BisnesKehidupan

Kepentingan Keunikan Sesuatu Produk

Kepentingan Keunikan Sesuatu Produk

Ingin saya kongsikan sedikit sesuatu mengenai kepentingan keunikan sesuatu produk ini berdasarkan pengalaman saya baru-baru ini.

Saya bukanlah penggemar burger, disebabkan daripada zaman kanak-kanak lagi tak berminat dengan roti burger yang biasanya rasa kasar dan keras.

Walaupun burger Mcd yang orang katakan sedap pun sama tak lalu dekat tekak saya. Memang kebanyakannya sebab roti sahaja yang tak berapa sedap. Ataupun dagingnya yang macam rasa tak masak.

Sehinggalah saya jumpa burger kukus, barulah persepsi saya mengenai burger sedikit berubah.

“Oh, bukan aku tak suka burger, aku tak suka roti burger yang rasa kasar dan keras tu.”

Jadi setiap kali saya berkeinginan untuk makan burger, saya akan pasti singgah di kedai itu.

Akan tetapi, dalam beberapa bulan lepas, walaupun mereka masih lagi kekal menjual burger kukus, saya perasan rasanya dah berbeza.

Rotinya sudah tidak selembut dahulu. Saya fikirkan pada waktu itu mungkinlah proses kukus tak sempurna seperti sepatutnya.

Tapi apabila saya pergi sekali lagi pada beberapa minggu lepas, masih lagi sama. Rotinya tidak selembut dahulu.

Terus ‘turn off’, tak rasa berminat dah untuk membeli burger di kedainya, kerana uniknya burger kukus itu sepertinya sudah tiada.

Jika saya berkesempatan untuk pergi lagi, dan masih terjadi lagi mungkin akan saya bertanyakan semula mengapa rasa roti kukusnya tersebut sudah tidak seperti dahulu.

Terdapat banyak kemungkinan. Mungkin proses kukus dah berubah, atau mungkin roti yang digunakan sudah berbeza berbanding roti yang digunakan sebelum ini.

Pada zaman dimana terdapat lambakan produk yang hampir sama, kepentingan keunikan sesuatu produk itulah yang akan menjadi penentu atau ‘deal breaker’ sama ada jualan dapat dilakukan ataupun tidak.

Semoga bermanfaat.

Pernah alami Whatsapp Bermasalah Disebabkan Oleh Spam ? Baca disini : https://amirazman.my/whatsapp-bermasalah-disebabkan-spam.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment