Adakah anda rasa perlu untuk sentiasa upgrade phone pada setiap tahun ?
Mungkin ya bagi mereka yang inginkan spesifikasi tertinggi, terbaik dan ter’class’ untuk menggunakan telefon pintar yang terkini.
Bermula pada tahun lepas, dilihat kebanyakan syarikat telefon pintar telah mula menawarkan OS dan security upgrade sehingga mencecah 5 tahun bagi model flagship, iaitu model yang termahal sekali dalam lineup mereka.
Saya sebenarnya pengguna Xiaomi 13, dan agak tertarik dengan Xiaomi 14 dimana kamera selfie yang digunakan pada kali ini telah menyokong sehingga resolusi 4K 60fps dimana sebelum ini di Xiaomi 13 hanya menyokong resolusi 1080p 30fps sahaja.
Namun, untuk upgrade semata-mata kerana itu, sangatlah membazir memandangkan telefon sedia ada pun tidaklah digunakan sepenuhnya lagi, malah saya bukanlah pengguna selfie kamera sangat pun.
Jom lihat Xiaomi 14 dengan harga lebih murah daripada harga pasaran disini : https://s.shopee.com.my/7pWw8i0gHE.
Tapi begitulah manusia, kita mahukan kelebihan tersebut walaupun kita tidak menggunakannya. Haha.
Kenapa tidak menggunakan iPhone ?
Sudah semestinya kerana operating sistemnya yang tidak sesuai dengan saya, saya lebih banyak menggunakan aplikasi di Windows, banyak menggunakan program di Windows berbanding dengan Mac OS.
Ramai yang mengatakan apabila menggunakan iPhone, sukar untuk beralih pada android. Mungkin tidak berlaku pada saya memandangkan saya cuma sempat sentuh iPhone 5C sahaja pada waktunya dahulu dan tidak berminat untuk menggunakannya lagi. Haha.
Terdapat beberapa syarikat telefon pintar juga menawarkan telefon pintar model baru dengan menerima model lama sebagai ‘trade in’ dan harga pembelian dapat lebih rendah daripada biasa. Malah ada juga yang memberikan kupon atau voucher code kepada pelanggan mereka yang setia, oleh itu jangan menganggap remeh apabila apa-apa brand mahukan anda subscribe pada newsletter mereka.
Sebelum ini ada juga saya kongsikan kelebihan dan kekurangan set import telefon pintar, boleh baca disini : https://amirazman.my/kelebihan-dan-kekurangan-telefon-set-import.
Bagaimana pula dengan anda ? Adakah anda orang yang akan upgrade phone pada setiap tahun keluarnya model terbaru ? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.
Jom muat turun aplikasi Topup Niaga untuk pelbagai produk telekomunikasi, topup games dan sebagainya disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.