KehidupanTelekomunikasi

Pengalaman Menyemak Blacklist Telco

Pengalaman Menyemak Blacklist Telco

Saya merupakan pemilik kepada Topup Niaga Network dan mempunyai pengalaman menyemak blacklist telco selama beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai yang bertanyakan status blacklist telco mereka memandangkan saya mempunyai sistem untuk menyemak status blacklist pengguna syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Daripada pengamatan saya, ramai diantara mereka yang masih berumur seawal 18-25 tahun yang sudah diblacklist oleh telco. Sangkaan saya, majoriti daripada mereka yang mahukan telefon pintar yang mahal dengan mudah melalui langganan pelan internet yang sangat mahal.

pengguna semak blacklist telco

Terdapat pelbagai kesan seperti pinjaman bank ditolak termasuklah peluang kerja hilang disebabkan oleh blacklist telco yang menggunakan IC mereka kerana mempengaruhi CTOS Score.

Kebanyakan daripada mereka yang mengalami masalah seperti diatas mempunyai masalah diblacklist oleh telco YES atau P1.

Tidak dinafikan ada juga yang menjadi mangsa dimana nama atau IC mereka digunakan untuk mendaftarkan pelan telco tanpa pengesahan atau persetujuan pemilik sebenar. Untuk seller telco sebegini, shame on you.

Mangsa kepada seller telco seperti kes diatas ? Report terus kepada SKMM melalui laman web mereka, Buat Aduan Baru / Lodge New Complaint dan berikan maklumat lanjut serta follow up.

Anda boleh lihat cara membuat aduan kepada SKMM disini : https://amirazman.my/cara-membuat-aduan-skmm.

Diharap melalui post pengalaman menyemak blacklist telco saya ini, dapat memberikan anda pencerahan tentang bertapa seriusnya masalah yang boleh berlaku apabila diblacklist oleh telco dan juga elakkan diri daripada sikap suka menunjuk-nunjuk atau terlalu mengejar telefon pintar yang mahal dan terkini sekiranya tidak mampu untuk menanggung kos yang mendatang.

Jom baca ‘Masalah Apabila Diblacklist Oleh Telco’ disini : https://amirazman.my/masalah-apabila-diblacklist-oleh-telco.

Berminat untuk menjadi Sales Advisor Redone ? Baca kelebihannya disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Leave a Comment