BisnesDuit OnlineKehidupanSosial

Kes Scam Penipuan Resit Palsu

Kes Scam Penipuan Resit Palsu

Pernahkah anda terkena kes scam penipuan resit palsu ? Seseorang membeli atau melanggan servis anda dan mengemukakan resit tetapi bayaran tidak sampai pada akaun anda ? Seiring dengan kemajuan internet dan teknologi, taktik scam atau penipuan juga semakin meningkat dari hari ke hari.

Pelbagai taktik scam seperti 3rd party scam, macau scam dan kes scam yang ingin saya ketengahkan pada post  ini adalah scam penipuan resit palsu. Ada resit palsu yang diedit atau diolah yang memang nampak sangat palsu, dan ada yang agak pandai edit atau mengolah gambar hingga nampak seakan-akan 99% sama seperti resit yang asli atau original.

Agak jarang saya menerima resit palsu walaupun ada juga kadang-kadang. Tetapi untuk yang 99% nampak real, sangat jarang. Hari ini ada scammer yang hubungi saya dan memberikan resit yang sangat real, tetapi dari semakan saya, transaksi tersebut tidak masuk ke akaun saya. Anda boleh lihat gambar resit yang saya terima dibawah (saya cuma menambah sticker pada maklumat akaun)  :

whatsapp scammer resit palsu0166064977 scammer resit palsu
contoh resit cimb palsu editscammer resit 0175189872

Untuk peniaga online khasnya, harus sentiasa berwaspada walaupun telah diberikan gambar resit dan jangan melulu membuat pengeposan atau memberikan servis. Semak dahulu sama ada pembayaran tersebut sudah berjaya anda terima atau tidak untuk mengelakkan daripada tertipu.

Saya juga ada menyediakan senarai scammer topup di Malaysia sepanjang saya terlibat dengan perniagaan topup. Anda boleh lihat senarai penuh disini : https://topupniaga.com/list-scammer-topup-malaysia.

Post ini saya akan kemaskini dari semasa ke semasa dengan senarai scammer edit resit ini dibawah :

  • 0166064977
  • 01133153245
  • 01157975989
  • 01113497520
  • 0175189872
  • 01151506892
  • 0197984022
  • 0193728605
  • 01116105438
  • 0148109674
  • 01124121867

Sekiranya anda pernah tertipu dengan penipuan resit palsu ini, anda boleh komen pada ruangan dibawah berserta bukti dan saya akan tambahkan maklumat tersebut pada post ini.

Ingin ketahui apa itu Google Calendar Phishing Scam ? Klik disini : https://amirazman.my/google-calendar-phishing-scam.

Ingin ketahui pengalaman saya menjalankan perniagaan topup ? Klik disini : https://amirazman.my/pengalaman-menjalankan-perniagaan-topup.

Leave a Comment