TeknologiTelekomunikasi

Apa Itu Rangkaian 5G & Kelebihannya

Apa Itu Rangkaian 5G & Kelebihannya

Apa itu rangkaian 5G & kelebihannya ?

Rangkaian 5G merupakan rangkaian generasi kelima dan yang terkini yang semakin meluas di Malaysia. Terdapat pelbagai kelebihan rangkaian 5G ini diantaranya :

  1. Boleh mendapatkan latensi atau ping yang lebih rendah berbanding rangkaian 4G. Ini memberikan pengalaman yang baik untuk penggunaan yang memerlukan respon pantas seperti gaming dan juga apa-apa aplikasi real time.
  2. Kelajuan yang ditawarkan pada rangkaian 5G adalah sehingga 100 kali ganda lebih pantas berbanding rangkaian 4G. Dengan kelajuan sebegini, anda boleh memuat turun filem dan games bersaiz besar dalam hanya beberapa saat sahaja.
  3. Boleh digunakan pada lebih banyak peranti atau device tanpa mengurangkan kualiti dan kelajuan penggunaan.
  4. Harga pelan yang menawarkan rangkaian 5G agak murah jika dibandingkan dengan pelan fibre.

cara menggunakan rangkaian 5g

Bagaimanakah cara untuk saya menggunakan rangkaian 5G ?

Terdapat beberapa syarat untuk anda dapat menggunakan rangkaian 5G di Malaysia, dan mestilah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut :

  1. Pelan data internet yang dilanggan perlulah menyokong akses rangkaian 5G.
  2. Telefon pintar atau peranti yang digunakan perlukah menyokong rangkaian 5G.
  3. Rangkaian 5G perlulah tersedia dan mempunyai liputan pada kawasan penggunaan.
  4. Sim yang digunakan perlulah menyokong sekurang-kurangnya 4G LTE.

Kerajaan juga telah menegaskan bahawa syarikat telekomunikasi tidak boleh menawarkan 5G sebagai bayaran sekitar bulan lepas, dan pelbagai telco juga kelihatan akur dan menawarkannya secara percuma, akan tetapi terhad kepada pelan-pelan yang terpilih sahaja.

Telco yang menawarkan bayaran untuk 5G Pass juga dilihat sudah menawarkannya secara percuma.

pelan 5g malaysia berbaloi

Jika ditanya kepada saya pelan 5G manakah yang saya berani cadangkan kepada anda sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan diatas, saya akan cadangkan seperti berikut :

Atau anda boleh sahaja lihat mana-mana telco yang terbaik untuk rangkaian 4G dan juga 5G di kawasan penggunaan anda. Rangkaian 5G pada setiap telco menggunakan network daripada Digital Nasional Berhad (DNB), jadi sekiranya kawasan tersebut mempunyai rangkaian 5G, secara logiknya boleh diakses oleh setiap telco yang menawarkan rangkaian tersebut.

Saya juga pernah kongsikan, tidak semua telefon pintar import set menyokong rangkaian 5G, anda boleh baca disini : https://amirazman.my/kelebihan-dan-kekurangan-telefon-set-import.

Diharap perkongsian ringkas saya mengenai apa itu rangkaian 5G serta kelebihan menggunakan 5G ini dapat memberi manfaat dan dapat diaplikasikan penggunaan 5G dalam kehidupan seharian.

Anda mempunyai pengalaman menggunakan rangkaian 5G ? Apa pula pendapat anda setelah menggunakannya ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Dapatkan Modified 5G MiFi WiFi6 Unlocked Sim disini : https://shope.ee/6AMcZxQqPZ.

Daftar aplikasi Topup Niaga disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Leave a Comment