan akan diproses dalam masa 5 hari bekerja dan RM50 akan dimasukkan pada baki Ewallet setelah permohonan tersebut diluluskan.
Grab
- Login aplikasi Grab dan klik butang berkaitan ePENJANA. Kemudian klik ‘Next’.
- Tandakan setuju dengan terma dan syarat kemudian klik ‘Confirm’.
- Permohonan akan diproses dalam masa 5 hari bekerja dan RM50 akan dimasukkan pada baki Ewallet setelah permohonan tersebut diluluskan.
Kebanyakan syarikat telekomunikasi serta aplikasi Ewallet terpilih juga menawarkan pelbagai promosi untuk menarik minat pengguna mendapatkan servis atau produk daripada mereka. Saya akan berikan maklumat lebih lanjut berkenaan promosi-promosi yang menarik ini pada masa yang akan datang sekiranya berkesempatan.
Diingatkan, proses penebusan ini hanya terbuka dari 31 Julai 2020 sehingga 24 September 2020 sahaja dan RM50 ini haruslah digunakan sepenuhnya sebelum atau pada 30 September 2020. Baki penebusan kredit ePENJANA yang tidak digunakan akan dihapuskan secara automatik setelah tempoh penebusan berakhir.
Diharap cara-cara menebus RM50 ePENJANA diatas dapat membantu anda membuat penebusan serta pemberian dan rezeki ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Cara Menggunakan Aplikasi Touch N Go Ewallet : https://amirazman.my/cara-menggunakan-app-touch-n-go.
Ingin mendaftar Unifi Home/Business ? Klik disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.
Inginkan laman web untuk perniagaan anda ? Klik disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.