SosialTelekomunikasi

Unifi Menawarkan Internet Percuma

unifi menawarkan internet percuma

Melalui kempen ‘Pay Nothing’ , Unifi menawarkan penggunaan internet secara percuma sehingga penghujung tahun 2019 dengan syarat pembaharuan kontrak. Kempen ini khas untuk pendaftaran Unifi baru atau pengguna sedia ada dengan syarat memperbaharui kontrak selama 24 bulan bersama Unifi.

Dengan kata lain, sekiranya anda berminat untuk membuat pendaftaran baru Unifi atau ingin pengguna sedia ada yang ingin kekal menggunakan Unifi pada masa akan datang, anda harus garap peluang ini sebaiknya untuk mendapatkan penggunaan internet Unifi sehingga 31 Disember 2019. Penjimatan sehingga 3 bulan iaitu dari bulan Oktober, November dan Disember.

promosi pay nothing unifi

Hampir kesemua pelan Unifi Home dan juga Unifi Biz layak untuk mendapatkan promosi ini serendah daripada pelan Unifi 30 Mbps yang berharga RM89/bulan sehinggalah kepada Unifi 300MBps yang berharga RM199/bulan. Saya akan sertakan gambaran pelan Unifi Home serta Unifi Biz yang layak dibawah :

pelan unifi home

pelan unifi biz

Sekiranya anda ingin memasang Unifi di rumah anda, usah pening-pening, lihat sahaja pelan Unifi Home yang ditawarkan dan pilih pelan yang sesuai dengan kegunaan dan kemampuan anda daripada serendah RM89/bulan sahaja. Walaupun begitu, anda perlu dapatkan kepastian sama ada pada agen sah Unifi atau boleh pergi ke mana-mana cawangan TM untuk membuat semakan ketersediaan servis mereka pada kawasan perumahan anda.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar pelan Unifi, anda boleh menghubungi saya melalui Whatsapp ‘REGISTER UNIFI’ dan hantar ke 0177860670 atau klik disini untuk buka whatsapp secara automatik : http://wasap.my/60177860670.

promosi percuma internet setahun unifi

Selain itu, sekiranya anda melanggan Unifi Home secara online dari 1 Oktober 2019 sehingga 30 November 2019, anda berpeluang untuk mendapat internet percuma tambahan selama 12 bulan. Pemenang akan dipilih seorang sahaja pada setiap hari sehingga pada hari terakhir iaitu 30 November 2019.

Pemenang akan diumumkan pada setiap hari selasa bermula pada 15 Oktober 2019. Untuk maklumat lanjut berkenaan FAQ serta terma dan syarat, anda boleh layari laman web rasmi Unifi disini : https://unifi.com.my/campaign/paynothing.

renew kontrak unifi

Diharap post berkenaan Unifi menawarkan internet percuma ini dapat membantu anda dari segi pendaftaran serta penjimatan dalam penggunaan internet harian anda. Jadilah pengguna yang bijak !

Berminat untuk menjadi agen Unifi atau Maxis Fibre ? Klik disini : https://amirazman.my/pendaftaran-agen-unifi-maxis-fibre.

Jom baca pengalaman pemasangan Unifi saya disini : https://amirazman.my/pengalaman-pemasangan-unifi.