Posted in

Kelebihan Aplikasi MY Finance Tracker

Kelebihan Aplikasi MY Finance Tracker

Kelebihan Aplikasi MY Finance Tracker

Kelebihan Aplikasi MY Finance Tracker

Pada minggu lepas, saya baru sahaja melancarkan 1 aplikasi di Google Playstore yang diberi nama ‘My Finance Tracker’ dimana sebenarnya aplikasi ini saya buat khas untuk diri saya sendiri sebenarnya memandangkan sebelum ini saya menggunakan Google Task untuk tujuan tersebut.

Kebiasaannya saya gunakan Google Task lebih kepada untuk payment reminder dimana saya akan setkan tarikh dan amaun serta repeat monthly atau yearly, akan tetapi memandangkan pelbagai produk lebih-lebih lagi produk digital kini kosnya meningkat, terfikir pula saya untuk buat aplikasi yang hampir sama kepada Google Task yang mampu mengingatkan waktu pembayaran, tetapi dalam masa yang sama boleh merekodkan income dan expense dengan baik dan tersusun.

Maka terciptalah aplikasi MY Finance Tracker ini dimana aplikasi ini khas sebagai peringatan untuk income dan expense serta dapat memaparkan data tersebut sama ada bulanan, dan juga tahunan. Malah, pengguna juga boleh meletakkan gambar resit dan sebagainya untuk maklumat berkaitan income atau expense tersebut untuk memudahkan anda membuat semakan dikemudian hari.

Aplikasi MY Finance Tracker Keselamatan aplikasi MY Finance Tracker Rekod Kewangan Peribadi Apps Rekod Kewangan Apps Pelepasan Cukai Apps Income Expense Kelebihan Aplikasi MY Finance Tracker Aplikasi Finance Malaysia
Malah, terdapat fungsi Pro dimana iklan tidak akan dipaparkan dan data anda dapat diexport dan dipaparkan sepenuhnya termasuklah gambar resit secara keseluruhan, dan pada pendapat saya ini sangat membantu lebih-lebih lagi bagi pengguna yang ingin membuat semakan semula income dan expense berkaitan seperti untuk tujuan mendapatkan tax relief atau pelepasan cukai.

Bagi mereka yang sangat mementingkan sekuriti data dan juga privasi, jangan risau kerana buat masa ini, data yang anda isi pada aplikasi MY Finance Tracker tidak disimpan di mana-mana server, akan tetapi disimpan pada telefon anda sendiri sahaja. Cuma masih dalam perancangan saya untuk membuat fungsi auto backup ke Google Drive anda sendiri seperti yang ada pada Whatsapp, bermaksud backup tersebut disimpan pada akaun Google anda sendiri dan tidak terdedah kepada orang lain.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan aplikasi ini, anda boleh muat turun aplikasi tersebut disini : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myfinancetracker.app atau layari laman rasmi aplikasi ini disini : https://app.amirazman.my/my-finance-tracker.

Sekiranya anda mempunyai isu atau cadangan penambahbaikan, boleh sahaja komen pada ruangan komen dibawah atau hubungi saya melalui email yang tersedia di Google Playstore.

Semoga bermanfaat.

Taktik Apple ‘paksa’ upgrade iPhone 18 Pro ? Baca disini : https://amirazman.my/iphone-18-pro-duo-sahaja-dilancarkan-september-2026.

Jom lihat casing iPhone cantik-cantik disini https://s.shopee.com.my/20waflPE7G dan disini https://s.shopee.com.my/1BNTgFwaTp .

Suka berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan telekomunikasi di Malaysia. Menjalankan perniagaan online dan membina sistem & aplikasi untuk kemudahan pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *