Posted in

iPhone 18 Pro & Duo Sahaja Dilancarkan September 2026 ?

iPhone 18 Pro & Duo Sahaja Dilancarkan September 2026

iPhone 18 Pro & Duo Sahaja Dilancarkan September 2026

iPhone 18 Pro & Duo Sahaja Dilancarkan September 2026 ?

Pada sekitar 5 hari lepas, hanya iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone Duo sahaja yang dilancarkan pada Apple Event yang kebiasannya akan memaparkan juga maklumat mengenai iPhone base model. Ini boleh dikatakan agak berbeza dengan apa yang Apple sering lakukan tahun demi tahun.

Ada yang berteori mengatakan disebabkan oleh masalah storage dan RAM yang serius disebabkan oleh permintaan hardware tersebut oleh server-server yang menawarkan servis AI diseluruh dunia. Isu ini ada kebenarannya, harga RAM, storage dan graphic card boleh dikatakan melonjak agak tinggi malah ada yang mencecah 4-6 kali ganda daripada harga asal. Dedicated Server Hosting juga mengalami perkara yang sama, harga server rental naik berkali ganda lebih-lebih lagi bagi spesifikasi server yang masih baru.

CEO Apple juga , John Ternus baru sahaja meneraju Apple bermula 1 September, menggantikan Tim Cook yang menjawat jawatan itu sejak dari 2011 lagi.

Namun, daripada pandangan saya sendiri, langkah ini diambil untuk mendapatkan coverage yang fokus kepada telefon premium yang mereka tawarkan, iaitu iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan juga foldable iPhone pertama Apple, iPhone Duo.

iphone 18 Pro and iPhone Duo

Bagi mereka yang minat menggunakan produk iPhone, selalunya memang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan telefon baru mereka secepat yang mungkin, malah seperti yang kita sering dengar sebelum ini ada yang beratur seawal-awal pagi untuk mendapatkannya, walaupun sekarang sudah lebih mudah dengan adanya pre-order dan sebagainya.

Dan inilah masanya untuk Apple menarik pengguna tegar base model mereka yang Fear of Missing Out (FOMO) untuk secara tidak langsung, upgrade kepada versi Pro, tanpa sedar. Haha.

Bagi yang sudah mencuba Pro model pula, dah seronok menggunakan feature pada Pro, pasti sukar untuk kembali kepada base model, bukan ?

Adakah anda merupakan pengguna tegar iPhone ? Dan adakah anda juga diantara yang ‘terpaksa’ upgrade kepada Pro model pada tahun ini kerana ura-ura mengatakan iPhone 18 base model hanya akan dilancarkan sekitar awal tahun 2027 ? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.

Jom tengok penawaran iPhone 18 daripada telco YES daripada post Facebook saya dibawah. Saya boleh katakan ini adalah antara yang paling berbaloi sekali ditawarkan, dengan penawaran pelan data internet yang boleh dikatakan termurah berbanding penawaran daripada telco lain.

Saya sendiri sebelum ini menggunakan pelan Infinite + daripada YES dengan penawaran zero upfront payment untuk telefon pintar iPhone 15 Pro, dan kawasan berdekatan saya memang mempunyai coverage YES yang baik, jadi memang saya sangat berpuas hati. Namun, ini hanyalah pengalaman penggunaan saya sahaja.

Daftar YES Infinite Bundle disini dan gunakan referral code :0177860670 untuk mendapatkan rewards sehingga RM50. KLIK DISINI .

Jom baca ‘Perlukah Upgrade Phone Setiap Tahun ?’ disini : https://amirazman.my/perlukah-upgrade-phone-setiap-tahun.

Suka berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan telekomunikasi di Malaysia. Menjalankan perniagaan online dan membina sistem & aplikasi untuk kemudahan pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *