KehidupanTeknologi

Cara Claim eMADANI RM100 Di TNG Ewallet

Cara Claim eMADANI RM100 Di TNG Ewallet

eMADANI RM100 sudah boleh ditebus di pelbagai platform ewallet bermula 4 Disember 2024 dan salah satu platform yang boleh ditebus adalah melalui TNG Ewallet. Untuk claim atau menebus eMADANI RM100 ini, terdapat beberapa syarat yang dikenakan seperti :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023, dan berpendapatan bawah daripada RM100,000 setahun.
  3. Bukan penerima eBelia Rahmah 2023.
  4. Tidak menebus eMADANI daripada platform lain.
  5. Pengesahan kad pengenalan dan maklumat daripada pihak TNG Ewallet.

kelebihan tebus emadani di TNG Ewallet

Setiap platform mempunyai kelebihan masing-masing, dan untuk untuk platform TNG Ewallet ini, terdapat beberapa kelebihan lain seperti GO rewards sebanyak 1000 points dan juga baucer percuma untuk discount dan juga cashback bernilai lebih daripada RM500 untuk pelbagai jenama dan seperti yang dimaklumkan, penggunaan hanya terhad kepada pembayaran di kedai fizikal sahaja.

emadani touch n go kedai fizikal

Seperti yang tertera, eMADANI RM100 ini akan tamat tempoh pada 29 Februari 2024. Oleh itu, tebus dan gunakan sebaiknya sebelum tarikh tersebut sekiranya anda layak untuk menerima insentif ini dan gunakan sepenuhnya kerana baki yang tidak digunakan selepas tarikh ini akan dikeluarkan secara automatik.

Proses claim eMADANI RM100 Di TNG Ewallet, anda boleh lihat di bawah:

tebus emadani tng ewallet 1claim emadani touch n go 1 tebus emadani tng ewallet 2claim emadani touch n go 2   tebus emadani tng ewallet 3
Atau boleh lihat di Tiktok ini : https://www.tiktok.com/@amirazman.my/video/7308527253854407938.

proses emadani ewallet

Kemudian, permohonan anda akan diproses oleh pihak TNG Ewallet dan tunggu sahaja notifikasi daripada pihak TNG Ewallet mengenai permohonan tersebut dalam masa terdekat. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai berapa lama tempoh proses permohonan ini akan diproses diberitahu di mana-mana platform.

Diharap post mengenai cara claim atau menebus eMADANI RM100 di TNG Ewallet ini dapat membantu anda untuk memahami proses membuat permohonan ini dengan lebih baik.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, anda boleh komen pada ruangan dibawah, saya akan cuba untuk respond sekiranya saya ketahui info lanjut.

Ingin berjimat pelbagai produk telco & topup games ? Ketahui kelebihan aplikasi Topup Niaga disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Elakkan daripada menjadi mangsa scammer Ewallet : https://amirazman.my/scam-menggunakan-ewallet.

Leave a Comment