KehidupanSosialTeknologiTelekomunikasi

Telefon Pintar Anda Hilang ?

Telefon Pintar Anda Hilang

Telefon pintar anda hilang disebabkan oleh tercicir atau kecurian ? Atau telefon pintar anda tidak dapat dikesan kedudukannya ?

Pada kali ini saya akan berikan sedikit pencerahan apakah yang anda boleh lakukan sekiranya telefon pintar anda dicuri atau tercicir. Telefon pintar beberapa tahun kebelakangan ini mempunyai sekuriti yang agak baik tidak kiralah sama ada sistem operasi android mahupun iOS daripada produk iPhone.

Apabila berlakunya kehilangan atau kecurian telefon pintar, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan sebagai cubaan mendapatkan telefon pintar itu semula, atau langkah-langkah keselamatan daripada data peribadi diceroboh oleh orang luar. Saya akan senaraikan langkah-langkah tersebut berdasarkan sistem operasi telefon pintar yang sering digunakan.

Sistem Operasi : Android

Kebanyakan sistem android menggunakan GMS iaitu Google Mobile Services dimana Google mempunyai sistem untuk mengesan kedudukan peranti yang menggunakan Google Account sekiranya hilang atau dicuri.

Caranya :

  1. Sign In akaun Google yang digunakan pada telefon pintar anda di : https://myaccount.google.com dengan klik butang Sign In serta masukkan maklumat untuk log in akaun tersebut.
    login google account
  2. Klik pada tab Security.
    my account google
  3. Pergi kepada bahagian Your Devices dan klik butang ‘Find a lost device’.
    google your devices
  4. Pilih device yang ingin anda cari dan masukkan maklumat verifikasi seperti yang diminta oleh Google.
    choose device google
  5. Terdapat beberapa langkah yang diberikan oleh pihak Google untuk mendapatkan lokasi telefon pintar anda. Anda boleh Ring, Locate dan Lock telefon pintar anda serta paparkan maklumat pada telefon pintar untuk memudahkan urusan pemulangan sekiranya dijumpai oleh orang yang bertanggungjawab.
    track telefon hilang
    lock phone google
  6. Untuk mengelakkan daripada data-data anda diceroboh oleh orang luar, anda boleh Sign Out akaun Google anda supaya tidak boleh diakses oleh sesiapa. Walaupun anda telah Sign Out akan Google, anda masih boleh lagi Ring, Locate, Lock dan Erase telefon pintar anda.
    keselamatan telefon pintar dicuri
  7. Jika sudah makan masa berhari-hari dan telefon pintar tersebut masih tidak dijumpai, kemungkinan untuk anda mendapat telefon pintar tersebut semula agak tipis. Anda boleh pergi ke pusat servis syarikat telekomunikasi yang anda gunakan untuk membuat simkad gantian dan menyahaktifkan simkad yang ada pada telefon pintar tersebut dengan menggunakan nombor talian yang sama.Dan langkah terakhir, anda boleh memadam data yang ada pada telefon pintar tersebut untuk mengelakkan daripada diakses oleh penceroboh.
    memadam data telefon dicuri

Sistem Operasi : iOS

Berbeza dengan Android, iOS pula menggunakan iCloud untuk menjejaki telefon pintar anda.

Caranya :

  1. Login akaun iCloud anda di https://www.icloud.com dan masukkan maklumat log in iCloud anda dengan betul. Pastikan anda menggunakan browser atau device yang telah dipercayai oleh akaun iCloud.
    cari iphone hilang dicuritrack iphone hilang dicuri
  2. Pilih pada ‘Find iPhone’ dan kedudukan telefon pintar anda akan dipaparkan pada maps yang disertakan pada Maps Apple. Maklumat seperti bateri telefon pintar dan fungsi seperti Play Sound, Lost Mode serta Erase iPhone juga akan dipaparkan pada halaman tersebut. Fungsinya hampir sama tetapi terdapat notifikasi tambahan yang dihantar kepada email iCloud bagi setiap fungsi yang digunakan. Lost Mode pula akan memaparkan mesej serta mengaktifkan fungsi tracking walaupun pada location services dinyahaktifkan pada awalnya.
    find my iphone

Diharap post pada kali ini dapat membantu anda mengesan telefon pintar anda yang hilang sama ada menggunakan operasi sistem Android atau iOS. Walaupun telefon pintar telah dilengkapi dengan sistem sebegini, sebagai pengguna seharusnya peka dan tidak terleka memandangkan telefon pintar sangat penting untuk kegunaan seharian pada masa kini.

Pernahkah anda menggunakan langkah-langkah diatas untuk mengesan telefon pintar anda ? Berjaya atau tidak ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Ketahui Kenapa Harga Web Mahal disini : https://amirazman.my/kenapa-harga-web-sistem-mahal.

Dapatkan DDoS Protected Web Hosting Asia berkualiti disini : https://billing.hostingmalaya.com.

4 Comments