BisnesDuit OnlineSosialTeknologi

Apa Itu Interruption Marketing

Apa Itu Interruption Marketing

Apa itu Interruption Marketing ?

Interruption Marketing merupakan kaedah promosi produk atau servis dengan iklan bersifat gangguan secara berterusan dan kaedah ini diantara kaedah marketing yang paling meluas digunakan selain daripada Search Engine Marketing. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan mengikut platform sebagai contoh :

  • Facebook : Iklan bersifat interruption semasa scrolling news feed, menonton video dan sebagainya.
  • Telemarketing : Promosi produk dan servis daripada talian telefon. Contohnya promosi insuran. Haha.
  • Media : Promosi produk dan servis daripada platform media seperti blog, majalah, surat khabar, siaran radio, televisyen dan sebagainya.
  • Email : Penghantaran email kepada senarai mailing list yang ramai.

interruption ads marketing

Setiap kaedah marketing pasti ada kelebihan dan kekurangannya, begitu juga dengan interruption marketing.

Diantara kelebihan Interruption Marketing ialah :

  1. Pengiklan boleh mensasarkan iklan mengikut interest prospek atau audiens sebagai contoh behaviour (hobi, jenama, interaction, dll) dan demographik (umur, jantina, income, dll).
  2. Pengiklan tidak perlu menunggu prospek memandangkan iklan itu sendiri akan dipaparkan kepada prospek yang telah disasarkan.
  3. Pengiklan boleh jalankan strategi ‘Prospect Research’ untuk mendapatkan ‘customer avatar’ yang berkualiti dengan produk atau servis yang diiklankan.

Prospek Research adalah salah satu teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat interest prospek sebagai contoh jantina, umur, status bujang/berkahwin, pendapatan bulanan, dan sebagainya untuk mendapatkan ‘customer avatar’ yang lebih berkualiti dan tepat pada sasaran iklan. Disebabkan itulah ianya merupakan salah satu strategi yang baik untuk digunakan bersama dengan interruption marketing.

prospect research customer avatar

Diantara kekurangan Interruption Marketing ialah :

  1. Prospek yang menerima iklan tidak semestinya memerlukan produk atau servis yang diiklankan.
  2. Customer Avatar yang kurang tepat dengan ciri-ciri prospek yang berkualiti akan meleburkan kos iklan dan result iklan kurang memberangsangkan.
  3. Kebanyakan pengguna mengabaikan bahagian iklan memandangkan tujuan utama mereka ke platform tersebut bukanlah untuk menerima atau melihat iklan.

Untuk memastikan iklan bersifat interruption ini efektif, iklan tersebut haruslah menarik perhatian prospek untuk meneruskan bacaan dengan tajuk dan media yang catchy dan copyrwriting yang bersesuaian dengan sasaran iklan.

Diharap post pada kali ini dapat memberikan gambaran asas mengenai apa itu interruption marketing serta kelebihan dan kekurangannya dalam memasarkan sesuatu servis atau produk. Diingatkan, setiap produk dan servis yang berbeza sudah semestinya mempunyai kaedah pengiklanan sesuai yang berbeza.

Saya akan kongsikan berkenaan search engine marketing pada post yang akan datang.

Daftar Percuma Tagter (Komisen 150%) Disini : https://amirazman.my/buat-duit-dengan-tagter.

Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Leave a Comment