BisnesKehidupanTelekomunikasi

Ulasan : Syarikat Telekomunikasi BeONE Prepaid

Syarikat Telekomunikasi BeONE Prepaid

Ini adalah ulasan saya berkenaan syarikat telekomunikasi BeONE Prepaid setelah mendaftar sebagai Beone Sales Executive selama lebih kurang 7 bulan sejak awal tahun ini. Mungkin ulasan ini kelihatan seperti kritikan, tetapi saya harap isi-isi dari penulisan ini dapat dilihat sebagai salah satu langkah penyediaan untuk mana-mana syarikat telekomunikasi yang ingin bertapak di Malaysia.

Saya tidak ingin menjelaskan isu marketing dan sebagainya dengan panjang lebar, kerana saya faham sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang masih baru, memang sukar untuk ‘membakar duit’ untuk memperkenalkan lagi pelan mereka kepada khalayak ramai. Agen-agen juga sebenarnya saya lihat boleh katakan agak baik dalam memberikan informasi mengenai BeONE Prepaid lebih-lebih lagi dalam laman sosial.

Saya ingin menekankan isu yang lebih kritikal yang mana saya fikirkan wajar untuk ditangani segera untuk memastikan jualan produk pelan BeONE Prepaid dapat ‘sampai’ kepada pengguna.

Penggunaan serta pendaftaran sim Redone Prepaid.

Pada awalnya, agen BeONE Prepaid dibekalkan dengan sim MNP khas untuk BeONE Prepaid dan sim dengan nombor baru daripada Redone Prepaid. Bermulalah isu apabila pelan RedFAST dilancarkan pada beberapa bulan lepas dimana simkad lama ini tidak dapat melanggan pelan RedFAST sehinggalah hari ini (jika saya tidak silap) sedangkan pelan RedFAST itu merupakan selling point untuk BeONE Prepaid buat masa sekarang. Jadi anda mungkin akan perasan dimana pengguna mengalami masalah untuk melanggan pelan tersebut.

Sebelum ini, BeONE Prepaid mengalami masalah dalam mendapatkan stok simkad baru, dan mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan stok yang terbaru. Hanya simkad yang dibekalkan terbaru sahaja yang boleh melanggan RedFAST itu pun hanya untuk nombor baru khas daripada BeONE Prepaid. Bagaimana pula dengan simkad MNP terbaru dari BeONE Prepaid ?

Sehingga hari ini, simkad MNP terbaru masih lagi belum boleh digunakan walaupun simkad MNP tersebut sudah berada di tangan agen. Saya kurang pasti, mungkin sistem yang masih belum sedia atau sebagainya. Dengan kata lainnya, pendaftaran nombor baharu sahaja yang boleh dilakukan buat masa sekarang, manakala MNP tidak dapat dilakukan sehingga kini (31 Julai 2021) dengan menggunakan simkad MNP BeONE Prepaid yang terbaru.

Anda bayangkan berapa ramai yang tertarik dengan pelan BeONE RedFAST ini, tetapi tidak berpeluang untuk MNP atau bertukar ke telco BeONE disebabkan isu yang saya nyatakan diatas. Demand ada, tetapi tidak dapat dipenuhi sebab sistem masih belum ready.

Cara tambah nilai yang mengelirukan.

Seperti biasa, jika syarikat telco itu kurang pengguna, agak sukar untuk mendapatkan tambah nilai melainkan daripada agen-agen mereka. Jika aplikasi telco tersebut ada cara tambah nilai secara online, itu boleh dikatakan bonus feature dan memudahkan bagi pengguna. Jika pada awalnya semasa masih lagi menggunakan simkad Redone Prepaid, pengguna masih boleh menggunakan RedONE PIN untuk tambah nilai, tetapi untuk simkad terbaru ini tidak lagi boleh menggunakan tambah nilai BeONE.

Jadi, pengguna-pengguna baru yang cuba membuat pembelian tambah nilai di 7 Eleven kemungkinan besar ada yang terbeli tambah nilai REDONE dalam bentuk PIN dan ianya memang tidak dapat digunakan. Untuk makluman, simkad BeONE Prepaid anda perlu tambah nilai sama ada BeONE autoreload/pinless melalui agen BeONE Prepaid atau softpin juga melalui agen BeONE Prepaid.

Terdapat sistem tambah nilai diluar sana yang mempunyai produk tambah nilai BeONE Prepaid tersedia sebagai contohnya di aplikasi Topup Niaga. Anda boleh gunakan aplikasi dari Topup Niaga sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendapatkan tambah nilai BeONE buat masa sekarang.

Rasanya cukup saya bagi 2 isu utama diatas yang pada pendapat saya perlu diperbaiki dan tindakan segera perlu dilakukan untuk memastikan jualan para agen dapat bergerak, dan masalah sim lama tidak lagi terjadi. Ini bukan sahaja dapat menaikkan lagi jualan bagi syarikat telekomunikasi BeONE Prepaid, malah dapat meletakkan BeONE Prepaid setanding dengan syarikat telekomunikasi lain di Malaysia.

Kemudian boleh juga kemaskini laman web BeONE Prepaid yang pada saya masih lagi kurang informasi serta terdapat juga bahagian yang sepertinya belum diedit dengan baik serta hyperlink yang salah. Mungkin programmer atau web developer boleh lihat semula laman web tersebut : beone.com.my dan kemaskini apa yang perlu.

Pelan dah menarik dan agak kompetitif. Tambah nilai RM10 boleh tahan sebulan tempoh aktif. Sekiranya proses pendaftaran pengguna baru/MNP berjalan lancar, capaian pengguna untuk tambah nilai boleh didapati dengan mudah dan tersedia di aplikasi, saya yakin BeONE Prepaid dapat membina rangkaian pengguna yang lebih ramai berbanding sekarang.

Kemaskini 6 Ogos 2021 :

Saya dapat informasi masalah softpin serta pendaftaran sim MNP sudah berjaya ditangani. Alhamdulillah. Namun, masalah pengguna simkad lama BeONE Prepaid yang menggunakan sim Redone Prepaid terdahulu masih lagi tidak dapat melanggan RedFAST sehingga ke hari ini. Menurut informasi yang saya dapat dari group BeONE Prepaid, isu ini tidak akan selesai sehingga pihak celcom buat COBP.

BeONE Memperkenalkan Pelan RedFAST : https://topupniaga.com/beone-memperkenalkan-pelan-redfast.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Leave a Comment