BisnesTeknologi

Kenapa Harga Web Sistem Mahal ?

kenapa harga website mahal

Kenapa harga web sistem mahal ? Padahal design je pun ? Siap .

Ini persoalan yang sering diajukan kepada pembangun laman web dan freelancer laman web daripada prospek dan klien.

Mengapa perkara ini berlaku ?

  1. Prospek kurang jelas apa yang mereka akan terima daripada sistem laman web tersebut dengan terperinci.
  2. Prospek tidak mengambil kira soal keselamatan sistem, nampak dari sudut luaran sahaja.
  3. Prospek tidak pernah terfikir bahawa sistem laman web perlu dikemaskini untuk kekal relevan dengan kehendak pengguna semasa dan potensi kerentanan sekuriti semasa.

front end back end developer

Bagi prospek dan klien yang tidak memikirkan perkara diatas, memang mereka fikir membuat sistem laman web itu hanya ‘design hadapan’ sahaja, sedangkan ‘design dalaman’ yang menjalankan sistem tersebut juga perlu diambil kira. Sistem laman web juga memerlukan hosting server untuk memastikan laman web boleh diakses¬† 24jam/7hari, ibaratnya seperti menyewa sebuah kedai untuk memastikan web sistem dapat berfungsi pada setiap masa.

Jika anda tidak membayar hosting server,sistem laman web anda akan tergendala, samalah keadaannya seperti anda tidak membayar sewa kedai.

online store vs physical store

Daripada pengalaman saya beberapa hari lepas, terdapat satu akaun saya yang menggunakan sebuah sistem lawan web orang lain telah digodam dan kerugian dalam RM230 juga kredit dalam akaun tersebut. Saya tidaklah terkejut sangat dengan godaman akaun ini memandangkan sistem laman web yang mereka gunakan sudah digunakan sejak 8 tahun lepas atau lebih.

Ya, sejak hampir sedekad yang lalu, tiada perubahan dari segi sekuriti untuk sistem laman web tersebut dan semakin hari, semakin pelbagai cara godaman boleh dilakukan. Tiada sistem yang betul-betul selamat, apatah lagi sistem yang langsung tidak pernah dikemaskini. Moga ada rezeki lain yang tidak disangka-sangka mendatang untuk kita semua.

Boleh tonton video ML Studios dari Firdaus Ali dibawah untuk melihat potensi godaman pada dunia ketika ini.

Jadi, apabila orang tanya saya, kenapa harga web sistem mahal ? Jawapannya :

  • Sistem laman web yang dibangunkan khas bersesuaian dengan apa yang pelanggan mahukan seperti yang diminta pada requirement.
  • Sistem yang diberikan adalah yang terkini dan lebih selamat mengurangkan potensi daripada sistem anda digodam.
  • Servis kemaskini dan kos penjagaan sistem dan server untuk memastikan sistem dapat berjalan seperti yang sepatutnya pada setiap masa.
  • Rekaan design yang bersesuaian dengan logo, tema dan permintaan daripada klien atau prospek.
  • Servis copywriting yang bersesuaian dengan pelawat sistem laman web dimana terdapat klien atau prospek yang tidak menyediakan copywriting dan perlu disediakan oleh pembangun laman web.
  • Servis tambahan hosting server seperti bahagian sekuriti (antivirus, plugin,autobackup), penambahan spesifikasi dan sebagainya.
  • Penggunaan sistem premium atau berlesen sama ada pembayaran jenis recurring atau one time payment sahaja.
  • Servis SEO yang agak penting untuk memastikan laman web tersebut boleh dijumpai pada enjin carian seperti Google Search.
  • Servis integrasi sistem sekiranya perlu dihubungkan dengan sistem yang lain.

harga servis laman web

Sebenarnya harga web sistem tidaklah mahal tetapi berbaloi dengan pembangunan sistem tersebut dan servis yang diberikan oleh pembangun laman web. Selain itu, penggunaan sistem juga dapat memudahkan pengurusan dengan pantas dan tenaga kerja dapat dikurangkan memandangkan sebahagiannya telah diuruskan oleh sistem.

Memang ada juga jenis ‘prospek atau klien dari neraka’ yang sering menukar requirement, request tambahan dan sebagainya yang mana akan menyebabkan progress pembangunan laman web tersebut tergendala dan secara tidak langsung sistem tersebut tidak dapat dilepaskan seperti yang dijadualkan.

Oleh itu pastikan ada ‘black and white’ dan documentation dengan baik dan menyeluruh diantara kedua belah pihak untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah yang tidak diingini dikemudian hari.

fast cheap good

Pilih dua.
Fast + Good = Won’t be Cheap
Fast + Cheap = Won’t be Good
Good + Cheap =Won’t be Fast

Jom baca Cabaran Servis Digital 2020 disini : https://amirazman.my/cabaran-servis-digital-2020.

Dapatkan DDoS Protected Web Hosting Asia berkualiti disini : https://billing.hostingmalaya.com.