BisnesKehidupanSosial

Handphone Terbaik Untuk Bisnes Online

Handphone Terbaik Untuk Bisnes Online

Handphone terbaik untuk bisnes online semakin diperlukan memandangkan teknologi yang sudah semakin canggih, dengan harga data internet yang semakin murah dan mudah untuk didapati berbanding beberapa tahun lepas. Apakah kriteria yang harus diambil kira untuk meletakkan sesebuah telefon pintar itu sebagai yang terbaik untuk bisnes online ?

Bagi saya sendiri, ada beberapa kriteria penting yang harus dilihat sebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana telefon pintar yang semakin hari dilihat semakin menawarkan spesifikasi yang kompetitif dan murah. Melalui pengalaman saya menggunakan telefon pintar Honor 8X, telefon pintar ini mempunyai hampir kesemua ciri-ciri handphone terbaik untuk bisnes online iaitu :

  1. Harga yang sederhana dengan penawaran spesifikasi yang baik. Dengan harga hanya RM949 sahaja, Honor 8X menawarkan spesifikasi yang agak baik dengan promosi freegift diantaranya Honor Band 3 secara percuma pada hari pertama dilancarkan.
  2. Menggunakan operating system Android Oreo dan boleh dikemaskini kepada versi Android Pie yang mempunyai sistem sekuriti yang lebih baik berbanding versi yang lama.
  3. Processor Kirin 710 yang boleh memainkan kesemua aplikasi laman sosial tanpa masalah.
  4. Mempunyai GPU Turbo untuk peminat phone gaming.
  5. RAM 4GB dan Storage 128GB yang besar membolehkan penggunaan storage yang banyak tanpa masalah kekurangan storage.
  6. Kapasiti bateri 3750 mAh yang membolehkan pengguna untuk menggunakannya untuk tempoh masa yang lama.
  7. Dual kamera dengan kualiti kamera yang baik.
  8. Ciri-ciri Safety Airbag yang boleh menyerap hentakan untuk mengurangkan kesan impak jatuhan.

Bagi saya pemilihan untuk memilih Honor 8X sebagai telefon pintar pilihan saya merupakan pilihan yang tepat sesuai dengan penggunaan saya buat masa sekarang sebagai seorang peniaga online dengan kriteria yang telah saya senaraikan diatas. Buat masa sekarang, telefon Honor 8X dengan kondisi yang masih baru boleh didapati dengan harga hanya sekira RM700 sahaja disebabkan oleh semakin banyak model telefon pintar yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Anda boleh melihat spesifikasi penuh berkenaan Honor 8X disini : https://www.hihonor.com/my/product/10060562825570.html

Pada tahun ini, lebih banyak telefon pintar yang telah dilancarkan dengan harga yang sangat kompetitif beserta tawaran spesifikasi yang sangat menarik kepada pengguna. Oleh itu, buat pemilihan telefon pintar dengan baik supaya tiada masalah ketika menggunakannya untuk kerja-kerja perniagaan online dan kegunaan sendiri termasuklah pemilihan daripada segi harga dan spesifikasi yang ditawarkan serta servis yang terbaik daripada penjual kepada pengguna.

Bagaimana pula dengan anda ? Apakah telefon pintar yang anda gunakan untuk urusan bisnes online dan juga penggunaan harian ? Kongsikan diruangan komen dibawah.

Jom baca ‘Tips Menjimatkan Data Internet’ disini : https://amirazman.my/tips-menjimatkan-data-internet.

Jom baca ‘Masalah Apabila Diblacklist Oleh Telco’ disini : https://amirazman.my/masalah-apabila-diblacklist-oleh-telco.

2 Comments

  1. HUSIN AHMAD

Leave a Comment