Kehidupan

Pemahaman Prosedur Bagi Kes Jenayah

Pemahaman Prosedur Bagi Kes Jenayah

Sebenarnya, tidak ramai yang tahu atau faham berkenaan prosedur bagi kes jenayah tidak kiralah jenayah apa sekalipun seperti kes kecurian, pembunuhan, dadah, perjudian dan sebagainya. Dan di Malaysia ini, memang banyak kes melibatkan dadah seperti yang pernah berlaku pada beberapa nama besar seperti artis dan juga keluarga ahli politik.

Ramai yang pelik, mengapa OKT (orang kena tuduh) dilepaskan sedangkan kes masih berjalan. Diantara salah satu sebabnya adalah disebabkan keputusan air kencing daripada makmal yang agak lambat keluar dan OKT tidak dapat direman sementara menunggu keputusan memandangkan keputusan air kencing ini ada yang mengambil masa berbulan-bulan.

Oleh itu, ada yang akan terima jaminan polis, atau jaminan dengan nilai dan jumlah penjamin yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah. Mereka tetap perlu datang semula ke mahkamah pada tarikh yang diminta untuk hadir untuk sebutan kes tersebut.

Di depan mata saya semalam, ada 1 kes seorang warga tua umur sekitar 70-an yang dituduh melanggar mati seorang remaja lelaki dan yang mengejutkan OKT terus mengaku bersalah. Ini memang mengejutkan keluarga OKT dan juga pihak mahkamah, dan pihak mahkamah meminta untuk penangguhan sebentar untuk membenarkan OKT berbincang dengan pihak berkaitan dan keluarga mengenai pendakwaan tersebut.

Kemudian, setelah dipanggil untuk kali kedua, barulah OKT meminta kepada pihak mahkamah untuk kes ini dibicarakan. Barulah nampak ‘make sense’ kerana kesalahan yang dituduh juga bukanlah biasa-biasa dengan tempoh penjara minimum 2-10 tahun atau denda dengan jumlah yang sangat tinggi.

@lawyersresponse KENA tangkap atas sebab MENCURI? Apakah PROSES PROSES perbicarannya? #fyp #perbicaraan #jenayah #mahkamah #proses #caracara #abglawyer ♬ original sound – Abang Lawyer Hafiz Baharuddin

Daripada perkataan-perkataan yang dituturkan dalam loghat yang digunakan, dapat disimpulkan kemungkinan besar OKT memang tidak tahu apa-apa prosedur dan pada pendapat peribadi saya memang perlu untuk tahu sekurang-kurangnya sedikit sebelum kita dihadapkan di mahkamah seperti apa proses yang perlu OKT jalani, apa yang perlu OKT lakukan dan sebagainya.

Pihak mahkamah juga menyarankan OKT untuk mendapatkan khidmat guaman kerana ianya akan lebih memudahkan proses walaupun sebenarnya tidak wajib untuk mendapatkannya, memandangkan peguam lebih arif dan dapat menjadi panduan kepada OKT untuk tahu apa yang perlu dilalui dan dilakukan kelak.

Oleh itu, pendapat peribadi saya, sekiranya anda atau keluarga anda perlu hadir ke mahkamah diatas apa-apa kes, perlulah kita untuk memahami prosedur bagi kes jenayah ataupun bagi apa sahaja kes sekalipun supaya kita tahu apa pilihan dan proses yang perlu kita lalui kelak.

@yarafaee Replying to @Nagisa kes culik di Bau Sarawak, sambung episode last week! #lawknowledge #criminal #lawyer #Sarawak ♬ original sound – Tun Laila

Sekarang juga terdapat banyak influencer peguam yang memberi pendedahan secara umum di Tiktok, mungkin boleh juga dapatkan informasi dengan lebih terperinci daripada mereka seperti Tun Laila, Abang Lawyer Hafiz Baharuddin dan sebagainya.

Saya harap celoteh puasa saya harini dapat memberi manfaat sekurang-kurangnya kepada mereka yang cuba untuk mendapatkan informasi mengenai prosedur bagi kes jenayah, atau anda boleh layari portal rasmi kehakiman Malaysia disini : https://www.kehakiman.gov.my/ms/prosedur-bagi-kes-jenayah.

Leave a Comment