KehidupanTelekomunikasi

Masalah Apabila Diblacklist Oleh Telco

masalah apabila diblacklist telco

Anda mempunyai masalah apabila diblacklist oleh telco ?

Disebabkan laman web saya iaitu Topup Niaga Network boleh dikatakan hampir top rank berkaitan ‘blacklist telco’, setiap hari beratus carian berkaitan blacklist telco akan sampai ke laman web saya. Disebabkan laman web TopupNiaga.com sudah berada agak top rank untuk kata kunci carian tersebut, saya ingin cuba nasib di AmirAzman.my pula. Haha.

Sebelum ini, sekiranya diblacklist oleh syarikat telco, ramai yang tidak ambil endah, kerana pemilik yang diblacklist oleh syarikat telco hanya tidak dapat mendaftar pelan pascabayar (postpaid) sahaja. Tetapi sejak tahun ini, saya lihat masalah blacklist telco ini semakin dipandang serius. Kenapa saya kata serius ?

masalah blacklist telco

Ada yang pernah PM saya berkaitan blacklist P1 atau Webe yang menyukarkannya untuk membuat pinjaman bank. Mula-mula saya sendiri terkejut. Mungkin sudah ada kredit atau point untuk CTOS. Atau mungkin kerana telco ini berada dibawah TM. Saya kurang pasti.

Ada juga yang pernah PM saya berkaitan permohonan kerjanya yang ditolak disebabkan oleh blacklist telco. Ini yang paling sadis saya dapat dengar. Saya kurang pasti sama ada pekerjaan yang dimohon adakah sektor awam ataupun sektor telekomunikasi.

Apa-apapun, saya akan kemaskini post ini semula setelah saya dapat informasi yang lebih terperinci dan sahih berkenaan masalah apabila diblacklist oleh telco kepada pengguna, InshaAllah dalam masa terdekat.

Anda ada pengalaman diblacklist oleh syarikat telco ? Apakah masalah yang anda hadapi ? Boleh kongsikan dengan saya diruangan komen.

Anda inginkan pelan internet dan panggilan tanpa had yang berbaloi ? Blacklist juga boleh dapatkannya ! Dapatkannya disini : https://topupniaga.com/pelan-panggilan-tanpa-had-termurah.

Jom baca posting saya berkaitan ‘Freelance Sepenuh Masa’ disini : https://amirazman.my/freelancer-sepenuh-masa.

%d bloggers like this: