KehidupanTeknologi

Cara Bayar Zakat Fitrah Online

Cara Bayar Zakat Fitrah Online

Apabila masih lagi berada dalam situasi PKP ini, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara bayar zakat fitrah online seperti yang disarankan oleh kerajaan memandangkan ini adalah antara cara terbaik untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus menular pada masyarakat kita di Malaysia.

Untuk memudahkan pengurusan pembayaran zakat fitrah tanpa menyukarkan pengguna walaupun masih dalam tempoh PKP, terdapat pelbagai platform yang telah disediakan untuk tujuan pembayaran zakat fitrah sebagai contohnya :

  1. Aplikasi E-wallet seperti Boost, SnapNPay dan Go PayZ. Walaupun begitu setiap aplikasi hanya menyokong senarai negeri yang tertentu.
  2. Portal online seperti POS Online, My EG dan PayHalal.
  3. Platform laman sesawang rasmi pungutan zakat mengikut negeri.

Pembayaran melalui platform laman sesawang rasmi pungutan zakat mengikut negeri memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara terus kepada negeri-negeri yang disenaraikan seperti dibawah.

Negeri : JOHOR
Kadar Fitrah : RM 7 / RM 10
Laman Sesawang Rasmi : http://www.maij.gov.my/zakatjohoronline

Negeri : KEDAH
Kadar Fitrah : RM 5 / RM 7 / RM 14 / RM 21
Laman Sesawang Rasmi : https://jom.zakatkedah.com.my

Negeri : KELANTAN
Kadar Fitrah : RM 7 / RM 14 / RM 21
Laman Sesawang Rasmi : https://zakat.e-maik.my/v8/index.php

Negeri : MELAKA
Kadar Fitrah : RM 7 / RM 14
Laman Sesawang Rasmi : https://www.izakat.com/ui.php

Negeri : NEGERI SEMBILAN
Kadar Fitrah : RM 7
Laman Sesawang Rasmi : https://www.zakatns2u.biz/utama.php

Negeri : PAHANG
Kadar Fitrah : RM 7
Laman Sesawang Rasmi : https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/index.php

Negeri : PERAK
Kadar Fitrah : RM 7 / RM 14 / RM 21
Laman Sesawang Rasmi : https://ezakat.maiamp.gov.my/v4

Negeri : PERLIS
Kadar Fitrah : RM 7
Laman Sesawang Rasmi : https://maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=911&lang=ms

Negeri : PULAU PINANG
Kadar Fitrah : RM 7 / RM 16
Laman Sesawang Rasmi : https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/2013-06-30-10-58-09/perbankan-internet-e-zakat

Negeri : SELANGOR
Kadar Fitrah : RM 7 / RM 14 / RM 21
Laman Sesawang Rasmi : https://ezo.zakatselangor.com.my

Negeri : TERENGGANU
Kadar Fitrah : RM 7
Laman Sesawang Rasmi : http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-kami/online-payment

Negeri : SABAH
Kadar Fitrah : RM 6 / RM 7.50
Laman Sesawang Rasmi : https://appszakat.sabah.gov.my

Negeri : SARAWAK
Kadar Fitrah : RM 7
Laman Sesawang Rasmi : https://www.tbs.org.my

Negeri : KUALA LUMPUR
Kadar Fitrah : RM 5 / RM 7
Laman Sesawang Rasmi : https://www.zakat.com.my

Kaedah atau cara bayar zakat fitrah secara online ini kebiasaannya akan memerlukan maklumat pembayar seperti maklumat berkenaan kad pengenalan, nama, no telefon, email, alamat pemilihan kadar fitrah serta bilangan tanggungan yang ingin dibayar. Tidak perlu risau untuk memberikan maklumat peribadi sebegini asalkan anda menggunakan laman sesawang yang betul dan bukanlah dari sumber yang tidak sahih.

cara bayar zakat fitrah johor

Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan klik untuk bayar dan anda akan dihantar ke pilihan pembayaran yang anda ingin gunakan. Ingin saya maklumkan dengan lebih awal, terdapat sistem pembayaran online yang akan mengenakan caj perkhidmatan kebiasaannya sebanyak RM 0.50 untuk memproses pembayaran tersebut secara online.

Setelah pembayaran berjaya, anda boleh mencetak resit pembayaran zakat fitrah secara online tersebut. Diingatkan kepada anda, terdapat juga laman sesawang yang mengalami masalah seperti ‘slow’ memandangkan laman-laman pembayaran zakat fitrah ini menerima trafik pengguna yang agak tinggi buat masa ini.

Anda boleh buat pembayaran melalui platform-platform diatas pada bila-bila masa dan disarankan pada bukan waktu puncak untuk mengelakkan masalah untuk mengakses laman sesawang tersebut. Semoga Ramadhan kali ini walaupun berbeza keadaannya dengan tahun-tahun sebelum ini, namun memberi hikmah dan barakah yang besar kepada kita semua.

Baca Tips Membeli Secara Online disini : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Ketahui promosi MyRamadhan Campaign dari PG Mall disini : https://amirazman.my/pg-mall-melancarkan-promosi-myramadhancampaign.

Leave a Comment