Posted in

Limited Free Gifts While Stock Last In E-commerce ?

limited free gifts while stock last

limited free gifts while stock last

Limited Free Gifts While Stock Last In E-commerce

Selalu atau tidak anda nampak seller khususnya di Shopee, Tiktok atau Lazada menggunakan terma ini ?

Lebih-lebih lagi apabila produk baru dilancarkan, namun promosi limited free gifts ini tidak diturunkan walaupun stok free gifts sudah tidak lagi available.

Maka, buyer yang membeli pun hanya mendapat produk, tanpa free gifts seperti yang tertera pada iklan yang disediakan, sedangkan mereka berharap free gifts yang dipaparkan masih available.

Ini free gifts ya. Bukan random cabutan bertuah atau sebagainya yang sinonim dengan itu.

Dan saya lihat ini dilakukan oleh seller yang bertaraf Mall atau Preferred Seller, bukanlah seller-seller biasa yang mungkin saya faham mereka terlupa kemaskini atau sebagainya kerana tiada SOP atau sebagainya untuk pengurusan di platform Shopee.

Saya faham kalau produk baru launch dan memang stok sangat terhad, jadi sepatutnya diberitahu untuk berapa stok terawal dan sebagainya, atau mungkin ada updated free gifts list. Rasanya platform Shopee ada sahaja buat feature product list as free gifts.

Akan tetapi kalaulah produk itu sudah hampir setahun launch, dan memang sudah tiada lagi promosi free gifts ditawarkan, bukankah lebih baik untuk kemaskini maklumat iklan tersebut dan buang sahaja promosi free gifts isu untuk mengelakkan salah faham.

Ada juga saya chat sesetengah Preferred Seller Shopee dan bertanya adakah free gifts ini available atau tidak, tetapi jawapannya sudah pasti mengecewakan.

adakah free gifts available

Maksudnya, mereka sendiri tak dapat berikan jawapan adakah free gifts yang dipromosikan masih available atau tidak. Dan kesannya ?

review free gifts promoreview free gifts promoreview barang percuma terhad

Kita bukanlah nak mengatakan seller melakukan penipuan, akan tetapi sepatutnya salah faham mengenai ‘barangan percuma terhad’ ini sepatutnya mungkin dipaparkan secara telus untuk mengelakkan mengelirukan pembeli yang mana akhirnya akan menyebabkan berlakulah rating rendah kedai, pengalaman tidak memuaskan dengan pembeli dan sebagainya.

Pendapat saya, ada sahaja feature yang sesuai untuk digunakan sebagai free gits untuk pengiraan stok di e-commerce, atau mungkin pihak e-commerce boleh perhalusi untuk menjadikannya sesuai.

Dan sekurang-kurangnya, mungkin pihak yang menguruskan chat seller seharusnya tahu mengenai availability product termasuklah free gifts untuk mengelakkan masalah dikemudian hari.

Lebih-lebih lagi apabila seller bukanlah seller biasa, akan tetapi bertaraf Shopee Mall atau Preferred Seller.

Membuatkan saya tertanya-tanya, adakah ada undang-undang khas untuk mengatasi masalah promosi yang mengelirukan ini ?

Dan sampai bilakah kita akan ada buyer yang kecewa dengan penggunaan terma ‘limited free gifts while stock last’ ini ?

Lebih baik beli tisu ni, 1280 sheet bawah RM30 tanpa kekeliruan : https://s.shopee.com.my/30oufiVvlL

Jom baca mengenai ‘Scam Iklan Facebook COD Website’ disini : https://amirazman.my/scam-iklan-facebook-cod-website.

Suka berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan telekomunikasi di Malaysia. Menjalankan perniagaan online dan membina sistem & aplikasi untuk kemudahan pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *