BisnesDuit Online

Cara Buat Duit Online 2019

Cara Buat Duit Online 2019

Cara buat duit online 2019 ini adalah sambungan kepada posting saya sebelum ini iaitu cara buat duit online percuma dan juga tips buat duit online dimana pada post kali ini kita akan berikan kemaskini yang relevan dengan tahun 2019. Yelah, cara untuk buat duit online semakin hari, semakin berubah kan ?

Cara Buat Duit Online Percuma : https://amirazman.my/cara-buat-duit-online-percuma.

Tips Buat Duit Online : https://amirazman.my/tips-buat-duit-online.

Jadi tanpa membuang masa, saya akan terus dengan point-point utama yang masih relevan dilakukan khasnya untuk netizen yang berada di Malaysia. Untuk mereka yang ingin membaca post saya sebelum ini, boleh klik pada link diatas okay ?

  • Ordersini

sistem tempahan produk ordersiniOrdersini merupakan salah satu sistem tempahan produk secara online yang digunakan oleh peniaga online untuk menguruskan sistem jualan mereka. Apa yang boleh anda lakukan disini ialah, menjadi affiliate kepada produk-produk ini dan anda akan diberikan komisen daripada jualan tersebut.

Mudah sahaja. Sebarkan link jualan anda, dan jika ada sesiapa yang membeli produk melalui link anda, anda akan diberikan komisen oleh penjual produk tersebut. Ada produk yang mempunyai komisen yang tinggi, dan ada juga yang rendah. Saya sendiri telah berjaya mendapatkan lebih kurang RM400 untuk jualan beberapa produk sahaja.

Saya sertakan screenshot yang saya dapat daripada affiliate Ordersini dibawah :

senarai leaderboard ordersini

Sekiranya anda mempunyai produk yang ingin dijual secara online, anda juga boleh mendaftar sebagai ahli Ordersini dengan mudah : DAFTAR SEKARANG !

Ingin ketahui kelebihan sebagai pemilik produk di Ordersini ? Boleh baca disini : https://niagainternet.com/sistem-tempahan-produk-ordersini.

  • MAE Rewards

mae rewards maybank apps duit online

MAE Rewards adalah salah satu daripada program yang diperkenalkan oleh Maybank yang mensasarkan pembayaran digital secara mudah dan pantas dengan menggunakan QR Code. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Maybank sama ada di Google Playstore atau di Apple Store dan masukkan invite code :aba12027

Invite Code :aba12027

Anda akan menerima 1 peluang untuk bermain permainan yang disediakan oleh Maybank. Saya pernah cuba bermain permainan ini sekali sahaja dan menerima rewards dengan terpinga-pinga. Haha. Untuk anda yang lebih bersedia, berkemungkinan untuk mendapatkan rewards dengan jumlah yang lebih banyak.

transaksi mae rewards

Anda akan menerima satu akan khas daripada Maybank dimana akaun ini anda boleh gunakan untuk membuat transaksi secara pantas dan mudah menggunakan QR Code. Diatas merupakan screenshot dimana saya cuba untuk membuat transaksi secara terus ke akaun pentadbiran dan mengambil masa tidak lebih 10 saat untuk transaksi berjaya.

Saya menerima 73sen untuk cubaan permainan pertama. Anda mungkin berpeluang untuk mendapat lebih banyak lagi berbanding saya. Anda hanya perlu kongsikan Invite Code anda kepada rakan-rakan untuk menerima peluang yang lebih banyak. Oleh yang demikian, jangan lupa masukkan invite code saya ya :aba12027 . Haha !

  • Boost App

aplikasi boost app duit online 2019

Boost App juga merupakan aplikasi yang menawarkan transaksi secara pantas dan mudah menggunakan QR Code tetapi menawarkan fungsi yang menarik seperti cashback untuk pelbagai jenis produk dan juga diskaun yang sangat menarik. Daripada anda membeli dan tidak dapat apa-apa, lebih baik gunakan aplikasi ini untuk mendapatkan cashback dan diskaun awesome kan ?

Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Google Playstore atau di Apple Store dan masukkan invite code :amir9ww

Invite Code :amir9ww

invite code boost app

Apabila anda berjaya menggunakan invite code diatas, anda layak mendapatkan cashback sehingga RM5 selepas pertama kali menambah nilai talian prabayar. Selain itu, aplikasi ini juga terdapat pelbagai voucher yang menarik serta cashback online shopping seperti platform 11street dan juga Carousell. Pembayaran bil utiliti, pembelian produk reload dan online games juga menjadi lebih mudah dengan menggunakan aplikasi ini sahaja.

Kita perlu sedar bahawa kita berada pada zaman yang sedang beralih kepada era ‘cashless’ iaitu tanpa tunai. Baru-baru ini saya pergi ke pawagam dan kedai-kedai, terdapat sebahagian kecil peniaga yang sudah mula menggunakan aplikasi e-wallet sebagai kaedah transaksi utama mereka kerana ianya lebih mudah, pantas dan direkod dengan baik.

Okay cukup dahulu 3 sistem dan aplikasi yang boleh menjana pendapatan pengguna secara online yang masih relevan pada tahun 2019 ini. Sebenarnya terdapat pelbagai cara lagi yang boleh dilakukan pada masa kini daripada yang simple dan mudah seperti diatas dan sedikit advanced seperti Facebook Gaming Platform dan sebagainya yang akan saya perincikan pada masa akan datang.

Dunia internet sentiasa berubah, kita juga perlu mengikut peredaran tersebut untuk terus kekal relevan.

2 Comments

Leave a Comment