KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Pelan Postpaid Dengan Kontrak

Pelan Postpaid Dengan Kontrak

Masih relevankah pada tahun 2020 ini pelan postpaid atau pascabayar yang terikat dengan kontrak ?

Jika pada 5-10 tahun lepas, mungkin pelan data internet yang terikat dengan kontrak ini masih boleh dikatakan relevan disebabkan oleh teknologi serta keterbukaan internet pada waktu itu. Namun jika dilihat sekarang, terdapat pelbagai pelan malahan pelan prepaid atau prabayar juga yang kelihatan lebih menarik berbanding sesetengah pelan postpaid atau pascabayar yang ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.

Pelan data internet yang saya maksudkan ini adalah pelan internet itu sendiri sahaja, tidak termasuk pelan bundle atau pakej yang terdapat telefon pintar, modem atau sebagainya. Sekiranya melibatkan pakej atau bundle sememangnya masih relevan untuk diikat dengan kontrak untuk memastikan pembayaran yang dibuat oleh pengguna dapat diterima oleh syarikat telekomunikasi daripada menanggung kerugian yang tinggi.

Kita sebagai pengguna, diantara perkara yang dipertimbangkan ialah daripada segi ‘ikat kontrak’. Hal ini kerana terdapat pelbagai kerisauan pengguna sebagai contoh masalah tiada rangkaian, perpindahan tempat tinggal, dan tidak ingin meneruskan penggunaan disebabkan masalah kewangan atau sebagainya. Apabila tiada kontrak, pengguna tidak risau untuk menamatkan perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa.

kontrak postpaid telco

Sebenarnya daripada apa yang saya lihat, proses penamatan perkhidmatan perkhidmatan juga kadangkala agak sukar dimana memerlukan pengguna untuk pergi ke mana-mana cawangan terdekat. Ini yang membuatkan pengguna lebih cenderung untuk MNP atau menukar talian mereka kepada rangkaian yang lain memandangkan prosesnya adalah lebih mudah dan pantas.

Bagaimana pula bagi mereka yang tidak ingin mengekalkan talian mereka ? Kebiasaannya kad sim untuk talian tersebut dibuang begitu sahaja tanpa berfikir panjang dan ini yang menjadi punca pengguna disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi tanpa mereka sedar. Setiap sen yang dicas atau dibilkan kepada anda apabila menggunakan pelan postpaid dengan kontrak, perlu dibayar sepenuhnya untuk mengelakkan anda diblacklist oleh syarikat telekomunikasi.

Secara keseluruhan, pada pendapat saya, syarikat telekomunikasi haruslah memberi kebebasan kepada pengguna untuk memilih rangkaian yang mereka ingin gunakan dengan lebih meluas melainkan rangkaian tersebut sememangnya meluas dan boleh menampung penggunaan penduduk pada sesebuah kawasan dengan baik. Bagaimana caranya ?

Dengan memberikan pengguna kemudahan untuk pendaftaran serta penamatan perkhidmatan talian sekiranya diperlukan. Pelan internet postpaid atau pascabayar sudah tidak relevan untuk diikat dengan kontrak 6 bulan misalnya melainkan pelan internet tersebut merupakan pakej atau bundle dengan produk lain seperti telefon pintar atau modem.

Semakan Blacklist Telco Menggunakan Telegram : https://topupniaga.com/semakan-blacklist-telco-menggunakan-telegram.

Pengalaman Menyemak Blacklist Telco : https://amirazman.my/pengalaman-menyemak-blacklist-telco.

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23