BisnesDuit OnlineKehidupanTeknologi

Bagaimana MOVA Apps Buat Duit ?

Bagaimana MOVA Apps Buat Duit

Bagaimana MOVA Apps buat duit sebenarnya ?

Ini pendapat saya mengenai apps MOVA.

Apps ini memberi pengguna cashback terhadap apa-apa produk yang dibeli.

honey scam mkbhd

Selingan sahaja, jika anda pernah dengar mengenai ‘Honey Scam’ (anda boleh google sahaja honey scam youtuber, banyak youtuber terkena contohnya MKBHD), anda mungkin dapat rasa apps ini berjalan dengan cara yang sama. Walaupun apps tersebut bukanlah scam, tetapi apa yang berlaku ‘dibelakang sistem’ tidak diketahui oleh pengguna.

Apps tersebut akan gunakan promotion code atau affiliate link mereka sendiri dan terima income direct secara penuh daripada platform tersebut, kemudian berikan sedikit cashback/shopback kepada pengguna.

aplikasi mova smart choice

Baiklah, berbalik pada apps MOVA, daripada Google Playstore kita dapat lihat aplikasi ini sebenarnya mula dilancarkan pada 11 January 2025 dan telah dimuat turun sekurang-kurangnya 500 juta pengguna.

Bagi saya ini tidak pelik, kerana penduduk di indonesia sendiri sekitar 280 juta pengguna, 500,000 pengguna ini termasuk juga pengguna di Malaysia.

Jika kita rujuk juga ruangan rating dan review untuk lihat ulasan pengguna, mungkin ada yang tepat, ada yang tidak tepat. Dan seperti yang anda ketahui daripada pelancaran apps, apps ini baru sekitar 6-7 bulan berada di Google Playstore.

developer aplikasi mova apps

Boleh juga lihat about the developer sekiranya apa-apa berlaku, ada address diberikan tetapi tidak saya ketahui address itu legit atau pun tidak.

Persoalannya, dari manakah apps MOVA buat duit untuk berikan pengguna mereka cashback daripada barangan yang mereka beli sendiri dan orang lain ?

affiliate partner mova apps

Yang pertama, sudah semestinya dari affiliate. Untuk mendaftar affiliate perlu bayar RM199 ~ RM299 dan affiliate ada diberikan komisyen sebanyak 20% daripada table yang diberikan oleh pihak MOVA sendiri sebelum mendaftar sebagai affiliate partner.

Tidak dapat saya pastikan kesahihannya tapi itulah yang ditunjukkan pada apps MOVA.

Kebetulan, saya pernah dapat invitation untuk Shopee Affiliate, tetapi saya tak rajin nak paste link sana-sini dan saya compare apa yang diberikan Shopee Affiliate dan juga produk yang dipaparkan di MOVA.

Rujuk gambar dibawah, ada beberapa contoh saya ambil daripada apps MOVA sahaja produknya.

perbandingan shopee affiliate dan mova

perbandingan mova dan shopee affiliate buat duit

Saya juga tidak pasti Seller Tiktok dapat % sama dengan Affiliate Tiktok atau tidak, tetapi sekiranya anda affiliate tiktok, anda boleh semak sendiri, kemungkinan besar dari affiliate dapat lebih tinggi daripada yang ditawarkan pada apps MOVA, sebab kemungkinan besar mereka terima pun daripada affiliate Tiktok juga.

perbandingan tiktok shop dan apps mova

perbandingan mova dan tiktok shop buat duit

 

Cuma biasanya, affiliate takkan dapat komisyen daripada pembelian sendiri. MOVA boleh bagi, sebab kan tu link dia ?

Jadi pada pandangan saya yang bukan partner MOVA, dan info yang digunakan adalah 100% daripada apps MOVA :

  1. Income MOVA dapat daripada pendaftaran affiliate partner.
  2. Income MOVA dapat daripada link yang disediakan oleh MOVA yang mungkin sebenarnya affiliate link pada sistem lain (Tiktok & Shopee).

Nak dapat cashback daripada MOVA, silakan. Nak dapat income daripada pendaftaran affiliate ? Silakan.

Adakah apps ini akan kekal aktif bertahun-tahun ? Ini saya tidak pasti.

Macam tak biasa pula trend apps baru masuk bab affiliate begini di Malaysia. Haha.

Cuma macam yang kita katakanlah pada program-program lain juga sebelum ini. Anda sudah keluarkan modal, jangan berharap anda dapat semula apa yang anda keluarkan.

Apa pendapat anda dengan ‘Honey Scam’ tu ? Adakah ianya sebenarnya scam ? Bagaimana pula dengan MOVA ini ?

Ada orang, selagi bayar, dia tak anggap scam. Ada orang, nampak money game, terus kata scam sebab biasanya scheme money game ni memang tak tahan lama. Terpulang pada anda sendiri.

Apa yang anda mahu dengan apps MOVA ini sebenarnya ? Cashback atau komisyen daripada affiliate ?

*** Bagi yang berminat mendaftar sebagai affiliate partner MOVA, sila baca sepenuhnya terms & agreement sebelum mendaftar sebagai partner berbayar aplikasi MOVA.

terms and condition mova betul ke apps mova buat duitterms and condition mova 3
Supaya sekiranya apa-apa berlaku, tidak menyesal dikemudian hari.

*** Saya sendiri ada terus chat Shopee beberapa hari lepas bertanyakan mengenai apps MOVA ini, rujuk gambar terakhir.

mova shopee chat

Itu sahaja ulasan saya mengenai apps MOVA ini dan bagaimana apps ini dapat buat duit.

Facebook :

Tiktok : https://www.tiktok.com/@amirazman.my/photo/7533146424695917842

Berminat untuk mendapatkan sistem invois secara percuma ? Sangat sesuai untuk membantu menguruskan invois bagi perniagaan anda : https://amirazman.my/sistem-invoice-online-percuma.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Solution disini : https://hostingmalaya.com.

Leave a Comment