Sekitar akhir tahun lepas, setelah sekian lama saya gunakan Whatsapp yang biasa (personal),akhirnya bermula masalah yang berlaku disebabkan spam. Masalah ini berlaku pada nombor yang sama yang berlaku pada Whatsapp Business saya sekitar tahun 2019 dahulu, boleh baca disini : Whatsapp Business Diban.
Disebabkan tidak dapat lagi guna Whatsapp Business, jadi saya guna Whatsapp biasa sahaja untuk nombor ini sehinggalah berlakunya isu disebabkan spam ini.
Tidak dinafikan, memang ada saya follow up prospek daripada mereka yang bertanya mengenai servis yang saya sediakan mengenai sistem topup dan web hosting, dan itulah mungkin titik tolak mengapa whatsapp saya ini kembali bermasalah setelah 4 tahun tiada apa-apa isu.
Pada waktu kejadian, Whatsapp desktop saya tiba-tiba terlogout dan apabila saya lihat di telefon pintar juga sama dan apabila kita cuba untuk login, dipaparkan ‘This account is not allowed to use Whatsapp due to spam. Chats are still on this device‘.
Akan ada paparan untuk anda appeal, jadi saya isi sahajalah alasan saya dan setelah sekitar 6-8 jam, saya sudah boleh login semula pada akaun saya.
Namun, saya degil lagi follow up guna ayat yang saya selalu copy, 3 kali sahaja terus automatik logout dan perlu appeal lagi. Perlu lagi tunggu sekitar 6-8jam sehinggalah appeal berjaya.
Jadi terdetiklah saya mungkin ada link atau ayat yang trigger, jadi saya hanya follow up jika perlu sahaja dan alhamdulillah akaun saya boleh diakses dan aktif sehingga sekarang tanpa sebarang masalah.
Sebagai info tambahan, semasa isu ini terjadi, saya ada cuba juga appeal melalui contact us di website Whatsapp, tetapi saya cuma dapat autorespond sahaja. Akan tetapi sekiranya perlu, anda boleh cuba disini : https://www.whatsapp.com/contact, pilih mana produk berkaitan dan klik contact us serta isi form yang diberikan.
Ada sahaja pengguna yang diban, dan saya guide mereka contact melalui link diatas dan mereka dapat login semula. Alhamdulillah.
Saya lihat baru-baru ini agak banyak akaun yang terkena masalah Whatsapp bermasalah due to spam ini sejak akhir tahun lepas sehinggalah awal tahun ini.
Sekiranya anda juga mempunyai masalah yang sama, semoga anda juga dipermudahkan urusan dan berjaya mengakses semula akaun anda tanpa sebarang masalah. Cuma setelah dapat akses, bolehlah elakkan daripada gunakan script yang sama atau follow up ramai-ramai dalam satu masa yang sama.
Dan elakkan menggunakan aplikasi Whatsapp yang telah dimodifikasi. Gunakan sahaja yang ada di official playstore.
Diharap post mengenai masalah Whatsapp Messenger disebabkan spam ini membantu anda.
Semoga bermanfaat !
Berminat dengan 5G MiFi WIFI6 Router Portable WiFi Unlocked SIM ? Lihat disini : https://shope.ee/30P8aQlbof.
Daftar aplikasi penjimatan produk telekomunikasi & topup games disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.
please unbanned mywathsapp
Try to email Whatsapp.
email Whatsapp ya.