KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Masalah Penggunaan Unifi 2020

masalah penggunaan unifi 2020

Baru-baru ini sejak dari awal tahun 2020, saya dapati terdapat masalah penggunaan Unifi kepada server-server tertentu yang mana saya boleh katakan agak mengganggu juga kerja-kerja harian saya sebagai salah satu servis penyedia server di Malaysia. Sebagai penyedia server, saya agak alert dan sedar juga dengan masalah connection Unifi ini dan masalah ini kurang diberi perhatian disebabkan oleh pengguna yang tidak mengenal pasti punca masalah secara jelas.

Saya merupakan founder kepada Hosting Malaya, iaitu sebuah jenama yang saya cipta khas sebagai servis untuk web hosting, server hosting dan juga game hosting yang mensasarkan pengguna di Asia Tenggara. Memandangkan sebelum ini saya mempunyai pengalaman mempunyai server yang diserang dengan serangan DDoS berkali-kali, jadi daripada pengalaman ini, saya sediakan servis sebagai solusi kepada permasalahan ini dengan menyediakan servis perkhidmatan yang dilengkapi dengan perlindungan DDoS Protection.

connection unifi setiap hari

Sejak daripada awal Januari 2020, saya dapati terdapat isu sambungan Unifi ke server tertentu di Singapura pada waktu sekitar 8 malam sehinggah 11 malam memberikan latensi dan ping yang tinggi sehingga mencecah 400ms sedangkan seharusnya ianya mencecah belasan sahaja paling tinggi. Lebih malang lagi, isu ini saya boleh katakan terjadi pada setiap hari. Ya, setiap hari.

Daripada rekod Smokeping node yang digunakan oleh Telekom Malaysia, sambungan daripada AS4788 210.187.85.237 merupakan sambungan yang sangat terkesan dan ianya hanya berlaku sekitar 8-11 malam setiap hari sahaja. Gangguan sambungan ini kebiasannya tidak berlaku selain daripada waktu yang saya nyatakan diatas dimana saya jangkakan berkemungkinan disebabkan oleh masalah routing atau terdapat limitasi, had atau sebagainya yang mempengaruhi sambungan dan menjadi punca terhadap isu ini.

Saya berikan contoh keputusan smokeping sewaktu isu ini terjadi, iaitu dalam 8-11 malam setiap hari pada gambar dibawah.

connection telekom malaysia as4788 210.187.85.237

masalah connection unifi teruk

Latensi atau ping yang mencecah sehinggan 400+ms saya boleh katakan agak sangat tidak sepatutnya berlaku memandangkan server ini hanyalah berada di Singapura dimana sangatlah hampir dan sepatutnya mencecah 9-15 ms sahaja dengan menggunakan Unifi. Walaupun begitu, saya lihat isu ini tidaklah memberi impak yang besar kepada node server Telekom Malaysia AS4788 147.158.255.254 dan juga AS4788 115.135.35.146 yang mana saya boleh katakan ianya masih lagi boleh diterima.

Saya sertakan kedua-dua keputusan smokeping bagi node server Telekom Malaysia AS4788 147.158.255.254 dan juga AS4788 115.135.35.146 pada gambar dibawah.

Telekom Malaysia AS4788 147.158.255.254

AS4788 115.135.35.146

Saya sertakan ketiga-tiga link Smokeping node Telekom Malaysia ke OVH Server dibawah dimana pada link tersebut akan ditunjukkan keputusan traceroute secara ‘live’ dan juga rekod-rekod yang terdahulu seperti 3 jam lepas, 10 hari lepas, dan juga setahun yang lepas.

AS4788 210.187.85.237 (yang sering bermasalah) : http://sgp.smokeping.ovh.net/smokeping?target=APAC.AS4788.

AS4788 147.158.255.254 : http://sgp.smokeping.ovh.net/smokeping?target=APAC.AS4788-1.

AS4788 115.135.35.146 : http://sgp.smokeping.ovh.net/smokeping?target=APAC.AS4788-2.

Selain itu, walaupun isu ini boleh dikatakan isu yang agak jarang dibuat laporan oleh pengguna, saya ada terjumpa seorang pengguna yang juga menyatakan masalah yang sama pada laman Unifi Community yang menggunakan username ‘leang97’. Anda boleh melihat post tersebut disini : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Unifi-AS4788-is-SLOW-at-NIGHT/td-p/28293.

Saya juga ada membuat post pada Unifi Community, tiada mendapat balasan dari mana-mana pihak tetapi telah di’mark’ sebagai Solved secara tiba-tiba. Boleh lihat post saya tersebut disini : https://community.unifi.com.my/t5/unifi-home-broadband/Unifi-AS4788-is-SLOW-at-NIGHT/m-p/28516.

report unifi twitter

Selain daripada menggunakan Unifi Community, saya juga ada membuat laporan menggunakan Twitter dan ianya telah berlanjutan lebih daripada sebulan sejak bulan Januari yang lepas. Di samping itu, sudah puluhan email juga saya hantarkan kepada help@tm.com.my untuk sentiasa mengemaskini informasi berkenaan connection mereka sebagai makluman untuk mendapatkan tindakan daripada pihak mereka. Terdapat beberapa laporan yang telah ditutup secara tiba-tiba walaupun isu ini masih lagi berlaku dari hari ke hari sehingga ke hari ini.

report email unifi

Tambahan lagi, dengan isu yang baru-baru ini terjadi kepada pengguna yang ingin mengakses server Ubisoft dan juga beberapa server game yang lain memberikan pengalaman yang kurang baik kepada pengguna.

Anda boleh melihat post berkenaan isu ini disini : https://www.techarp.com/games/tm-unifi-block-games dan disini : https://wiser.my/pengguna-unifi-mengadu-pelayan-ubisoft-gagal-diakses-ini-penjelasan-daripada-unifi-2.

Saya harap pihak teknikal Unifi yang tertentu boleh meneliti masalah penggunaan Unifi pada tahun 2020 ini dengan lebih mendalam untuk memastikan masalah seperti ini tidak terjadi lagi. Ini bukanlah isu masalah daripada OVH Server memandangkan connection daripada ISP lain seperti Digi, Celcom dan Maxis tidaklah terjejas seperti apa yang berlaku kepada connection daripada Unifi.

Jom baca Review Redmi Note 8 Pro disini : https://amirazman.my/review-redmi-note-8-pro.

Lazada PIN Disediakan Pada Sistem Topup Niaga : https://topupniaga.com/lazada-pin-disediakan-pada-sistem-topup-niaga.

2 Comments

Leave a Comment