Duit OnlineKehidupanSosial

Kelebihan Menjadi Supporter Facebook

Terdapat pelbagai cara content creator di Facebook untuk menjana pendapatan termasuklah melalui fungsi Supporter. Kelebihan menjadi supporter facebook content creator buat masa ini agak terhad, tetapi berbaloi kepada content creator di Facebook untuk menjana pendapatan melalui fungsi ini.

kelebihan supporter content creator facebook

kelebihan supporter facebook fanpage

Diatas merupakan paparan yang akan dipaparkan apabila anda ingin menjadi supporter kepada mana-mana content creator Facebook yang berkelayakan untuk menerima fungsi ini. Kebiasaannya bayaran untuk menjadi Supporter adalah Rm12.90/bulan dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

Apabila anda sudah menjadi supporter, anda akan menerima Supporter Badge dimana badge ini akan dipaparkan pada komen, post dan live broadcast page tersebut. Lebih kurang sama seperti yang didambakan oleh netizen masa kini, iaitu badge Top Fan untuk content creator Facebook page yang mempunyai jumlah followers dan likers yang ramai.

Selain itu, Supporter juga boleh menerima exclusive content daripada pemilik content creator Facebook page tersebut. Sebagai contoh sekiranya pemilik page tersebut hanya menginginkan Supporter sahaja untuk menerima content tertentu, mereka boleh melakukan sedemikian. Special untuk Supporter sahaja. Ini termasuk juga dengan live videos yang ingin dipaparkan kepada Supporter sahaja. Eksklusif bukan ? Haha.

facebook supporter

Yang lebih menarik, sebagai Supporter, anda boleh menerima diskaun eksklusif yang hanya ditawarkan terhad kepada Supporter sahaja sama ada merchandise atau produk-produk lain yang ingin dijual atau dipasarkan oleh pemilik content creator Facebook tersebut. Tetapi menurut pengalaman saya, penggunaan fungsi Supporter ini masih belum digunakan secara meluas oleh pengguna Facebook di Malaysia.

Mungkin pada masa akan datang, akan ada lebih banyak lagi kelebihan menjadi Supporter Facebook. Mungkin dengan kehadiran fungsi baru akan datang boleh menarik minat pengguna Facebook di Malaysia untuk menjadi Supporter kepada fanpage yang mereka minati.

Anda boleh merujuk help center berkenaan ciri-ciri ini disini : https://www.facebook.com/help/219372401985734.

Saya akan kongsikan bagaimana pemilik content creator di Facebook dapat menjana pendapatan pada post yang akan datang. Diharap post pada kali ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan informasi kepada netizen khususnya kepada pengguna Facebook.

Jom baca ‘Cara Buat Duit Online’ disini : https://amirazman.my/cara-buat-duit-online-2019.

Leave a Comment