KehidupanTeknologi

Cara Claim eMADANI RM100 Di Shopee

Claim eMADANI RM100 Shopee

eMADANI RM100 sudah boleh ditebus di pelbagai platform ewallet bermula 4 Disember 2024 dan salah satu platform yang boleh ditebus adalah melalui Shopee. Untuk claim atau menebus eMADANI RM100 ini, terdapat beberapa syarat yang dikenakan seperti :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023, dan berpendapatan bawah daripada RM100,000 setahun.
  3. Bukan penerima eBelia Rahmah 2023.
  4. Tidak menebus eMADANI daripada platform lain.
  5. Pengesahan kad pengenalan dan maklumat daripada pihak Shopee.

kelebihan tebus emadani di Shopee

Setiap platform mempunyai kelebihan masing-masing, dan untuk untuk platform Shopee ini, terdapat beberapa kelebihan lain seperti baucer Shopee bernilai RM365, baucer SPayLater bernilai RM50, baucer ShopeeFood bernilai RM155 dan baucer insuran kereta bernilai RM30.

Seperti yang tertera, eMADANI RM100 ini akan tamat tempoh pada 29 Februari 2024. Oleh itu, tebus dan gunakan sebaiknya sebelum tarikh tersebut sekiranya anda layak untuk menerima insentif ini dan gunakan sepenuhnya kerana baki yang tidak digunakan selepas tarikh ini akan dikeluarkan secara automatik.

Proses claim eMADANI RM100 Di Shopee, anda boleh lihat di bawah:

tebus emadani shopee 1claim emadani shopee 1 tebus emadani shopee 2claim emadani shopee 2tebus emadani shopee 3
Atau boleh lihat di Tiktok ini : https://www.tiktok.com/@amirazman.my/video/7308525797764074754.

proses emadani ewallet

Kemudian, permohonan anda akan diproses oleh pihak Shopee dan tunggu sahaja notifikasi daripada pihak Shopee mengenai permohonan tersebut dalam masa terdekat. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai berapa lama tempoh proses permohonan ini akan diproses diberitahu di mana-mana platform.

Diharap post mengenai cara claim atau menebus eMADANI RM100 di Shopee ini dapat membantu anda untuk memahami proses membuat permohonan ini dengan lebih baik.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, anda boleh komen pada ruangan dibawah, saya akan cuba untuk respond sekiranya saya ketahui info lanjut.

Dapatkan sistem invois & quotation PERCUMA disini : https://amirazman.my/sistem-invoice-online-percuma.

Ingin berjimat pelbagai produk telco & topup games ? Ketahui kelebihan aplikasi Topup Niaga disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Leave a Comment