SosialTeknologi

Ragnarok Online

ragnarok online malaysia
Semasa waktu sekolah rendah dahulu, sesiapa yang sebaya saya pasti pernah dengar dengan game Ragnarok Online, game MMORPG pertama dan dalam bahasa melayu. Disebabkan oleh ketiadaan komputer, memang cyber cafe lah tempat saya pergi untuk bermain game dan secara tak langsung menarik minat saya dalam bidang IT dan juga perniagaan online.
 
Dah macam rumah kedua. Tak ada duit tak apa, yang penting dapat tengok pun memadai. Hack cyber cafe untuk bermain percuma dan kantoi pun pernah dah. Haha zaman budak-budak. Teringat zaman takda komputer ni, main ‘ragnarok offline’ pakai buku. Yes, pakai buku dan data dari ensiklopedia Ragnarok Online : Einbroch The Metal City. Syahdu betul bila teringat balik. Hampir terlupa sudah bila buat benda bodoh macam ni. Haha.
reunite ragnarok online
 
Habis study matrikulasi, terus kumpul duit sumber dari game dan bisnes topup sikit-sikit, dan beli laptop 2nd hand dalam RM550 berbekalkan windows XP. Haha. Tak sampai setahun, belajar sikit-sikit game development untuk Ragnarok Online dan open server sendiri pada 1 Ogos 2012. Banyak juga up dan down bila open server sendiri ni, drama pun banyak, macam politik. Ada orang yang suka, ada juga haters. Open, close, open, close, sampailah sekarang rasanya last time dah ni dengan niat untuk membantu game development emulator ini.

Untuk sesiapa yang ingin merasa Ragnarok Online Malaysia yang :
– High Rate Server, mudah leveling dan drop rate card yang tinggi (Nornal 50%, MVP 25%).
– No Donation. Farm item, farm zeny, build characters.
– Dilengkapi Gepard Shield Protection, iaitu protection game Ragnarok Online yang terbaik pada masa kini.
– International, sesuai untuk pemain dari pelbagai negara khasnya di Asia Tenggara (South-East Asia).
– Sentiasa dikemaskini dan perubahan yang bersesuaian.
– War of Emperium yang pelbagai jenis dan menarik.
– Feature, sistem dan bersosial dengan mudah.

Download disini : https://drive.google.com/open?id=14fIv5t9pnWI7Yp4xQ3jINcBwbc9cmmDp.

*** Sekiranya ada masalah untuk extract file tersebut, pastikan anda menggunakan winrar terkini atau apa-apa extraction software yang terkini.
** Pastikan anda verify email terlebih dahulu sebelum login dalam game.
Tebus eTunai Rakyat RM30 disini : https://amirazman.my/cara-menebus-etunai-rakyat-rm30.

Leave a Comment