Duit OnlineKehidupanTeknologi

Kenapa Saya Tidak Join iShareFans

 

Kenapa Saya Tidak Join iShareFans

Terdapat beberapa sebab utama kenapa saya tidak join iShareFans sebelum ini walaupun aplikasi atau skim ini sangat tersebar luas di internet. Selain iShareFans, terdapat beberapa aplikasi lain juga yang agak ‘famous’ diuar-uarkan di Malaysia dan jangan terkejut jika aplikasi-aplikasi tersebut berkemungkinan dalangnya dari ‘orang’ yang sama.

Isu ini hangat kembali apabila terdapat pengguna iShareFans yang mempunyai masalah untuk withdraw/cashout dan terdapat beberapa report polis juga dibuat oleh mereka yang merasakan diri mereka ditipu, malah ada juga yang bergolok gadai semata-mata untuk menggunakan aplikasi ini.

Apa itu iShareFans ?

iShareFans daripada apa yang saya semak di laman web mereka, merupakan satu platform yang memberikan pengguna pendapatan daripada task-task yang diberikan untuk platform media sosial seperti Facebook, Youtube, Instagram dan juga Facebook seperti ‘like’ post/video, subscribe dan sebagainya. Pengguna boleh berdaftar secara percuma dan juga boleh ‘upgrade’ akaun mereka dengan bayaran tertentu untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada task yang dibuat.

Saya sertakan pelan atau skim yang dinyatakan oleh iShareFans pada laman web mereka dibawah :

pelan skim isharefans

isharefans recharge scheme

isharefans task plan scheme

Daripada pelan dan skim diatas, secara mudahnya pengguna akan menerima keuntungan daripada VIP Level, Recharge dan juga task sehingga 3 level. Malahan ada VIP Level yang mencecah kos setinggi RM18,000. Scheme yang sangat-sangat tidak masuk akal.

Sedangkan targeted user untuk iklan Google atau Facebook pun kosnya tidak setinggi itu, bagaimana mereka membuat pembayaran sehingga lebih kurang RM4 per task ? Daripada random user pulak tu, bukan targeted specific audience.

Saya pula memang minat dengan perniagaan online. Tetapi terdapat beberapa sebab utama kenapa saya tidak berminat untuk join iShareFans diantaranya :

  • WHOIS Record Yang Meragukan.

whois isharefans

Sebelum join apa-apa skim perniagaan online, kebiasaannya saya akan selidik melalui website official mereka untuk kita ketahui rekod pemilik domain website tersebut. Anda boleh lihat diatas, domain ini dibeli pada 20 Ogos 2020 dan tamat tempoh pada 20 Ogos 2021. Website ini baru dibuka pada akhir bulan Ogos, dan saya tak rasa ianya ‘reliable’ dengan tempoh masa yang sangat singkat.

Domain juga didaftarkan untuk 1 tahun sahaja, bermakna pemilik domain boleh biarkan domain tersebut expired begitu sahaja pada tahun hadapan. Maklumat mengenai personal atau syarikat pendaftar domain juga tidak didedahkan. Sangat sukar untuk saya percayai syarikat/personal yang menjalankan skim atau plan yang kelihatan ‘tersorok’, malah nombor pendaftaran SSM dan sebagainya juga tidak saya ketahui.

  • Withdraw/Cashout Bukan Diterima Dari Akaun Syarikat.

Inilah punca utama yang membuatkan saya tak ada hati untuk join iShareFans dari awal lagi, withdraw atau Cashout bukan diterima dari akaun syarikat. Terdapat pelbagai screenshot dari rakan-rakan, hampir kesemuanya menunjukkan duit itu ditransfer melalui akaun personal dan berbeza-beza. Saya bagi contoh yang saya dapat dari Google sahaja seperti dibawah :

withdraw isharefanscashout isharefans

Saya pun tidak pasti mengapa orang mudah percaya dengan pembayaran dari random account sebegini. Terdapat banyak isu yang perlu dirisaukan lebih-lebih lagi dengan pelbagai kes scam yang hangat ketika ini sebagai contohnya Macau Scam, 3rd party scam, judi online dan sebagainya. Mungkin juga hasil duit haram scam tersebut ‘dicuci’ menerusi withdraw/cashout pengguna dan menerima pembayaran baru dari pengguna yang upgrade VIP Level mereka. Apa-apa kemungkinan boleh berlaku.

Sejujurnya, terdapat ramai scammer-scammer judi online dari luar negara yang menggunakan akaun bank pengguna di Malaysia sebagai ‘transit’ & ‘cuci’, kemudian menukar habuan dalam bentuk tambah nilai topup, wang, dan sebagainya. Saya yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan telekomunikasi sudah lali dengan taktik scammer ini dan disebabkan itulah saya cuba untuk mengelak berurusan dengan mereka yang meragukan.

  • Skim & Pelan Yang Tidak Masuk Akal.

Skim & Pelan yang ditawarkan oleh iShareFans sangatlah tidak masuk akal. Mereka membuat pembayaran hampir RM4 (maksimum) untuk satu task yang mudah seperti like, subscribe dan sebagainya. Sedangkan Facebook Ads dan Google Ads targeted cost pun tidak sebegitu untuk targeted atau audiens yang spesifik, bagaimana pula iShareFans mampu untuk membuat bayaran sebanyak itu ? Daripada ‘random guy in the internet’ pulak tu and for random task ?

Nak kata mereka advertise untuk client request, tak jumpa pula section untuk kita advertise our content.

task ifanshare meragukan

** Bagi mereka yang lihat laman web iShareFans dari awal, mesti perasan laman web mereka sebenarnya bukanlah dibuat khusus untuk pengguna umum di Malaysia. Sebelum ini platform tersebut sepenuhnya dalam bahasa cina sebelum wujudnya pilihan english pada platform tersebut.

3 sebab diatas adalah sebab utama mengapa saya memang tidak berminat dari awal lagi untuk mencuba platform iShareFans. Saya tidak pasti sama ada iShareFans sememangnya telah ‘bungkus’ atau tidak. Tetapi memandangkan isu ini agak panas dan terdapat leader-leader iShareFans dalam rakan Facebook saya membuat post yang hampir sama (merasa tertipu), mungkin inilah realitinya.

Diharap kita semua dapat mengambil iktibar dan sentiasa selidik dengan terperinci terlebih dahulu sebelum duit anda hangus begitu sahaja.

Kemaskini 30 November 2020 :

Saya lihat laman web iFanShare sudah tidak dapat diakses lagi pada hari ini.

Modus Operandi Penipuan Topup 2020 : https://topupniaga.com/modus-operandi-penipuan-topup-2020.

Scam Penipuan Resit Palsu : https://amirazman.my/kes-scam-penipuan-resit-palsu.

Leave a Comment