KehidupanSosial

Google Calendar Phishing Scam

Google Calendar Phishing Scam

Ada pelbagai cara untuk scammer scam pengguna, dan cara yang saya lihat agak mudah untuk pengguna terperdaya adalah melalui Google Calendar Phishing Scam. Mudah untuk pengguna terkena, lagi-lagi apabila pengguna merupakan golongan berusia dan kurang celik IT kerana notifikasi yang dipaparkan terus daripada Google Calendar.

Baru sahaja saya terima notifikasi ini awal pagi tadi daripada scammer ini. Mereka boleh invite sesiapa sahaja untuk dimasukkan dalam list Calendar Google ini memandangkan default setting yang google setkan adalah auto add invitation events. Pada events tersebut, mereka akan menyertakan phishing link untuk menjerat pembaca events tersebut supaya klik link tersebut dan mendapatkan informasi privasi seperti details akaun media sosial, perbankan, dan sebagainya.

google calendar scam

Kebiasaannya, mereka akan membuat helah terpilih cabutan bertuah, memenangi iphone atau telefon pintar percuma, dan sebagainya untuk menarik pengguna untuk klik pada link yang mereka sertakan. Selain itu, Google Calendar Phishing Scam ini agak menjengkelkan kerana scammer tersebut boleh meletakkan alarm atau reminder pada bila-bila masa dan telefon pintar anda akan memaparkan notifikasi tersebut dengan kerap.

Bagi mengelakkan daripada terjadinya auto add invitation events daripada scammer/stranger ini, pengguna perlu disable atau menyahaktifkan auto add invitation events pada setting Google Calendar.

Cara untuk disable auto add invitation :
1. Pergi ke laman web Google Calendar dan login akaun Google anda : https://calendar.google.com/calendar/r/
2. Klik pada lambang gear, dan klik Settings.
3. Pada Menu General, klik pada Event Settings.
4. Pada ruangan Automatically add invitations, set kepada ‘No, only show invitations to which I have responded.
5. Untick ‘Show declined events’. Untick ya, bukan tick.

cara disable auto add events

cara elak scam telefon pintar

Pihak Google pula pada pandangan saya, seharusnya default set kepada disable untuk automatically add invitations, kerana tidak ramai yang tahu bagaimana cyber scam atau jenayah phishing ini boleh terjadi 🤦‍♂️. Security threat ini mula dilaporkan semenjak pertengahan jun yang lepas. Tidak pasti pihak Google akan default setting fungsi tersebut pada masa akan datang atau tidak.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Google Calendar Phishing scam ini, anda boleh layari beberapa sumber yang saya sertakan dibawah :

Jom baca ‘Cara Buat Duit 2019’ disini : https://amirazman.my/cara-buat-duit-online-2019.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.