Posted in

Masalah Transaksi DuitNow Bank Islam

instant transfer duitnow

Dalam beberapa hari lepas, saya ada terbaca di group Programming berkenaan masalah transaksi DuitNow Bank Islam yang berlaku dan rasa sepertinya jarang jugalah isu ‘perbankan online’ sebegini berlaku. Agak common bila berlaku di ATM/CDM sebagai contoh resit tak keluar, duit tak keluar atau sebagainya, tetapi isu transaksi yang ‘pending’ terlalu lama ini dan agak kurang berminat dengan sistem Bank Islam yang terkini ‘memaksa’ pengguna menggunakan ‘DuitNow’.

instant transfer duitnow

Pada awalnya, saya kurang gemar dengan interface redirect DuitNow sahaja kerana bagi saya, ianya membazirkan masa walaupun hanya beberapa saat ‘redirect’ page. Tetapi rupa-rupanya isu transaksi pending ini lagi membuatkan saya sangat tidak berpuas hati dengan sistem yang digunakan. Jika terdapat ramai pengguna yang mengalami isu yang sama, rasanya isu ni patut diselesaikan dengan segera berbanding tempoh masa selama 14 hari (seperti yang diberitahu oleh servis pengguna Bank Islam).

masalah duitnow bankislam

Saya bagi contoh mudah.

Saya ingin buat Instant Transfer ke bank lain. Instant transfer maksudnya transaksi tersebut sepatutnya instant (segera). Tetapi ‘dijamu’ pula dengan masalah transaction yang pending ini dimana telah berlaku lebih kurang seminggu dan dikatakan akan selesai dalam tempoh masa 14 hari.

Daripada nak buat transaksi pantas, dah nak kena tunggu 14 hari. Lebih lambat daripada Interbank Giro (IBG). IBG pun lagi laju ambil masa 1-3 hari bekerja. Daripada well versed Instant Transfer dah jadi Slowmo Transfer.

Bayangkan bayaran tersebut adalah untuk promosi dan sebagainya. Lepas 14 hari entah ada ke tidak promosi tu lagi. Tapi duit ‘terpaksa’ masuk selepas 14 hari.

programming laman web

Ronda-ronda di facebook Bank Islam, terjumpa agak ramai juga yang jadi isu transaksi pending ini.

facebook bank islam duitnowtransfer bank islam pendingduit now bank islammasalah duitnow bank islam
 

Jika ditanya kepada saya, saya kurang pasti adakah sistem Bank Islam atau DuitNow ini sudah selamat dan ‘reliable’ untuk digunakan sepenuhnya atau tidak buat masa ini memandangkan transaksi pada 28 Ogos yang lalu masih lagi pending sehingga kini.

transaksi bank islam masalahSaya akan kemaskini post masalah DuitNow dari Bank Islam ini apabila masalah ini sudah selesai nanti.

Kemaskini 10 September 2020 :

Transaksi ini agak menyukarkan kerana melibatkan dua pihak bank dengan sistem DuitNow. Setelah buat panggilan pada pagi ini mengenai masalah ini pada Bank Islam, Bank Islam menyarankan untuk penerima membuat panggilan kepada Maybank untuk membuat semakan, dan ya jumlah tersebut telah sampai kepada penerima.

*** CIMB Bank juga boleh tahan juga minggu ini hampir hari-hari pada waktu puncak (peak time) pun dilakukan maintenance.

Cara Guna Touch N GO Ewallet di Shopee : https://amirazman.my/cara-guna-ewallet-di-shopee.

Cara Membuat Semakan Blacklist Telco : https://topupniaga.com/cara-membuat-semakan-blacklist-telco.

Suka berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan telekomunikasi di Malaysia. Menjalankan perniagaan online dan membina sistem & aplikasi untuk kemudahan pengguna.

36 thoughts on “Masalah Transaksi DuitNow Bank Islam

      1. Online trandfer tp pending..
        Adakah duit tu di kembali kan atau
        Di trandfer jugak…masalah nye dlm akaun di potong.

  1. Boleh nak tanyye IBG giro Bankislam Trnsfer ke public bank . auto IBG kenapa eh ? ada cara nak cncel ke ? ataupun perlu tggu je ke ? 1-3 hari

  2. Tak, tiada isu. Cuma terfikir boleh ke kalau nak cancel. Btw, 14 hari tu hanya hari bekerja sahaja atau kira weekend dan public holiday juga?

    1. Rasanya tak boleh nak cancel kecuali scheduled transaction.

      Mungkin boleh dapat selesai lebih awal dari 14 hari sebab ada certain kes ambil masa 2-3 hari sahaja.

  3. akan masuk jg ka duit pending tu ke penerima? dalam berapa hari? call centre. balik2 panggilan tamat. call branch semenanjung. x angkt.

  4. Baru terjadi kat saya hari ni. Tak pernah2 pending, hari pula buat hal. Thank you so much for your sharing. Very useful!

  5. Kalau transfer pending tapi duit dari akaun tak tolak lagi kiranya penerima takkan terima ke duit yang ditransfer tu ?

  6. Harini saya duitnow tapi status masih pending duit da potong dr acc tp penerima xdpt lagi payment cmne ni anyone bole tolong?????

  7. Kna kat saya juga semalam. Huhu.. Tak pernah tjadi.. Yg geram tu pndai plak amout besar dia nak pending.. Amaun ratus2 tak pending..

  8. boleh ke saya buat transaction lain semasa transaction sebelum nya Ada yg Masih pending?atau nnti Akan jdi double?

  9. Assalamualaikum..baru je terjadi pada saya smlm (7.5.2021). Transfer ke akaun maybak kawan..UNSUCCESSFUL bukan PENDING dia nyatakan. So saya plak tak perasan amaun dia tolak sbb masa tu duit lam akaun lam jumlah besar, hari ni chek smula akaun rupanya duit dalam akaun saya ditolak. Tanya kawab dia kata duit tak de masuk. Call bank islam asyik kena tamatkan talian je.Lastly dapat berckp dgn customer servicenya. Yes. Transaksi tak berjaya tapi duit dala akaun ditolak.Terus cuak nak guna DuitNOw dengan bank islam ni.

  10. Terjadi pada saya semalam status pending transfer ke cimb bank. X boleh cancel kena wait 5hari sekurang2nya. Stressssss sebab duit tu utk bayar peti ais…selagi payment x masuk.. seller x boleh hantar…5hari la brg2 basah duk dlm tong polistrin dah musim pkp xboleh nak p beli brg basah tiap2 hari.

  11. salam
    saya mahu bt pertanyaan skit
    pagi tadi adik sya gunakan duit now utk tranfer wang pda kawan nya.
    status nya pending menyebabkan salah faham.
    jadi adik saya bt lgi skali transaksi dn berjaya.
    soalan nya bgai mana adik sya boleh dapat kembali wang nya yg pending itu

  12. Pending ini memang berlaku lama ke? Sebab saya mengirim duit untuk penjalanan sepupu saya ke sandakan bagi mengambil vaksinasi di sini.

  13. Nampaknya masalah still sama. Mak mertua ada jual kek kat kawan dia. Kawan dia dah transfer amaun tu dari 28 may 2022. Tapi sampai sekarang xterima2 amaun tersebut walhal amaun tersebut dah di deduct daripada account pembeli..

  14. Nak tanya kalau status tu pending, duit memang akan masuk jugak ke??Tiba2 pulak hari ni jadi macam tu😌😌..Dahla tengah nak buat urgent payment😖

  15. korangg harini terjadi juga status pendinggg, kenapa eh?tk penah2 jadi gini, ni nk buat transfer ke cimb jadi pending

    1. hubungi pihak bank islam untuk tanya berkenaan status.

      Biasanya ambil masa la juga beberapa hari baru masuk paling-paling lewat. Semoga dipermudahkan urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *