KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Unifi Memberikan Speed Upgrade Percuma

Unifi Memberikan Speed Upgrade Percuma

Pada 15 November 2021 yang lepas, saya menerima SMS daripada Unifi dimana mereka memberikan Speed Upgrade secara PERCUMA selama 30 hari. Rasa gembira pun ada, tapi apabila saya baca satu-persatu, rasanya mereka hanya memberikan speed upgrade ini selama 30 hari sahaja. Tidak dinyatakan mengapa tetapi saya berpendapat mereka ingin memberikan pengalaman penggunaan pelan yang lebih tinggi daripada langganan sedia ada pengguna.

speed unifi upgrade

Sebagai contoh, saya melanggan pelan 100 Mbps Home Fibre, dan apabila saya membuat Speedtest menggunakan Speedtest TM, Speedtest.net dan juga Fast.com, saya lihat speed saya telah meningkat kepada 300 Mbps. Saya ada sertakan video speedtest saya seperti dibawah.

Sebelum ini, Unifi ada membuat proses pemindahan IP bagi pengguna pelan Unifi 30 Mbps, 50 Mbps dan 100 Mbps daripada Public IP kepada Private IP. Menurut Unifi, disebabkan oleh peningkatan ketara penggunaan internet, seluruh dunia berdepan dengan masalah kekurangan IPv4. Dengan transisi pengguna dibawah pelan 300 Mbps kepada Private IP untuk memastikan sambungan internet yang lebih lancar dan keselamatan yang lebih terjamin.

Adakah anda juga menerima Unifi speed upgrade percuma selama 30 hari ini ? Adakah anda rasa berbaloi untuk anda upgrade pada masa akan datang kepada pelan lebih tinggi dari 100 Mbps? Adakah anda rasa terjejas dengan perubahan kepada Private IP seperti yang dinyatakan diatas ? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.

Daftar Unifi dengan pantas dan mudah ! Klik disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Leave a Comment