
Adakah HGG Hendrix Genetics Scam ?
Ini antara yang selalu ditanyakan kepada saya, memandangkan sebelum ini saya pernah buat beberapa video di Youtube mengenai scam yang terdahulu sejak daripada iShareFans lagi.
Daripada template website, semakan website yang digunakan, saya boleh concludekan kemungkinan besar mereka ini scam, walaupun masih belum lagi, tapi akan terjadi juga.
Mungkin mereka mengatakan mereka ada SSM dan sebagainya, tetapi sekarang sangat mudah boleh sahaja semak SSM info di https://www.ssm-einfo.my.
Memang mereka mungkin masih lagi bayar komisyen dan sebagainya, tapi program skim sebegini bukan berdaftar dengan sah dibawah BNM. Anda boleh sahaja confirmkan dengan pihak BNM jika tidak pasti.
Maksudnya bila-bila masa mereka boleh lari dan tutup sahaja website tersebut.
Kemudian, barulah pengguna terasa tertipu. Lepas tu join skim lain pula. Report polis pun tak buat. Ah sudah !

Diantara redflag skim ini :
- Apps tiada di Playstore, install menggunakan APK sideload. Maksudnya mereka tidak mahu mendaftar sebagai publisher kerena perlukan dokumen sokongan sebagai syarikat. Mereka hanya menyamar sebagai Hendrix Genetics.
- Web official Hendrix Genetics sendiri memberi amaran terdapat skim scam yang menyamar sebagai mereka. Baca amaran mereka di official web : https://www.hendrix-genetics.com/en.
- SSM yang diberikan fake dan palsu.
- Scammer skim ini target orang Malaysia sahaja, sebab itu country code yang tersedia hanyalah +60 untuk pendaftaran.
- Bayaran dibuat menggunakan akaun yang bukan daripada official Hendrix Genetics, sepertinya daripada keldai akaun. Keldai akaun tidak semestinya personal akaun, boleh jadi akaun trading juga.
- Website template daripada china, website template daripada china ini memang kita perasan digunakan untuk pelbagai program scam.
- Website/apps yang digunakan sentiasa bertukar. Ini kerana mereka ingin mengelak daripada disekat oleh pihak berkuasa.
Anda haruslah tahu apabila anda install apps APK yang bukan daripada Playstore, terdapat kemungkinan apps tersebut telah diletakkan spyware dan malware. Apa yang akan terjadi, mereka akan dapat mengakses contact, media seperti gambar, video, mesej dan sebagainya berdasarkan permission yang anda berikan semasa install apps tersebut. Sebab itulah kebanyakan apps judi, loan dan sebagainya ada gambar pengguna mereka yang diedit diletakkan gambar lucah dan sebagainya, dan dihantar kepada contact yang tersedia pada phone mangsa.
Selain itu, elakkan juga berurusan dengan akaun keldai kerana berdasarkan kes-kes sebelum ini, terdapat akaun yang dibekukan disebabkan terdapat transaksi dengan akaun keldai. Sangat sukar untuk selesaikan isu ini sekiranya akaun bank anda terpalit sama.
Dibawah saya senaraikan video-video yang saya dah pernah publish di Youtube berkenaan skim Hendrix Genetics ini.
Buat masa ini, memang program ini masih aktif tetapi akan datang berkemungkinan besar akan mati juga seperti skim-skim lain sebelum ini.
Semoga bermanfaat.