KehidupanSosial

Kematian Kucing Pertama

Kematian Kucing Pertama

Ada sesiapa disini pencinta kucing yang pernah mengalami kematian kucing pertama ? Apa perasaan anda apabila kucing yang pertama anda bela itu mati ? Dulu saya rasa pelik kenapalah bela kucing pun owner kucing beria-ria sedih. Apabila sudah rasa sendiri membela seekor kucing dan ianya mati, wow.. Tak terkata.

Dalam awal bulan 5 tahun ini, ayah saya menjumpai seekor anak kucing yang dalam usia 1 bulan. Tidak pasti sama ada dibuang atau telah terpisah dengan ibunya. Jadi ayah saya bawa balik dan kami jaga sehinggalah ke akhir hayatnya dalam awal bulan 9 tahun ini, jadi dalam 5-6 bulan jugalah usia kucing itu.

Kucing yang saya jaga ini sangat aktif, sangat suka bergurau dan mengacau sesiapapun dan selalu makan ayam yang telah direbus. Makanan kucing yang keras-keras tu memang selalunya takkan ditelan. Sangat memilih. Sehinggalah pada suatu hari tiba-tiba kucing saya langsung tidak mahu makan dan mula muntah-muntah.

kucing muntah kuning

Saya yang baru pertama kali membela kucing ini, adalah juga buat research guna Google kenapa kucing muntah berwarna kuning dan sebagainya dengan harapan untuk mendapatkan solusi supaya anak kucing itu sihat semula. Tetapi saya lihat, muntah kucing saya semakin kerap, hairballs juga sudah keluar dari muntah tetapi masih lagi muntah kuning.

Saya beranggapan anak kucing ini berkemungkinan mengalami keracunan sama ada makan binatang atau serangga beracun, atau termakan rumput beracun dan tidak mahu makan langsung. Jika dipaksa suap seperti air atau susu, terus dimuntahkan semula. Jadi terus saya ke veterinar untuk membuat pemeriksaan.

Daripada pemeriksaan vet tersebut, katanya anak kucing tersebut demam dan mempunyai ulser pada lidahnya. Maka diberikan injection untuk demam serta ubat-ubatan untuk ulser lidah, ubat tahan muntah, ubat untuk menambah air dalam badan kucing serta ubat untuk cuci dalaman kucing.

kucing makan rumput beracun

Namun, tak sampai 24jam, pada 5 September 2019 dalam jam 6.05 pagi, kucing tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Agak sedih jugalah sebab memang hari-hari terakhirnya saya pantau hampir 100%. Waktu-waktu terakhir itu, anak kucing tersebut bergerak sedikit demi sedikit ke kawasan yang tiada orang untuk ‘ready’ mati disana.

Sangat rasa kesian dengan kucing itu, disebabkan saya yang kurang arif dalam menjaga anak kucing, umurnya tidak pun sempat menjangkau 1 tahun lagi. Silap saya yang tidak alert dengan kawasan rumput yang diracun, dimana kucing tersebut bermain pada setiap masa, dan lain-lain.

kucing comel

Pada waktu ini, ada satu anak kucing yang adik saya ambil dari rumah saudara baru-baru ini. Tetapi ‘feel’nya tidak sama dengan anak kucing yang saya jaga sebelum ini. Keletahan, perangainya rasanya susah nak dicari ganti lagi.

Bagaimana dengan anda ? Kongsikan pengalaman anda sekiranya anda pernah mengalami kematian kucing pertama pada ruangan komen dibawah.

kucing pertama

Jom baca ‘Kelebihan Portal Online MyASNB’ disini : https://amirazman.my/kelebihan-portal-online-myasnb.

Antara post yang saya baca ketika kucing muntah kuning : https://www.facebook.com/284409371606984/posts/kucing-muntah-kuning-berbuihokay-salah-seorang-follower-petua-kucing-ada-masalah/879668902081025 (Sudah saya cuba, tetapi tidak berjaya, masih muntah) .