BisnesDuit OnlineKehidupanTeknologi

Cabaran Servis Digital 2020

Cabaran Servis Digital 2020

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara online pastinya akan terkesan dengan cabaran servis digital bermula pada tahun 2020 ini khasnya di Malaysia. Hal ini kerana bermula pada 1 Januari 2020, penyedia perkhidmatan atau servis dari luar negara yang menyediakan sebarang perkhidmatan digital di Malaysia akan dikehendaki mengenakan cukai digital sebanyak 6% untuk setiap perkhidmatan Digital.

Dengan kata lain, setiap perkhidmatan digital seperti Google Ads, Facebook Ads, perkhidmatan streaming seperti Netflix, servis hosting seperti Google Cloud dan sebagainya akan dikenakan cukai digital sebanyak 6%. Sebagai contoh sekiranya anda menggunakan Facebook Ads sebanyak RM100, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM106 secara total termasuk dengan 6% cukai digital seperti yang telah ditetapkan.

cukai digital malaysia

Walau bagaimanapun, dengan peningkatan dari sudut teknologi telekomunikasi di Malaysia, saya boleh katakan cukai digital 6% ini boleh diterima dengan harapan sektor digital semakin giat dibangunkan dengan teknologi baru yang akan membantu sektor digital menjadi semakin maju.

Seperti apa yang berlaku di negara asing yang maju, sektor digital ini telah dilazimi penggunaannya dan di Malaysia juga sudah semakin ke arah tersebut dengan penawaran eTunai Rakyat yang banyak memberi pendedahan berkenaan penggunaan eWallet dalam kehidupan. Ini adalah salah satu perubahan gaya hidup yang baik dimana transaksi dapat dijalankan dengan pantas dan lebih produktif.

Belum menebus eTunai Rakyat ? Tebus disini : https://amirazman.my/cara-menebus-etunai-rakyat-rm30.

harga cpanel license

Bagi saya pula sebagai penyedia servis perkhidmatan web hosting, agak terkesan dengan perubahan harga lesen penggunaan cPanel, iaitu sistem yang sering digunakan untuk pengurusan hosting. Perubahan harga lesen penggunaan cPanel ini berubah mendadak dengan kenaikan harga 100% atau lebih tinggi sekali ganda daripada harga langganan asal.

Pros : Hanya penyedia server hosting yang betul-betul ‘layak’ sahaja akan gigih untuk kekal dalam industri. Yang jenis cap ayam, sambil lewa, (open, take money & close) hosting akan terkubur.

Cons : Harga hosting yang menggunakan cPanel akan semakin naik atau kekal jika penyedia hosting sanggup bear the cost.

Bagaimana pula dengan anda ? Adakah anda terkesan dengan cabaran servis digital pada tahun 2020 ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jom baca Masalah Penggunaan Unifi 2020 disini : https://amirazman.my/masalah-penggunaan-unifi-2020.

Google to charge 6% digital tax in Malaysia starting Jan 1, 2020 : https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2019/12/02/google-malaysia039s-6-digital-tax-to-take-effect-on-services-from-jan-1-2020.

Leave a Comment