BisnesKehidupanSosialTeknologiTelekomunikasi

Review Redmi Note 8 Pro

Review Redmi Note 8 Pro

Saya merupakan antara pengguna terawal Redmi Note 8 Pro semasa mula-mula dilancarkan di Malaysia. Review kali ini adalah berkenaan pengalaman saya lebih kurang 3 bulan menggunakan telefon pintar ini berdasarkan penggunaan biasa saya dalam aktiviti bisnes, sosial, dan gaming secara sederhana.

Redmi Note 8 Pro merupakan antara telefon pintar terawal yang memberikan quad camera yang disertakan dengan kamera 64MP, dan dipasarkan dengan harga yang sangat kompetitif iaitu serendah RM1099 sahaja. Telefon pintar ini dilengkapi dengan kaca Gorilla Glass 5 pada skrin hadapan dan juga pada rekaan panel belakang.

Variasi Redmi Note 8 Pro yang saya berpeluang gunakan ialah variasi 6 GB RAM / 128 GB storage yang berharga RM1199. Jika mahu melihat spesifikasi penuh untuk telefon pintar ini, anda boleh layari pautan ini : https://www.gsmarena.com/xiaomi_redmi_note_8_pro-9812.php. Berdasarkan penggunaan saya selama 3 bulan ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi yang diberikan oleh peranti ini walaupun terdapat beberapa kekurangan yang saya kira mengganggu penggunaan sebenar sebuah telefon pintar.

Diantara kekurangan-kekurangan bagi telefon pintar ini ialah :

  • Suhu agak tinggi dan panas apabila penggunaan sederhana atau tinggi sebagai contoh menjalankan aplikasi gaming.

Ini disebabkan oleh processor yang digunakan agak ‘outdated’ dan memang dikenali dengan processor yang agak panas. Saya sediakan video ‘penderaan telefon pintar’ melalui gaming yang dijalankan oleh Misai Gadjet dibawah.

  • Diantara telefon terawal dengan 4 kamera dan 64 MP kamera, tetapi result penggunaan boleh saya katakan biasa-biasa sahaja.

Baru-baru ini DXOMark ada mengeluarkan test summary yang menjadi penanda aras kepada kecantikan daripada gambar yang diambil oleh kamera telefon pintar tersebut. Anda boleh lihat keputusan tersebut disini : https://www.dxomark.com/xiaomi-redmi-note-8-pro-camera-review. Walaupun dengan 4 kamera, kemampuan kamera telefon pintar ini tidaklah sebaik telefon pintar flagship yang berada dipasaran.

dxomark redmi note 8 pro

  • Masalah kamera untuk mengenal pasti tulisan (sama ada tidak disertakan pada software atau bermasalah).

Memandangkan saya ada menggunakan aplikasi untuk pendaftaran sim telekomunikasi di Malaysia, terdapat beberapa prosedur dimana saya perlu scan kad pengenalan dan maklumat akan diisikan secara automatik pada sistem. Redmi Note 8 Pro tidak dapat mengenal pasti tulisan tersebut. Namun, masalah ini tidak berlaku pada sebahagian besar telefon pintar yang lain.

Saya juga ada memuat turun aplikasi kamera seperti Line Camera untuk digunakan secara default, tetapi masih juga tidak berjaya untuk discan. Akan saya kemaskini post ini sekiranya saya telah menjumpai cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya ada Google dan terjumpa isu ini disini : https://in.c.mi.com/thread-2062003-1-0.html.

iklan miui redmi note 8 pro

  • Iklan yang terlalu banyak pada environment MIUI.

Terlalu banyak sangat iklan pada environment pada MIUI. Buka file manager biasanya memang akan keluar iklan. Buka aplikasi berkaitan dengan Mi pun kebiasaannya akan memaparkan iklan. Pernah dengar MIUI ada menyediakan setting untuk disable iklan tetapi.. yang saya jumpa hanyalah disable iklan berdasarkan behaviour atau penggunaan telefon pintar tersebut.

redmi ad services

Diharap review ini dapat membantu ada untuk mendapatkan telefon pintar terbaik yang bersesuaian dengan penggunaan dan juga bajet anda. Sekiranya anda bukanlah seorang gamer yang tegar pada telefon pintar bimbit, ingin merasa menggunakan telefon pintar dengan quad camera, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mendapatkan telefon pintar ini memandangkan harganya juga sudah semakin murah pada waktu ini.

Ketahui Tips Membeli Secara Online disini : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Jom Jadi Usahawan Telco ! Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-agent-halo-telco.

Leave a Comment