BisnesDuit OnlineSosialTeknologi

Masalah Shopee Chat Response Rate

Masalah Shopee Chat Response Rate

Saya baru sahaja perasan mengenai masalah Shopee Chat Response Rate ini apabila dalam sebulan saya ada cuba-cuba ‘Shopee Farm’ yang ada di aplikasi Shopee. Daripada menu Shopee Games, terdapat juga Shopee Candy, Shopee Link dan Shopee Shake tetapi saya kurang pasti sama ada ianya menggunakan Shopee Chat ataupun tidak.

Ianya bukanlah masalah yang mengganggu transaksi, tetapi mempengaruhi seller performance sekiranya anda tidak memberi respon kepada chat yang anda terima walaupun chat itu adalah chat berkaitan game. Contohnya seperti dibawah :

shopee chat response problem

Hanya disebabkan oleh chat dari Shopee Game ini, ianya boleh membuatkan Shopee Chat Response Rate menjadi sangat rendah apabila anda tidak respond kepada chat-chat sebegini.

seller shopee chat response

Anda boleh lihat diatas, response rate target sepatutnya atas dari 70%, dan akaun Shopee Seller saya hanya mencapai 43.75% sahaja memandangkan saya mengabaikan chat dari Shopee Games.

 

shopee chat seller performance

Daripada laman FAQ Shopee, apa-apa chat berbentuk teks, gambar dan emoji serta offer daripada produk juga dikira dan dianggap sebagai chat yang ‘perlu dibalas’ dalam masa 12 jam untuk mengelakkan daripada chat response performance ini jatuh/drop.

Rujukan FAQ Shopee : https://help.shopee.com.my/my/s/article/How-is-Chat-Response-Rate-calculated-1542971592239.

Pada pendapat saya, Shopee seharusnya membuat exception atau sistem chat yang berbeza untuk Shopee Games atau meletakkan notifikasi berkenaannya dengan sistem yang berbeza, dimana tidak berkongsi dengan sistem chat yang khas untuk urusan jual beli dan tawar-menawar.

Saya sangat berharap Shopee mempunyai alternatif atau solusi yang lain memandangkan notifikasi chat berkenaan Shopee Games tidaklah penting untuk urusan jual beli di Shopee dan dapat mengelakkan masalah Shopee Chat Response Rate yang rendah disebabkan oleh isu yang remeh sebegini.

Promosi Terkini PG Mall : https://amirazman.my/pg-mall-mega-sales-kembali.

Jadi Agen Unifi/Maxis/Time Fibre Percuma : https://amirazman.my/buat-duit-dengan-tagter.

Leave a Comment